Memaparkan catatan dengan label Cerita Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Blogger. Papar semua catatan

Ahad, 13 November 2011

Permainan Sudah Bermula

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u 



Pertama sekali, haku mengucapkan Terima Kasih buat akak meera kerana sudi tag haku. Yang ke dua(2) haku Mohon Maaf pada akak meera juga, kerana lewat untuk mulakan permainan ini. Diatas sebab-sebab yang memang tak dapat nak elak. Walaupun niat hati memang nak elak dari masalah itu :)




RULES OF THIS GAME
1. Post this rules
2. Write 11 things about yourself
3. Answer the question that the tagger have set for you
4. Create 11 new question for the people you have tagged to answer
5. Choose 11 blogger to be tagged and link then on the post
6. NO TAG BACK


TENTANG DIRI HAKU
1. Hi haku Damas, bukan Rain yang iklan shampoo Clear tu okay.
2. Haku 'suka cerita tentang diriku' pada orang lain. Kerana bagiku itu, adalah sejarah hidupku. Ia takkan pupus dan tak pernah pupus.
3. Apabila haku dilanda masalah, selalunya Rokok lah, teman setiaku waktu itu.
4. Selain masalah, mencari ilham juga haku akan ke pantai ataupun bukit bukau.
5. Haku lebih selesa ketika keluar, memakai selipar jepun dan dikenakan dengan stokin hitam.
6. Gemarkan baju warna Ungu dan Hitam. Bercorak kartun dan design sendiri.
7. Suka akan Sajak dan Puisi, mengarang karya tanpa batas.
8. Setengah masaku habis pada melukis. Haku minat melukis!
9. Tak suka cakap berulang-ulang. 
10. Benci pada soalan yang sama. so jangan soalkan soalan itu beribu kali okay..
11. Suka kumpul Toy's dan permainan-permainan yang memberi kepuasan.




SOKLAN DARI SIS MEERA


1. lagu apa yang kamu minat?
- Lagu dari The Beatles-Yesterday, A.P.I-Pelita, Melda Ahmad-Kimia, Meet Uncle hussin-Lagu untukmu, Bittersweet-Capital E, juga ku support local music dan paling haku suka, lagu dari Meet Uncle Hussin ft Hazama-Pokok

2. Suka ke tak subjek matematik? kenapa?
- Suka tapi bila tak boleh jawab jadi tak suka dah haha..Selalu time kerja dalam situasi mengunakan Matematik, dan tapi selalu juga gagal mengunakan nya :(..haha

3. Nama cikgu tadika kamu?
- Cikgu Maznah. Dia duduk satu taman dengan haku.

4. Nama facebook kamu? kenapa?
- Kartunis Damas. Kenapa? sebab Damas singkatan dari nama den Saddam Aslah.

5. Pendapat tentang blog saya?
- Blog yang sangat lembut dan basah, sejuk ja mata tengok dan selalu menjadi singgahsana bagi rujukan bagiku, dalam dunia blogger dan di kategorikan Penceritaan pendek tentang Cinta. . Pelbagai cerita didalamnya.

6. Pertama kali lihat saya/ gambar saya apa yang kamu fikir tentang saya?
- Lemah lembut, budak sopan dan santun. ternya betul tekaan ku. Ingatkan 18 tahun hehe.

7. Ringtone handphone untuk yang tersayang apa?
- Maaf, ringtone semua sama, tiada beza yang istimewa ataupun tak. Sebab guna handphone mono.

8. Kamu suka stalk blog sapa? kenapa?
- Yes! ada. Memang haku akan stalk blog En. Rahsia hassssha.. Sebab dia memcerita, dan bepandangan berbeza dengan cara aku. 

9. Kalau marah apa yang kamu buat?
- Kalau dirumah ,haku lari keluar rumah dan lepak di pantai, selalunya di R&R bagan.
- Simpan biar jadi dendam..hahaha.

10. Bila bosan kamu buat apa?
-  Dengar lagu, Lepak,  Meronda-ronda, Karang Puisi, Sajak, dan Melukis dalam keadaan fikiran yang bosan.
- Pergi tengok Wayang

11. Satu perkataan untuk menggambarkan diri saya bagi kamu?
- Indah. Kerana indah merangkumi semua pekataan (istilah dalam hidupku.)


-Soalan yang haku jawab diatas, ini adalah berlaku pada diruku dan benar-benar belaka.


SOALAN DARI HAKU PULA

1. Kamu kerja, pernah cukup duit sampai hujung bulan?

2. Siapa idola kamu, dalam hal perniagaan dan memajukan diri (max dua(2) orang sahaja)

3. Jika haku terbitkan Komik haku sendiri, pasti ka kamu nak beli?

4. Apa pendapat kamu, tentang Pemuzik Indie tanahair kita?

5. Kartun/edisi komik apa yang paling kamu minat time sekolah?

6. Jenama baju/seluar apa yang korang beli paling mahal?, berapa ratus/ribu?

7. Cita-cita kamu pernah tercapai tak, apakah cita-cita itu?

8. Apakah nilai atau barang berharga, yang kamu sumbang pada Keluarga kamu?

9. Suka dan pernah buat deko/hiasan/design/susun atur bentu dalaman rumah kamu?

10. Pernah belikan baju Raya untuk kedua IbuBapa kamu?

11. Pandangan kamu, Blog haku nie kearah Keseniaan atau Pribadi haku saja?




Ini dia 11 orang untuk mainkan permainan ini.
  1. Asrirayrock
  2. Yana Yusoff
  3. Kancil
  4. Wan Nor Izzati
  5. Kacang Peace
  6. Mastura
  7. Mikro Kokus
  8. Engku Aida
  9. Abu Huzaifah
  10. Cycy's Amirudin
  11. Krik Alfie

Selamat mencuba ya dan selamat bekenalan juga dari haku.




Beritahu jika suda menjawab 'komen di bawah'

Ahad, 2 Oktober 2011

Malam ku dan Sejarah kamu

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Hi, hi, hi and hi.then i say hi again (BI songsang).. okay kita teruskan penceritaan.
Di kala matahari mula pulang sang bulan pula take over tempatnya. :) emm cuti haku hanya sehari iaitu ahad sahaja, sabtu haku still keja tapi half-day. So...petang itu haku lepak la di Plaza Gurney nak lepaskan tekanan kerja sambil tengok pertandingan 'RED BULL MONKEY RUN' best la juga sebab haku dapat gelak kan mereka yang terjatuh and tak dapat ke pusingan seterusnya(huahahahahah) macam tu la gelaknya.

Pukul 3.25 minit petang kawan haku sesama sekolah telah tiba(reunion berdua saja). sBukan lagi-lagi happy malah bertambah kebosanan. Mula-mula plan nak pergi tengok wayang tapi cerita pun macam tak menarik ja. Lalu kami turun dan dia ajak haku ke pusat bisnes dia(Kedai Bundle milik kawan kepada kawan haku tapi kawan haku yang punya) *mesti korang tetiba keluar dari otak benda ini "?" pandai-pandai fikirlah, sebab dah besarkan. Tapi kedai bundle ini penah dikunjungi oleh beberapa orang hebat antaranya Pakdin Sk8, Shizuka, dan lain-lain lagi.

Selang 2jam kemudian seorang mamat berambut panjang, berbaju kuning seperti Retro datang dan tercetuslah fenomena perbualan kami 'Hey bro, lama gua tak nampak lu ah. Semakin sihat lu ya, dah kerja, ada kerjaya...Pastu dia cakap lagi 'lu nie gua tengok,  hensem, smart, bergaya, muka pun cute*nie saja tambah, tapi bila fikir memang ada pun semua tu ;) '. Then dia keluarkan sehelai kertas dari begnya yang agak barai jugak lah dan hulurkan kepada haku, sambil mulutnya b'bicara 'jom ar bro, join gua. Lu pun dah lama tak turun sekali gua, ke lu lupa gua?' 'mana ada beb, gua sentiasa ingat member-member gua walaupun kita dah tak satu alam,zaman.' . Haku pun ambil kertas tadi then tengok "UNDERGROUND GIG bersama GANG BUSTER" dah member baik yang ajak, so haku pun pergilah Gig itu yang berada di Penang Jetty.

Lagipun haku dah lama tinggal muzik-muzik keras, Oi!, Punk, dan sebagainya yang berada dalam aliran Underground. Bila dah masuk then dengar 'oohh teringat seperti zaman persekolahan dahulu yang penuh dengan zaman kegembiraan dan kegelapan' Tapi mungkin ini memang betul-betul last untuk haku kembali ke zaman itu.Sekarang layan Indie and Retro sudah kan. Lebih nyaman dan syahdu. 


      
 Okay nie lah wajah-wajah band Gang Buster Penang.

Haku bukan nak cerita sangat pasal band ini. Takut ada sesetengah pihak tak suka pula. So haku akan cerita tentang kewujutan dan sejarah Gig (tempat mereka buat persembahan ini). Yes tempat yang diadakan gig ini sebenarnya dah lama ditubuhkan masa tu haku pun masih Sekolah Rendah, dan haku kerap pergi waktu ku Sekolah Menengah. Korang nak tahu apa sejarah yang paling dibanggakan. Haa meh haku cerita... Ya tempat ini juga menjadi kegilaan band-band dari luar seperti UK and Jamaica. Wah itu antara band dari luar Negara. dan bagaimana band didalam/ local pula. Band tempatan adalah Bunkface, dulunya hanya sekadar main di gig, disini jugalah mereka bermain dan waktu tu tak pernah dengar dengar bunkface So sekarang wahh tanya ja pada budak-budak sekolah, semuanya dah mengenali seperti lagu 'Situasi' yang first dipopularkan oleh Media dan Radio Xfm. 

Dan juga band lagenda iaitu 'Shizuka' yang popular dengan lagunya 'Redline' lirik dia macam nie And when people step out this redline, I will never let them to go. Masa nie haku masih kecil lagi dan ramai diantara kita yang memperkata dan ingatkan Shizuka nie adalah band dari luar Negara dan bukan local band. Tapi silap sebab mereka adalah 100% band Malaysia, band kelahiran Ipoh, Perak. Di sini jugalah tempat mereka penah buat persembahan sebelum mencipta nama didunia luar. Ramai lagi sebenarnya artis-artis yang dari Underground mulanya dari sini.

Disini adalah video yang haku hadiri gig's semalam
Maaf kerana video ini ada unsur-unsur Skinhead dan Punk. (Agak keras)
Sound pown tak berapa clear sangat. Sorry ye.

P/s: Haku ingin melihat band-band tempatan tambahan di isi dengan anak-anak mudah pergi lebih jauh dan bukan sekadar main Underground.

-Sumber Gambar dari handphone haku sendiri.
-Sumber Video juga dari sumber yang sama.

Isnin, 26 September 2011

Jom join Bloglist Jiwarosak.com

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u


Jiwarosak ?  yes jiwa rosak. Dahulunya url dia jiwarosak.blogspot.com dan kini jiwarosak.com wah ketara sangat perbezaan itu kan ? Tahniah kerana sudah tukar ke Domain, haku ja masih belum lagi..hehe.
Dan terima kasih juga untuk Piqah Bagus, yes memang bagus sebab ingat akan haku nie.

Haa.. pengenalan tentang blog beliau(jiwarosak) dari pandangan haku. 
-Anak Malaysia yang berjiwa gental walaupun tajuk utamanya jiwa rosak.
-Meletak kan Perdana Menteri / PM satu sumber inspirasi beliau berBlog *mungkin. Dan ke enam-enam Perdana Menteri telah beliau abadikan dalam foto ke header nya. PM yang ke7 barangkali muka haku pula =)..
-Blog nya sangat segar bagi haku, kerana banner grafik yang sangat menarik iaitu Bendera Malaysia kita.
-Tips-tips yang sangat berguna bagi para blogger sekalian.

ku tag bersama rakan bloggerku.


P/s  Sesungguhnya berBlog list mampu meningkatkan cara dan tahap kita untuk capai lebih dari kemampuan.

Selasa, 20 September 2011

Follower Bertuah diBlog Aku.

*Fllower ke100 je  pown. 
tak la hebat macam blog korang 
sampai belas2 ribukn. Trimas semua, 
haku hargai setiap follower sni. 


Assalamualaikum Sahabat

Dari semalam haku mengira-ngira, bilangan follower di Blog haku. Huh asalnya ber-nombor 90 dan haku terus mengira bilangan untuk cukupkan 100 hanya lagi 10 orang. Pagi tadi haku terus tengok kat 'Dashboard' wahh..makin bertambah komen dan follower. Inilah hasil dari Pajak Gadai ikuti Segmen cik Lulu iaitu 'Jom Blogwalking'. Ternyata tidak mustahil dengan cara ini, juga mampu menaikkan lagi cara kita berBlog. Yes betul ini salah satu untuk tingkatkan kuasa(plus) untuk naikkan bilangan follower, pembaca, pengomen, dan sebagainya.

After lunch: haku masuk ofis dan terus tengok sekali lagi blog nie...wahh.. bertambah lagi(sorang sahaja) jadi la kan. Bak kata perpatah, orang dahulu kala (orang tua) "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit" so nie hasil dari sikit-sikit lah, dari satu(1) hingga seratus(100). 'Alhamdulillah'. walaupun tak la sampai mencecah belasan, puluhan, mahupun ratusan ribu follower, tapi suda cukup bagi haku sekadar ini sebab blog haku pun bukan bagus sangat pun =) oppss!! terlebih bicara pula kan. Tapi tak apa, nie satu pemberitahuan juga. 

Okay... sambung dari tajuk utama "Follower Bertuah diBlog Aku" yeahh malam nie lagi sekali haku tengok blog untuk pastikan siapakah yang bertuah itu? Sebabnya dia adalah follower ke 100 diBlog haku dan tepat pada pukul 11.00 minit malam okay..'memang tuah sangat..' ha, tapi tak ada la hadiah walaupun bertuah k =). just nak bagi sebakul Tahniah dan Terima Kasih kepada Saudari Norashikin binti Akhiar@doodeedoo yang menjadi follower bertuah itu. Juga tidak lupa kepada follower haku yang lain, Terima Kasih buat semua, tocey-tocey yaa..dan selamat berBlog diucapkan.



Inilah dia cik doodeedoo 
Trimas untuk semua follower yang sudi follow haku.


Okay.. jom kita terjah blog beliau

Klik banner ataupun klik SINI untuk ke rumah kedua beliau.
Blognya sangat meriah juga hiasan di dinding, dengan pengunaan doodles yang b'gitu comel-comel haa..
apa lagi jom kita pi terjah la..nie jugak.


Nota Buku 555:  "Apa yang kita impikan, tak mustahil untuk kita dapat."
-Gambar 1: sumber dari hasil PrintScreen.
-Gambar 2: sumber dari copy header tuan blog doodeedoo

Sabtu, 10 September 2011

KAMI BLOGGER UTAGHA

Assalamualaikum sahabat.

Kami blogger Utagha / Utara, yang diIlhamkan oleh saudari GKSB. Tujuan untuk para-para blogger dari utara berkongsi, cadangan, dan bersatu dalam apa jua Majlis yang akan di ajurkan.



Yes haku juga sorang blogger Utara. Haku anak kacukan *tapi bukan kacukan Negara okay, hanya kacukan Negeri saja. Iaitu Negeri Kedah dan Johor so ada juga Utaranya kan? Haku tinggal di Relau, Kedah tapi beralamat Penang Contoh: [No.7 Lorong 3, Taman Relau Indah, 14200 Sungai Bakap, Pulau Pinang.*ada penang kan?] kan betul tapi sekolah di tempat haku cuti mengikut Kedah, Jumaat dan Sabtu, so nak kata haku mai dari kedah pown boleh, penang pown boleh. dan yang paling best, tempat haku sepadan dengan tiga(3) buah Negeri Kedah,Penang, dan Perak. Semua dekat-dekat...Sekarang pown haku kerja di Penang juga, di Pulau Tikus. Dah cukup, itu cerita pasai haku dari utara.

Nie nak cerita tentang 'Kami Blogger Utagha'(KBU). Klik Sini kalau hampa nak join Group KBU. Tak semestinya hampa bukan orang utara tulin/jati, hampa tak boleh join, boleh kan cik GKSB? Kalau hampa anak Utara, tinggal kat Utara, belajaq kat Utara, keja kat Utara, mai singgah Utara, bercuti di Utara, kahwin dengan orang Utara, janda/duda orang Utara, makcik orang Utara, tokwan orang Utara Atau yang ada sangkut-sangkut lah, dengan Utara nie boleh lah join Peraduan Baca&Menang 'KBU' ini dengan segera.Asalkan warga negara Malaysia yang sah.. Lagi ramai lagi meriah. Di sini kita boleh la kongsi-kongsi cadangan dan idea untuk adakan sesuatu yang boleh majukan KBU dan Malaysia atau majukan kampung haku saja..

IKUTI DAN SELAMI: group 'KBU' 
LANGKAH-LANGKAH: di blog GKSB
UNTUK KETERANGAN LANJUT: facebook Gadis Kampung Separa Bandar.

P/s: Banyak lagi nak dicerita tentang Utara nie, kang tak pasai-pasai hampai tutup / ctrl + w, entri nie terus, sebab penat baca. 

-"Sokong atas keIkhlasan dan keSudian", bukan "Sokong atas keGembiraan"


Toy Story
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...