Memaparkan catatan dengan label Ramadhan 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan 2011. Papar semua catatan

Sabtu, 20 Ogos 2011

Jemputan ke Majlis Berbuka Puasa

Assalamualaikum ya sahabat

Biasa la kan, hari nie hari sabtu bersamaan 20/8/2011. Haku keja lagi hari nie memandangkan Plan banyak yang belum settle lagi so terpaksa la haku turun padang =). Oo haku menulis nie bukan nak ceritakan masalah di tempat kerja. Tapi haku nak karangkan tentang satu event yang nak haku hadiri pada malam ini. 

Majlis Berbuka Puasa yang ke 3(tiga) dijemput salah seorang rakan haku juga dan Syarikat eData Network Sdn.Bhd.. Rasa hati tak mahu ja pergi, sebab MALAS bangat! letih, lagi pun sorang-sorang ja nak merangkak kesana. Tapi oleh kerana ajakkan kawan haku, so haku terpaksa la pergi.(Terpaksa) tapi semangat la.

Hari tu haku dah hadiri satu Majlis, yang pertama ja haku tak pergi sebab haku balik kerja dah pukul 6.40 jadi tak sempat nak bersiap-siap. Tapi hari nie alasan takda coz haku balik kul2. Ada lagi satu majlis,  haku dapat tahu awal ja nak diadakan pada 29.8.2011 nie sehari sebelum Raya kan. Bersama kekawan sekolah yang lama tak lepak sekali. Dah tu dengan Karyawan seni pulak.

Cerita bab nie ja haku dah bayangkan nak makan apa kat sana. Ayam masak merah ka, masak kicap ka, masak tomato ka, lantak la kan...janji haku boleh berbuka suda! orang tua-tua cakap 'Rezeki jangan ditolak, Maut jangan dicari' haku memang tak cari maut, haku juga memang tak tolak rezeki =) boleh pakai pribahasa tu kan.


-Ucap awal sikit, "Selamat berbuka kepada umat islam seluruh dunia" nanti tak sempat nak wish, sebab dah ada kat sana, lagi pun sana takdak wifi :)
-Terima Kasih kepada member haku, kerana sudi jemput haku ke Majlis tersebut. nanti jemput la selalu okay.
-Gambar dari Google, tapi suasana tak tahu la macam nie or sebaliknya.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Seperti lagu band hujan : DUGAANNYA.

Assalamualaikum : |

Huhh.. Hari nie dugaan depan mata.

haku nak ceritakan tentang waktu berpuasa siang tadi dalam ofis haku. Adakah patutnya cina-cina boleh makan depan staff-staff yang beragama islam(yang berpuasa). Memang tak patut kan? bukan teringin sangat tapi tolong la hormat agama lain. Tempat makan dah disediakan, tapi kenapa mereka makan dalam ofis? niat nak tunjuk kah?.
sumber dari Google. Tapi nie ha masakan tadi tu.


Emm apa boleh buat, duduk diam saja lah kan lagipun hari nie hari jumaat. Pahala berganda. Jam menunjukkan pukul 12.25 tengahari, rehat lambat lagi bukan la haku lapar atau teringin sangat, tapi haku cuma tak tahan bau makanan mereka tu.

Jam pun dah pukul 12.30 haku dan senior Architect pun terus gerak keluar. Dan kami terus ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat pada hari ini. Akhirnya haku dapat puasa penuh jua, tu yang haku update lewat sikit.
Sebab nak tengok setakat mana Iman haku, tapi ha iman haku sekuat batu taw. =)

Jadi korang-korang diluarsana, sebanyak mana pun dugaan yang datang dekat korang hendaklah korang tempis atau buat tak tahu ja.. Tambah sikit dosa korang tampar or tumbuk ja muka yang makan depan korang.


Ahad, 31 Julai 2011

SALAM PERANTAUAN

Assalamualaikum Warga Belog :| haku harap puasa kali ini penuh makna.




Kami dari Tech Terrain College Pelajar jurusan Precision Engineering 
ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut Bulan yang mulia Ramadhan Al-Mubarak'
kepada Bonda,Ayahda yang tersayang ,seluruh ahli keluarga yang berada di kampung,
 desa, bandar, town, up town, old town.serta Sahabat, Kenalan, Sepupu sepapat,
 juga Teman Blogger Dan yang mengenali kami semua. Ikhlas dari kami
>Kecik, Megat, Syakir, Non, Aziz Serta Damas<



  • Emm bajet sempoi pula bebudak nie..hadoiii. Padahal hanya diMalaysia juga. hehe
    a.k.a US.......j.  
  • Time nie serius happy gila-gila bersama teman seKOLEJ. walaupun gambar nie
  1. Diambil           : pada tahun 2010 (time puasa juga)
  2. Masa              : 2.00pagi
  3. Jenis Camera  : Sony Ericsson(-Cybershot) tu yang samar aja. Kalau tak, memang gue nampak hensem habis

Uwahhh..Pejam celik, pejam celik dah bulan Ramadhan datang kembali. Syukurlah kepada Allah S.W.T kerana sentiasa memberi keberkatan kepada umat Islam, naknya pada Ramadhan rezeki bertambah,Rahmat,Kasih,Taubat,Syurga. Banyak sungguh ka.. And then haku nak MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK. Semoga kalian diberkati Allah sepanjang masa.

* Lepaih nie yang tak penuh tu, belajar-belajar la penuhkan okay.
jangan beli plastik Hitam lagi k\hehe =)

pesanan ini dibawakan oleh:  PetrolGas Malaysia Sendiri Punya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...