Tajuk dah Gila mungkin orang itu pun serupa gila. Apa haku nak ceritakan pada entri kali ini, moh kita selami hati sanubari haku ini..hahaha(senda gurau di pagi yang tak berapa buta nie)..Masuk keja pukul 9.00am tapi macam biasa la sampai keja pukul 10.00am, so bagi staff-staff disana dah jadi pekara biasa.
Tak sempat haku nak labuhkan kapal alahai ada panggilan pula. Jadi haku jawab la panggilan itu dengan penuh ramah mesra cukup garam,cukup gula. Tuuuuttttttttttt.. tetiba line putus, hati kata "Alhamdulillah" sebab telinga tak larat nak dengar suara burung murai ..Ahh lega dapat sarapan sebegitu rupa pagi ini. Dalam asyik leka bekerja ditemani semangat gentar ahh haku disapa oleh si Mr. Kacang "Haa itu Projek Seal Property sudah siap?" tanya dia pada haku, "Emm Ohh belum lagi, baru ja sampai Section" jawabku dengan penuh keyakinan dan ikhlas hati.
Baru Section haku buat. memang dasar haku nie malas kan.
Lalu datang semula ketempat haku, dan terus besuara "dalam minggu ini boleh siap tidak?", "Okay-okay jangan risau hari jumaat kita boleh submit dah" jawabku dengan muka senyum lagi(pura-pura sat). Lepas itu haku saja panjangkan perbualan kami dan haku tanya dia "bila tahun punya projek nie?" slumber dia jawab "Tahun depan bulan tiga(3)". Mak aiii, lama lagi dah tu buat kalut boleh dan-dan dia marah pula pihat sana. Katanya "projek lambat lagi tapi suda mau soft drawing Ayoo dorang ha, buat kita pening kepala saja ma" dia yang kata macam tu bukan haku ok.
Iya la...Lagi pun company nie bukan buat keja untuk Seal Property saja, malah beratus-ratu lagi(itu kalau campur keseluruhan) tapi yang haku punya tak sampai pun 50 projek lagi..hehe. Mahu tak gilanya kan. Tahun depan bulan tiga(3), tahun depan tu dah minta dari sekarang. Kalau haku settle kan juga minggu ini maknanya bulan 3 tahun depan haku goyang kaki la sebab tak ada kerja nak dibuatnya. Lagi pun kalau projek untuk tahun depan, tahun nie mesti dah tahu dah, nie cuma satu itu saja yang dapat tahu. So ada peluang la haku goyang kaki. (makan gaji buta pulak.).
Sekarang nie haku tengah usaha untuk siapkan juga sebab tak mahu dibising-bising dengan Owner nie, sedia maklum haku dah tahu perangai dia macam mana. Main sedap ja dia nak kata macam-macam. Haku tahu la dia banyak duit, tapi tolong hormat kerja orang lain okay Mr. K.
-Sumber gambar dari hasil kerja haku.
-Mood tengah marah nie wey,, tu yang terus online dan luahkan isi hati ini. (jiwang la plak.)
jom beli xperia arc
Tiada ulasan:
Catat Ulasan