Memaparkan catatan dengan label Hasil Kerja daku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hasil Kerja daku. Papar semua catatan

Rabu, 3 April 2013

Seni itu indah dan sangat berharga


Assalamualaikum p e m b a c a b l o g a k u
Saat aku sedang menulis ni, harap yang tengah baca jugak diluar sana, sihat dan ceria selalu. Ini nak kongsi sikit pasai Seni dan Pameran. Pada bulan tiga(3) lepas, aku di invite oleh seorang rakan. Katanya tentang Pameran di bandaraya Melaka 'Pameran 6 x 6 vs 12 x 12'. Jadi dengan ketiadaan kerja waktu tu, aku pun going saja lah. Medium yang nak aku guna kan cat minyak. Tapi masalah nak kena buat bingkai kanvas 6x6 or 12x12..Nak kerat-kerat bagai oh maaf tak rajin..haha. Jadi aku ambik medium water color on paper.

Walaupun lukisan tak menarik, seperti Pelukis hebat diluar sana. Hati tetap ingin mencuba untuk kali ini. Pameran ini akan berlangsung pada 1 jun 2013 di Bastion House Melaka. Ia sangat menarik hati aku kerana disinilah tempat paling bersejarah. Rasa nak sangat jumpa para-para pelukis Tanahair yang hebat dan bersahaja.

Aku suka pada semua warna. Terutama warna warni. Dah gila sangat, jadi aku turunkan warna itu ke atas kerta bersaiz 12x12 inci. Lukisa ini tak menarik, sebab aku pun bukan pandai lukis sangat. Tak penah belajar mana-mana kelas atau ikuti kursus melukis ni. Tapi boleh la tengok ia sebagai lukisan jugak kan?





Yeah! untuk pengetahuan hampa semua. Aku suka tema Ayam, sebab ayam banyak maksudnya. dan warna warni itu simbol sangat luas :D. 

JOM RAMAI-RAMAI KE BASTION HOUSE MELAKA
1 JUN 2013 HINGGA 30 JUN 2013...

Jumpa anda disana okay...!


Sabtu, 18 Ogos 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Disini haku ingin memohon seribu kemaafan di atas kesilapan yang berlaku tahun ini. Sekiranya ada yang terasa hati mahupun terluka, sejuta-juta maaf lagi sekali. 0-0 okay :)

Selamat Hari Raya Semua :)




Rabu, 28 Mac 2012

Sibuk Cebok!

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u


Haaluuo! Hampa apa Habaq? tu dia keluaq Penang dah. 

Aduss..Sekarang nie haku dah jarang online. Bukan setakat online, mandi pun dah jarang..hee. Ada bau tak ? Entah lah sejak dua menjak nie, kerja bertambah-tambah banyaknya. Kesini lah, ke sana lah sampaikan makan pun dah lupa. Mana taknya. Dengan kerja dekat ofis lagi dekat rumah lagi. Dua-dua kerja tu sama jugak. Di ofis haku melukis dan di rumah pun aku masih melukis. Yang beza cuma dari segi lukisan saja la. Naik jemu la jugak kekadang.

Sampaikan kepala nie tak mampu nak tanggung bebanan. Penadol ActiFast lah teman haku, dikala berlaku sedemikian. Naik pusing dibuatnya. Ini baru saja aku Submit Pelan IVORY, Island Resort..Dah datang lagi. Nak buat macam mana, kerja nama pun kan. Itu sebab mood pun kurang. Nak online tak da mood, bercakap pun  tak da  mood, makan tak da mood, melayan kekawan lagi tak da mood. Lepas tu bertambah lagi satu kerja, nak jadi pekebun Cili pulak dah. Entah boleh entah tidak. Haku pun tak tahu lah.

Yang kat rumah pula, haku sedang sibuk menyiapkan Komik. Asyik tidur lewat-lewat malam pulak sekarang. Tak tahu la bila agaknya komik tu nak diterbitkan?!. Selalu buat separuh jalan, sambung esok, esok ke lusa, lusa ke...ke apa? ke tong sampah? emm mudah-mudahan biarlah selesai segala pe'masalahan ini yee.. 

Hanya sekadar hiasan Pribadi. Komik yang disebut
sedang dalam pembikinan. Tak boleh di Publish kan lagi.


Hari nie kerja haku, kena siapkan satu lagi projek. Design Swimming Pool untuk Mr. Lim Beng Kit. Satu hari ngadap komputer, naik juling dah mata nie. Akhirnya siap jugak time-time nak balik tu..Alhamdulillah dah selesai satu kerja. Nasib baik tak kena tidur ofis kan..kalau tak, memang tak mandi lagi la haku kan. haha.

Inilah Design yang haku buat pagi tadi. Family Swimming Pool 
Untuk Mr. Lim. 87% kesiapan dia. Belum di Check oleh si boss.



Itulah kerja haku setiap hari. Nak kata rehat, memang tak ada langsung. Letih bak hang. Tak bermaya, bukan luna maya. Baik lah teman-teman, guew mahunya tidurr dong. Udah penah bangat seharian kerja. Sapa sih ambilnya peduli sama guew.(tetiba sebut luna maya, Indon la pulak cakapnya). Ok, Good Nite beb. 

Khamis, 5 Januari 2012

Planning of Design by Damas

Planning of Design by Damas:










3D model by Damas

Ini taklah sehebat pereka diluar sana. Tapi haku nak juga mencuba untuk hasilkan 3D by tangan haku sendiri dan minda yang sentiasa keluarkan idea ini.
Design planning for family home

Rabu, 14 Disember 2011

Penghasilan Fish Pond in 3D Mod#

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Test, test, test...Ini lah yang dikatakan malas belajar. Masa dalam kelas, tak mahu pula tanya lebih mendalam tentang 3Dimensi nie. Alih-alih time dah keja, baru tekejar-kejar nak buatnya. Em azab dunia pekerjaan. Dengan bekalkan 2tahun pengalaman bekerja, boleh la sikit-sikit dari tak tahu langsung. Ada juga kawan yang nak ajarkan 'Wait' bukan yang haku tak mahu, tapi haku perlu usaha sendiri, tak faham then baru haku tanya.

Sebab dia, mungkin lebih hebat dan selalu haku tuntut ilmu Senibina padanya. Almaklum la, pernah bekerja di 'Dubai' bersama GDP International Architect. Terima Kasih brader.

Ini salah satunya hasil kerja yang tak seberapa bagus, best, hebat, dan canggih. Tapi haku tetap nak usaha..hehehe puji diri sendiri. Alah ..benda alah, nie boleh saja siap dalam masa sehari. Tapi bila haku buat ja, tetiba makan masa sampai 3 hari..apahal jadinya. Jom layan sat Fish Pond Design. Fish pond nie direka khas bagi Rumah Bungalow Dato Khor, di Tanjung Bungah.

Step 1.


Step 2.


Step 3.

 Mudah dan simple, sangat-sangat kan? ini saja yang haku mampu lakukan. Masih dalam pembelajaran jarak dekat. Belajar dengan Senior Architect den.

Step 4.

Step 5.


Step 6.


Step Suka suki.

Simple bukan???
tapi bagi haku nie dah cukup puas untuk masa 3hari nie.
rambut pun dah luruh, tunggu masa botak ja kepala. hehe.



Sabtu, 15 Oktober 2011

Ini Lukisan 'HatiKu

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Tajuk Lukisan 'Inspirasi Batin'


by Damaseni

Tanpa soal juga selidik, terus pijak pada landasan yang reput. Bukan maksud untuk selindung apatah lagi kaliskan manis nada bicara. Aku juga punya perasaan, hatiku ber 'hak' memilih. Mengapa harus sangkal benda tak pasti. Bukan hati untuk menipu, bahkan sedaya kejujuran aku hulurkan. 'Inspirasi Batin', warna kekadang cerah kembali gelap, tiada ketiga dalamnya, sering berulang kepada asal. Hanya berpeluang sekali, tak akan pusing pandanganku pada yang lepas. 'Inspirasi Batin',


by Damaseni

Lukisan ini dasar meluah beku hati, dalam keadaan yang bergitu lemah. tanpa bicara tentang cerita, biar berlalu tak b'harap lagi. ini cerita aku, cerita pertemuaan dan pengakhiran. Terima Kasih 'sang Harapan'

Karya: Kartunis Damas
14 October 2011
11.54 malam

Selasa, 11 Oktober 2011

Ya Allah, Apa Suda Jadi ?

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Arrr..tetiba pagi nie tak ada mood nak pergi kerja . Sebabnya masih dalam keadaan tertekan, 'sebab'nya sekali lagi, kerja orang pun haku kena buat. Emm nak buat macam mana kan, terpaksa la ikutkan. Makin lama makin bertambah-tambah. Sekejap nak kena lari sini, sekejap lari sana lama-lama lari balik rumah..ohh no!

Baiklah kita terus sambung story tadi. Pagi nie macam biasa, bangun tidur, mandi. Dengan tuala masih ditubuh(seksi gitu) Ahh haku pun ambil kemeja dan seluar slack niat nak gosok la. Tetiba terbantut. Tahu kenapa ?? meh den tunjuk meh. 



Ahh sudah.. Haku dengan tekanan yang amat tinggi 'ini la jadinya' dan tetiba haku boleh pergi gosok dari dalam. Eh selalu okay ja kan...sebab haku gosok dari luar. Tak pula haku perasan yang kain untuk pocket seluar tu mudah terkoyak. Dah tu haku pasang pula volume tinggi, yang paling hot gila bangang lah. Kejadian ini sekelip mata saja. Baru letak dah jadi macam ini..

Ohh No..!! tak sangka.

Lepas ja kejadian itu, haku terus tak ada mood untuk pakai baju kemeja. Terus haku ambil seluar jeans dan kenakan dengan t-shirt putih bebelang merah dan hitam (senang kerja kan. Pakai macam nie pown still boleh bekerja juga.). Apa jadi dengan seluar di atas itu? entah la.. haku letak di tepi, tempat iron tadi tu. Dengan harapan agar 'Mak' haku tengok dan betulkan semula yang dah tak betul tu. Lagipun haku kan anak paling manja dalam kalangan anak-anaknya yang lain. Okay ini lah cerita pagiku.

Ini adalah kejadian pertama yang haku alami, so nak mengelakkan kejadian ini berulang kembali 'terpaksa la haku kahwin awal :) *gatal pula dah'. 

P/s: janganlah korang berada dalam keadaan sebegini. kerana akan menyebabkan berlaku benda yang tak di ingini, malah lebih teruk dari ini :)


Isnin, 12 September 2011

Escape Water Theme Park in Penang

Assalamualaikum sahabat.




Yeahh... rasa gembira pula hati ini, bila dapat buat satu lagi Installation Piping bagi Projek Sim Leisure, Escape Water Park di Telok Bahang Pulau Pinang. Huh walaupun time nie haku sering balik kerja lewat dan kekadang itu sampai ke malam haku bekerja. Tapi penat tu tetiba berubah menjadi lega, suka, gembira dan blog ini sebagai Diari ke2 untuk ku catatkan rasa hati dan blog ini juga untuk ku kongsi bersama se'teman blogger. Tahukah korang semua, di Pulau Pinang kini akan mempunyai dua Water Theme Park untuk keluarga dan tempat untuk suka ria..Water Park yang pertama haku dah ceritakan pada korang di entri INI kan, so boleh la pantau-pantau DISINI okay =)

Walaupun kerja Installation mungkin mudah bagi senior-senior ditempat haku. Kata mereka 'alah kacang kebeno damas, takpayah pening-pening. Buat ja macam hang buat Reban Ayam'.. ha.. reban Ayam wakluu. guwa dah pecah kepala dah. Tetapi bagi haku memang ia amat memerlukan kekuatan fikiran untuk fikir bagaimana sesebuat piping dapat jalan di Underground dengan selamat dan tanpa berlaku kecacatan ataupun kebocoran.. Pening gila kepala ini. Hapir setiap kali haku balik ke rumah, jarang makan, sembang, tejur bersama ahli keluarga. Bukan sombong tapi haku amat penat dan letih tambah-tambah fikiran ini, dah macam nak pecah dah.

So, mungkin korang semua dah bosan untuk membaca, tapi takpa. Memandangkan haku pun dah penah otak dan tak boleh dah nak karang-karang bagai ayat berbunga.hahah. Then haku teruskan lah langkahnya. Korang boleh tengok Master Plan dan boleh Download terus ke lappy mahupun apa-apa aja lah, janji dapat tengok Plan kasar Water Park ini ok. Sila Klik SINI untuk tengok Master Plan Escape, dan klik SINI untuk Download Escape Profile

Nanti haku Upload kan hardcopy dari AutoCAD untuk korang yer..

P/s: Bagi warga-warga Utara terutama Penang, mahupun  sepuluh(10) lagi Negeri di dalam Malaysia, nanti korang dapat la mandi manda di sini. Tapi tarikh siapnya haku masih samar-samar lagi dan jangan korang risau, sebab haku akan update tarikhnya bila dah jelas nanti okay.

Ahad, 11 September 2011

Apa yang kita cita-cita mesti dapat ?

Assalamualaikum sahabat.


Dulu haku bercita-cita untuk, menjadi seorang permain Muzik yang hebat belaka. Ala macam P.Ramlee tu, serba boleh orangmya. Huu tapi ini impian haku ke dua(2) yang musnah entah kemana selepas cita-citaku menjadi Kartunis. Lagi pown emak ada pesan kepadaku yang 'pekerjaan sebagai Anak seni ini tidak jauh perjalanan atau kerjayaan' memang ada betulnya juga cakap emak tu, tapi kita tak boleh pandang dari satu arah sahaja. Seni ini tinggi nilainya kalau kita faham tentang sesuatu karyanya. So sekarang Kartunis pown haku tak jadi, Pemuzik apatah lagi.

Dari situ haku cari jalan bagaimana nak kerja dalam bidang seni. Tapi biar emak haku, tak perasan yang haku kerja juga mengenai seni. Haaa apakah kerja itu? haku rasa hampa semua dah tahu kan. so takyah nak b'cerita panjang-lebar. haha.

walaupun haku dihalang untuk menjadi seorang ahli Muzik, tapi haku still main juga alat-alat muzik contoh ini. Haku masih pegang gitar untuk hasilkan bunyi-bunyian dan sajak setiap kali haku menpunyai masalah.



ini sajak ku yang ditemani gitar itu.

'Terasa semuanya, indah sempurna'
'Tapi ada celanya bila kau tiada'
'Bagaikan duniaku sepi tanpa warna'
'Menjadi kabur penglihatan mata'

'Ku..terus susun langkah..terus....'
'Memiliki bahgia dalam dunia kita'
'Menjadi kekal setiap masa'
'Dan ku yakin mimpiku'

'Setiap apakah yang melanda, ku tempis sentiasa'
'Kernan ku tahu adanya perjanjian dalam dunia kita'
'Kejujuran teras kekukuhan'
'Perlu ada persamaan dalam kesetiaan'

'Ini cinta kita, cerita berdua'
...............................
sorry baru siap sampai sini. lagipun tak bagus sangat sajak haku nie 
(maaf terpaksa jiwang kerana atas sebab-sebab tentu.)

Sambung cita-cita tadi okay.. Emm nie pasal Kartunis pula. Walaupun haku dihalang dan setiap karyaku dibakar terus menjadi abu, masih hati tidak muak dan jemu untuk terus b'karya pada diri dan menjadikan sesuatu "Kepuasan Seni" / "Artistic Satisfaction" haku

.Ini haku lukis mengunakan Software AutoCAD saja.

Itu la sebabnya haku dan kekawan yang lain menubuhkan 'Karya Anak Muda Utara' (KAMU). Yang akan mewakili anak muda utara dalam memperjuangkan seni tanahair, terutamanya dalam seni lukisan, komik, dan sebagainya. Dah la, mungkin sampai sini ja.. Good nite semua.

P/s: Dari sekarang lah kita perlu ada cita-cita untuk mencorak hidup. Tanpa cita-cita kita tak akan usaha untuk kedepan. (guruku pesan begitu)

Isnin, 5 September 2011

Gila Apa, Minta Awal-awal

Assalamualaikum sahabat.

Tajuk dah Gila mungkin orang itu pun serupa gila. Apa haku nak ceritakan pada entri kali ini, moh kita selami hati sanubari haku ini..hahaha(senda gurau di pagi yang tak berapa buta nie)..Masuk keja pukul 9.00am tapi macam biasa la sampai keja pukul 10.00am, so bagi staff-staff disana dah jadi pekara biasa.

Tak sempat haku nak labuhkan kapal alahai ada panggilan pula. Jadi haku jawab la panggilan itu dengan penuh ramah mesra cukup garam,cukup gula. Tuuuuttttttttttt.. tetiba line putus, hati kata "Alhamdulillah" sebab telinga tak larat nak dengar suara burung murai ..Ahh lega dapat sarapan sebegitu rupa pagi ini. Dalam asyik leka bekerja ditemani semangat gentar ahh haku disapa oleh si Mr. Kacang "Haa itu Projek Seal Property sudah siap?" tanya dia pada haku, "Emm Ohh belum lagi, baru ja sampai Section" jawabku dengan penuh keyakinan dan ikhlas hati.

Baru Section haku buat. memang dasar haku nie malas kan.

Lalu datang semula ketempat haku, dan terus besuara "dalam minggu ini boleh siap tidak?", "Okay-okay jangan risau hari jumaat kita boleh submit dah" jawabku dengan muka senyum lagi(pura-pura sat). Lepas itu haku saja panjangkan perbualan kami dan haku tanya dia "bila tahun punya projek nie?" slumber dia jawab "Tahun depan bulan tiga(3)". Mak aiii, lama lagi dah tu buat kalut boleh dan-dan dia marah pula pihat sana. Katanya "projek lambat lagi tapi suda mau soft drawing Ayoo dorang ha, buat kita pening kepala saja ma" dia yang kata macam tu bukan haku ok.

Iya la...Lagi pun company nie bukan buat keja untuk Seal Property saja, malah beratus-ratu lagi(itu kalau campur keseluruhan) tapi yang haku punya tak sampai pun 50 projek lagi..hehe. Mahu tak gilanya kan. Tahun depan bulan tiga(3), tahun depan tu dah minta dari sekarang. Kalau haku settle kan juga minggu ini maknanya bulan 3 tahun depan haku goyang kaki la sebab tak ada kerja nak dibuatnya. Lagi pun kalau projek untuk tahun depan, tahun nie mesti dah tahu dah, nie cuma satu itu saja yang dapat tahu. So ada peluang la haku goyang kaki. (makan gaji buta pulak.).

Sekarang nie haku tengah usaha untuk siapkan juga sebab tak mahu dibising-bising dengan Owner nie, sedia maklum haku dah tahu perangai dia macam mana. Main sedap ja dia nak kata macam-macam. Haku tahu la dia banyak duit, tapi tolong hormat kerja orang lain okay Mr. K.

-Sumber gambar dari hasil kerja haku.
-Mood tengah marah nie wey,, tu yang terus online dan luahkan isi hati ini. (jiwang la plak.)




Sony Ericsson Lt15i Mobile Phone Sony Xperia Arc *Silver* Internationa...
jom beli xperia arc

Rabu, 10 Ogos 2011

Berbakti kah namanya?

Assalamualaikum =)

Ha.. korang, haku nak ceritakenapa la haku gembira sangat pada hari ini kan.
Yeahh haku gembira sebab dapat Draw kan Projek Be'asaskan Islamic.
Ialah, selama haku kerja nie sorang tuan tanah/owner pun takda ,nama Melayu/Islam.
Tut-tut hari nie datang pula projek dari Tabung Haji, then haku
pown tetiba senyum sorang-sorang pula..
(tandanya gembira kan.)

Nie tajuk Projek nya!

*************
CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN
PRASARANA JEMAAH HAJI YANG MENGANDUNGI :-

A) 1 BLOK BANGUNAN HOTEL 8 TINGKAT YANG MENGANDUNGI 210 BILIK BESERTA RUANG-RUANG UTILITI BERKAITAN.
B) 1BLOK BANGUNAN ANNEX DEWAN BANQUET 1 TINGKAT
C) 1 BLOK BANGUNAN UTILITI BERPUSAT 1 TINGKAT.
D) 2 UNIT PONDOK PENGAWAL.

DIATAS LOT BARU 3860, 3861, 3862, 4378 & 4380
(LOT LAMA 21, 22, 775, 771, & 773 MUKIM TITI GAJAH),
SEKSYEN 2, BANDAR ANAK BUKIT, DAERAH KOTA SETAR, 
KEDAH DARUL AMAN.

************



Syukurlah kan, dapat la haku berbakti sekali lagi - berbakti kah nie?, 
sekurang-kurangnya haku dapat design kan untuk keselesaan umat Islam
dan beharap digunakan sampai haku mati nanti. Tu satu amalan jugak kan2 ?

> korang taknak wish Tahniah kat haku ka? haha.. =)

Jumaat, 5 Ogos 2011

Masalah Swimming Pool ?

Assalamualaikum : | kekawan


Idea semakin kurang
Hari nie mencari-cari lagi idea. Di mana kah ia??? ah idea yang haku hendak cari nie bukan apa sangat pun, cuma idea bagamana nak Designkan Swimming Pool untuk  John tale. Semenjak bulan yang  mulia ini haku jadi kekurangan idea lah. Kenapa agaknya? puasa kah (jangan jadikan itu satu alasan okay).


Marah dan Bebai :
Mana taknya haku tak bebai, drawing dah 3,4 kali haku keluarkan tapi masih tidak puas hatinya juga. Dah tu mat salleh tu kata ' ingat saya budak2, nak bagi drawing macam nie? ' eleh dia lah yang budak sebab tak reti/pandai baca drawing. Yang jadi masalah dia, tak pandai tengok bacaan millimeter dah tu suruh kita convert(bi songsang) ke kaki dan inci? herrr nasib lah puasa.

Satu lagi masalah;
Adoyai..nie pula lagi satu, pasalnya Tangga. Awatnya kebangang sangat ? dah tahu Swimming Pool standard tangganya 300mm x 250mm yang dia nak ubah 400mm x 400mm apahal, nak bagi orang yang mandi tu tersungkur ?.Dah tu haku pula yang kena, kerana haku ukur tak betul. Masuk akal sangat2 la kan herrr benci.
Haku design kan bahagia tangga sahaja dari pukul 3 sampai pukul 5, mak aih punya tak puas hati nak nya tukar lagi..

haa...korang boleh tengok lah design yang macam apatah lagi nie.
 Design: oleh tangan haku sendiri !
click gambar nie untuk lebih jelas lagi, tentang detailnya.
Terutama pada tangga..hehe

Ahh biasa la kan, masalah nie memanjang ada. Bagi haku dalam dunia Architect nie belbagai bacaran. Tapi best sesangat

Khamis, 28 Julai 2011

SEPARUH LAGI JADI GILA

 -Hmmmm..ah. Mengeluh panjang sikit coz hari nie kerja bagai nak gila dah. Kalau tambah satu lagi Drawing haku ingat petang nie terus gila la.. Kenapa? sebabnya drawing begitu banyak. Dari awal haku cakap yang Department Architect  tak cukup staff..Tapi tengok lah, kerja bertambah-tambah. kakitangan masih kurang. Bagaimana nak bekerja?


-Aiyoo..Dah tu kena perli rapat pula.
dia berkata: ' hi ..awal banyak hari nie kawan?'
'ehh..awal apanya,. tadi pergi cek moto itu yang lewat sikit. '- jawab haku.
Alasan yang gitu baik sekali =)


-12.2 Pm - Datangnya lagi perhhh!!!.. haku tengok drawing ditangan nya. Dalam hati dah tahu dah, mesti nak pass kepada haku la tu..Tambah lagi bilangan empat drawing nak kena settle kan hari nie ha..! ahh memang tak la..gila lah nak siapkan juga hari nie.


-Masa dah tiba. Untuk haku perli kembali:
ku berkata: ' Ingat haku tokong hindu ka? ,tangan ada banyak.'
tangan ada dua saja ma....


- Dia terus blah, hee.. ayat sapa lagi power ha ??
dia kata kata kat haku, haku still ja duduk. Kena ja kat dia, rupa pun dah tak nampak dah!.


-Sekarang nie haku ambik masa sedikit untuk update entri hari nie...
-Separuh lagi jadi gila.. Tengok drawing nya. Dah macam cacing dah.
                                                                                                                                               
     





* Kesemua file ada 18 Drawing- kalau ditambah empat lagi tu Total = 22 Drawing hendak ku siap kan pada hari ini. =(

Jumaat, 24 Jun 2011

HILANG ARAH BILA KERJA SORANG-SORANG

          AHHH...hari nie Senior Archi (adnan aka kassim sameon) tak hadir. So aku kena lah b'kerja sorang-sorang lagi..kali nie plan sangat mudah, aku buat dalam setengah jam sahaja. Stedi lah (BI songsang) maklumlah dah mahir lukisan macam nie.


          Memang aku terlalu CONFIDENT sangat laju ja buat, punya nak kejar masa yang semakin m'manggil-manggil nama aku 'dam, cepat dam dah lewat nie dam' eleh relax laa..bukan penting sangat kan, tapi oleh kerana Kerja,Amanah,Adil,Saksama dan Jujur membuatkan aku lagi gelabah..So aku b'tubi-tubi la bekerja  coz tengahari nanti nak sembahyang jumaat pula, time tu lah ada ja orang sibuk-sibuk nak drawing..Aku dah cakap lepas solat la..dia tak mahu dengar pula nak juga kejanya..tak faham orang langsung.Jadi aku terpaksa buatlah dengan keadaan paksa,tak rela dan sebagainya yang berkaitan dengan tak suka..haha =).


          Macam selalu la kan, sambil kerja sambil online la..tu la yang aku curi masa sikit untuk hilangkan tekanan yang m'cecerita dan nyatakan pekara tidah puas hati dalan belog aku nie..Itu la yang aku buat entri nie.Mungkin korang tak penah keja dalam tekanan yang sangat hebat, mahu taknya..bagi keja last-last minute mana tak pecah kepala kan..


          Dah dekat setengah jam aku hadap komputer nie huh!! akhirnya kerja aku dah siap juga..dengan berkat kesabaran dan kecsucian hati untuk buat kerja nie kan (taknya aku nak rela dengan kau Mr. W)..huhu..So apa lagi boleh pergi print plan tersebut YEAHH..bila time nak print tu ja, aku dah rasa sesuatu.Aku rasa ada ja yang masih tak cukup..bila buka n tengok kembali, laa patut la....Plan tak lengkap..huh,

~ Mood : tetiba kepala jadi semak samun | Keadaan : terduduk, terdiam dan tangan di atas dahi


korang tengok betul-betul..nampak sekali pandang macam dah siap sepenuhnya
tapi Oohh tidak..ada lagi 5 Plan lagi kena aku siapkan..
korang bayangkan tak makan la aku...
itu la confident sangat boleh siap awal..
pastu online la,chatting la,tido kejap la,edit picture la..
nahh sekarang padan muka sendiri kan..

Selasa, 21 Jun 2011

BILA KEPALA DAH SEMAK, IDEA SEMAKIN KURANG

          YEAH...huh! tengok..bila haku fikirkan ja pasai kerja yang terlalu banyak dan m'bebankan , 1 idea pown tak singgah di perhentian minda ini..haaaaa!!!! mula lah haku merapu2 buat ini la itu la..emm online facebook la..mcm2.. Kini bukanlah haku nk cerita sgt tentang masalah kerja yang sedia ada..tetapi haku nk ceritakn nie pasai satu design (Logo Company) yang diminta siapkn dalam masa 1hari perhh mampoihh!..


          Tapi haku akan usaha siapkn juga..Urmm, .Nama Companynya [TUB] soh aku mula fikir cam mana nk draw kan nie..mmg xda langsung idea melintas walaupun bayang-bayangnya..Sebelum tangan haku mula pegang mouse cam biasa la, online la dulu ye..dah tu tenung kejap muka awekzzz2 kt fB, caihhh gelong plak haku..Okey2 haku dah dpat idea ckit cuma haku dapat huruf B tapi B tu huruf kecil (b)..terapkan dlm software..then sambung fikir lg 'b' perutnya tu bulat jadi boleh jadikan 'u' juga,,dua idea dah haku jaya terapkn..tapi idea huruf 't' plak xmuncul2 adoiii nie yang haku lagi2 tension tahap anak bukit nie..


          Rest kejap lah sambil bancuh air kopi panas dan duduk b'sembang s'ketika dengan brother snior Achitect haku tu..Dan haku mula fikir kembali, agak2 bila la keja haku nie nk siap kan? asyik mnyembang ja, kalahkn pompuan plak..So balik lah haku ke tempat asal haku tok sambung kerja semula..Haku duduk ja, tetiba dpt plak huruf 't'..Aalahai warna plak yang jadi p'masalahan sekarang nie..yang haku ingat warna tema merah, lain2 haku dah xingat dah.. Tu la banyak sangat makan semut api.Sampai jadi pe'lupa..


          Dah siapkan kesemua tiga2 huruf tu jadi mulalah haku b'kerja, dekat 3jam setengah haku ngadap laptop..sampai mata dah tak larat nk buka dah..ahh.. pulun punya pulun akhirnya tepat ja jam 6 PM siap lah design haku tu walaupun agak xleh blah jugak.. Kenapa kali nie jadi begitu susah tok bina satu design nie? tauke dia bela hatun kot..hehe juraw senda ja k..Hihihi okey lah kekawan haku, cita panjang2 xguna, design nie tetap serr bg haku..truk gila lah..hodoh plak logo company yg haku reka kan nie..sian plak company tu..tp dia tetap terima n cakap 'bangus2, smart..' aceceh memuji dalan nada perli
Moh ler kita tengok design nya nie k..

So apa pendapat korang tentang design yang mmg x seri ini!..
korang nampak cas tentang 3huruf tue? [T.U.B] ??


  • bagi haku la kan..logo nie mmg sangat haku xpuas hati..
Hasil sangat tidak memuaskan bg haku, mcm serrrr plak haku tengok nyeeeee.. Al-maklum la dah xda idea..dah begitu cetek sangat sampai paras tapak kaki

Jumaat, 10 Jun 2011

KETAHUILAH SEBELUM SIAP DIBINA. (Water Theme Park) ?



Selamat Datang Ke Taman Tema Teluk Bahang
aceceh...siap pown belom lagi dah nk promote soh datang,
Tanda Terima Kasihku Kepada Orang Yang Berkenaan


Hey 'kalian' tuh2 yang diluar sana yang tengah membaca..kali nie haku nak memberitahu korang mengenali satu tempat sebelum ia siap dibina. Tempat ini akan dibangunkan dekat Teluk Bahang, Pulau Pinang iaitu WATER THEME PARK .hah!...Taman Tema Air best tuhh..Dapat la korang rehatkan diri or bawak Keluarga n Sanak Saudara serta teman anda bercuti disana nanti..

Walaupun tempatnya taklah sebesar BUKIT MERAH mahupun LOST WORLD OF TAMBUN tetapi cukuplah memadai keluasan n kepuasan dan lagi kebanggaan warga PULAU PINANG ,sebenarnya haku pun dapat tumpang merasa bangga itu kerana ada HASIL TERAPAN kerja senibina haku, taklah banyak kan..Tapi haku bersyukur kepada allah, coz dapat peluang untuk sesama dalam projek nie..

Walau bagaimanapun Projek nie tetap di handle sepenuhnya oleh brother Kassim Sameon a.k.a Adnan, dia la orang penting untuk siapkan SWIMMING POOL and WATER FEATURE PIPING EQUIPMENT INSTALLATION.! nieee..Tanpa dia,tiadalah air untuk dimandi manda...Dia nie juga adalah Senior tempat haku, Malah pengalaman dia nie berbukit-bukit taw dari haku ho..

Kami jugak bersama Pemaju E&O Property (Penang) Sdn.Bhd  serta GDP Architects dan Jurutera Perunding Valdun Sdn.Bhd. Bagi menjalankan tugas kami dan melancarkan Kerja-kerja untuk membangunkan WATER THEME PARK ini..

Kalau nak menceritakan tentang theme park nie memang banggalah haku, nie la FIRST TIME projek YANG BESAR pernah haku buat NIE...perrr.. Tak tido malam haku fikir bertapa bestnya wey,macam tak percaya alamak opppss!! "Bangga Diri Plak" haha..

Tak palah kalau korang datang ke tempat nie bila dah siap nanti ,korang pown boleh tumpang bangga coz kawan korang nie haa.. yang turut ada sesama siapkan.. korang kan kawan haku...
'ingat MALAYSIA WILD ingat lah Damas a.k.a Saddam Aslah'  ..hehe


LANDSKAP PLAN




WATER PARK LAYOUT PLAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...