Memaparkan catatan dengan label Kesenian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesenian. Papar semua catatan

Rabu, 3 April 2013

Seni itu indah dan sangat berharga


Assalamualaikum p e m b a c a b l o g a k u
Saat aku sedang menulis ni, harap yang tengah baca jugak diluar sana, sihat dan ceria selalu. Ini nak kongsi sikit pasai Seni dan Pameran. Pada bulan tiga(3) lepas, aku di invite oleh seorang rakan. Katanya tentang Pameran di bandaraya Melaka 'Pameran 6 x 6 vs 12 x 12'. Jadi dengan ketiadaan kerja waktu tu, aku pun going saja lah. Medium yang nak aku guna kan cat minyak. Tapi masalah nak kena buat bingkai kanvas 6x6 or 12x12..Nak kerat-kerat bagai oh maaf tak rajin..haha. Jadi aku ambik medium water color on paper.

Walaupun lukisan tak menarik, seperti Pelukis hebat diluar sana. Hati tetap ingin mencuba untuk kali ini. Pameran ini akan berlangsung pada 1 jun 2013 di Bastion House Melaka. Ia sangat menarik hati aku kerana disinilah tempat paling bersejarah. Rasa nak sangat jumpa para-para pelukis Tanahair yang hebat dan bersahaja.

Aku suka pada semua warna. Terutama warna warni. Dah gila sangat, jadi aku turunkan warna itu ke atas kerta bersaiz 12x12 inci. Lukisa ini tak menarik, sebab aku pun bukan pandai lukis sangat. Tak penah belajar mana-mana kelas atau ikuti kursus melukis ni. Tapi boleh la tengok ia sebagai lukisan jugak kan?





Yeah! untuk pengetahuan hampa semua. Aku suka tema Ayam, sebab ayam banyak maksudnya. dan warna warni itu simbol sangat luas :D. 

JOM RAMAI-RAMAI KE BASTION HOUSE MELAKA
1 JUN 2013 HINGGA 30 JUN 2013...

Jumpa anda disana okay...!


Khamis, 7 Jun 2012

Belajar Melukis Kartun Menggunakan Paint

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u.

Sedia tahu penggunaan Paint sangat sukar untuk kita melukis dengan puas,pantas dan hasilnya seperti lukisan budak sekolah. Ok, kali ini aku cerita sedikit mengenai cara-cara penggunaan paint. Klik dan masuk ke Software Paint (Create and Edit Drawing), dan tetera background putih kan. So untuk mulakan melukis hampa just klik pada brushes, pilih jenis brush sama ada 'Oil Brush' atau 'Watercolor Brush' than pilih Size (se-eloknya guna yang kecil atau sederhana) dan pula klik antara warna line yang hampa minat, Hitam ka, biru ka, hijau ka, apa-apa saja lah. Cuma hendak bina line permulaan. Buatkan rangka/bentuk kartu. Lakarkan mengikut step by step, ikut tahap kemahiran hampa. Kalau yang terror dibahagiah rambut buat rambut dulu, kalau kepala, kepala dulu dan seterusnya. Contoh di bawah nie.












Step1- Bahagia Kepala



Step2- Bahagia Badan.



Step3- Bahagian Kaki dan Tangan.



Step4- Tanda bahagia mata, hidung dan mulut.(Pandangan) 
Mudah nanti nak lukis Mata, Hidung dan Mulut.



Step5- Lukis bahagia pancaindera


Step6-  Pilih warna yang hampa minat.



Step7- Mulakan m'warna bahagia badan/baju.


Step8- Pilih warna pada bahagia kaki/seluar yang beza dari warna badan/baju




Step9- Warnakan keseluruhan kaki/seluar



Step10- Pilih warna kulit untuk diwarnakan pada bahagia muka,
 tangan dan anggota badan.



Step11- Habiskan warna pada keseluruhan bahagian.



Step12- Warnakan pada bahagia rambut dengan warna kesukaan hampa okay.



Step13- warna dengan gaya anda, atau lebih kemas dari ini.



Step14- Klik pada button Brushes seperti step1.



Step15- Lakarkan semula line/bahagia untuk terangkan semula bahagia yang pudar.



Step16- Warnakan kening, ubahsuai mata, dan telinga.
sempurnakan line atau warna yang cacat.



Step17- Lihat lukisan hampa, jika terdapat line,warna atau bahagia yang masih t'tinggal.
Lukisan ini tiada hidung ok. Sebab haku lebih selesa bila tiada hidung (atas faktor-faktor nya).



Step18- Lakarlah background kesukaan hampa, seperti dalam hutan ka, di bandar ka, sekolah ka, 
atau tempat-tempat yang menarik yang hampa sukalah senang.




Step19-  Gunakan pembayang pada lukisan hampa, untuk tampak kan lagi cara kehidupan
kartun hampa


Step20- Tinggalkan/turunkan tandatangan ataupun tarikh lukisan ini siap, ianya sebagai Copyright/ hakcipta hampa selamanya milik hampa..hehehe..


By Damas.

Selamat mencuba serta lakukan ia sebagai kemahiran dan kelebihan anda :)























Jumaat, 6 April 2012

Sekitar Pelancaran Pameran Ulang Tahun ke10

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h k u

Maaf, agak terlewat sedikit. Sepatutnya di Update pada 3hb April lepas tapi kena uruskan banyak hal. Jadi hari nie baru dapat kelapangan sedikit. Pada perasmian hari itu, memang agak meriah la kan. tetapi haku yang lewat. Perasmian dah mula setengah jam. Ramai sengguh pelukis dengan idea baru mereka. Syok!



Time ini, semua jemputan ke Anjung, ada sesi makan-makan bersama YB wong. Masa nie dah habis pelancaran. Time ini lah haku baru sampai..


Jemputan beramah mesra dengan Pelukis.

Antara Lukisan yang diPamerkan.


B'gambar bersama Patrick Lasak. di belakang adalah hasil karya beliau yang begitu memukau jiwa. Kalau tak percaya, silalah datang setiap pameran lukisan beliau. Pasti setiap mata anda memukau dan tak percaya akan hasilnya.. Serius beb! Beliau seorang yang peramah, memang peramah habis la... jenis gila-gila orangnya dan setiap lukisan dia juga gila dan menarik.

Ini adalah salah satu lukisan beliau, yang begitu memukau mata haku. Penghasilan lukisan menggunakan Cat Minyak atas Canvas, saiz haku dah lupa pulak tapi yang terbesar.. Yang begitu menarik pada Lukisan beliau, terdapat element 3D beb. Memang sangat luar biasa.


ini antara lukisan yang sangat real. Pelukisnya perempuan cina. Hebatkan mereka.


Akar menjadi idea dalam minda. Setiap sentuhan memberi makna.


Jelajah seluruh hutan, adalah tema bagi siPelukis ini.


Oil on Canvas



3D. Sangat menarik hati, dengan pandangan pertama haku. Betul-betul melihat lukisan ini dahulu.








Potret, Manusia dikenakan dengan Kebaya dengan wajah yang ceria, dalam kebebasan dunia.






Lukisan ini betul-betul dipintu hadapan. Buka saja pintu terus nampak.


Lukisan Orkestra. First time haku lihat lukisan sebegini. Jakun gila kan haku..haha.

Lukisan boleh buat duit. Klik
Duit dari Lukisan Klik

-Semoga jiwa anda berbunga dengan Seni.



Ahad, 1 April 2012

Pameran Seni 03 April 2012 'BALAI SENI LUKIS NEGERI PULAU PINANG'

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Alhamdulillah permulaan bicara haku. 

Yeah! setelah sekian lama.. tidak lagi kaki ini jejak pada alas, Balai Seni Negeri Pulau Pinang. Inilah limpahan peluang dikatakan. 31 March 2012 pada pukul 3.40pm aku melarat ke sana, hasrat nak la tengok gantian Lukisan 2011 tapi telah ditutup, sebabkan ada hal katanya. Lepas tu terjumpa pula dengan kenalan se'Seni'. Sembang di tangga, be'gelak tawa dan tanyakan khabar. Itu la perbualan kami sekian lama tidak sua muka.

Dah separuh jalan kami sembang. Jam pun hampir pukul 4.40pm. Galas beg nak masuk la, takut terlewat pula. tut-tut! Mr. Abdullah aka Pakab hulurkan aku senaskah Buku 'Pameran Pertangingan Seni Lukis Terbuka Pesta 2011' . Kata ku padanya 'alahai, kenapa susah-susah, den pun boleh pi ambil sendiri apa?' balasnya 'Emm memang saja aku turun, nak hisap rokok, tapi dah nampak hang. Bawak sekali la.' 'Terima Kasih' last sekali.


Memang setiap tahun BSLPP alan adakan Events. Tapi haku saja yang tak dapat pergi, ekoran waktu yang sangat padat. So hanya kawan-kawan saja yang kirimkan photo-photo, di Pameran yang lepas-lepas. Ataupun mereka be'cerita. Cukuplah sekadar berkongsi walaupun haku tidak dapat hadir. Trimas! geng.







Ok. Hasrat hati nak tengok pameran baru. Tapi macam-macam hal pula. Tapi takpa la. Mungkin belum dibawa masuk lagi. Yang menjadi pertanyaan haku tu 'kenapa la aku diberitahu dalam SMS, yang Pameran baru tu akan gantung pada hari nie'. Oh! rupa-rupanya silap baca daa.. Yang betulnya, nak di buat pembersihan tempat, untuk Lukisan baru. Akan dibuat pameran pada 03 April 2012 (Selasa) ini. Haku yang silap dengar. So jom kita kunjungi seramai yang boleh? Sebab haku pun akan berada disana pada jam 5.00 / 5.30pm. Perasmian akan di adakan lingkungan jam itu. Oleh Dato Omar barangkali, lupa da aihh!.


Pameran di aras atas

Karya dari Indonesia. Nama dah tak ingat.
korang boleh la datang untuk tengok sendiri. "Percuma"

Malaysia Artis (nie lukisan lama)
masih ingat waktu tu.

Watercolour on Paper

Jadi, kepada sesiapa yang terbaca entri haku nie. Sila oh sila la ke Perasmian Pameran yang akan di ada kan, pada 03 April 2012 ini, pada hari Selasa pukul 5.00 petang di BALAI SENI LUKIS NEGERI PULAU PINANG. 

JUMPA ANDA DISANA. 'Klik'


Isnin, 20 Februari 2012

Pengikut langkahku.

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Alhamdulillah..kerana haku masih lagi diberi peluang untuk menyusun baris kata di ruangan blog ini. Sesudah bebulan tidak update, atas faktor-faktor kerja dan pekara D13 yang tak dapat di elakkan iaitu cable internet kena curi daa.... itu lah yang tak update bebulan-bulan nie..I'm so sorry 'Geng'. 


Hari nie tak mau lah haku cerita panjang lebar, buat letih mata saja. Nie mengenai anak saudara ku yang berusia 2tahun 2bulan. Haku tengok dari segi penyampaian kata dan pegerakan seolah-olah, Seni dalam dirinya nak disampaikan tapi masih perlukan didik yang sempurna. Mungkin haku kah yang akan mengasahbesi yang tumpul itu? mungkin ia, mungkin tidak.


Damia Lutfiah

yes.. walaupun contengan dia tidak tersusun, usahanya melebihi segala. Setiap kali haku hadap kertas ukuran A4 untuk jadikan kartun semuka. Disitulah dia akan bersamaku dan menyibuk nak lukis sama. Lalu ku hulurkan pen dan sekeping kertan untuk dia luahkan apa yang di imaginasikan dalam minda kecilnya.

Dia banyak kearah haku la setakat ini. Contohnya dia lebih suka melukis dan adaptasi Kartun berbanding kearah lukisan yang lain. 'Wow..indah, Good' itulah yang haku ucapkan bila dia selesai taburkan seni atas kertas itu. Harapan ku suatu hari nanti agar dia berpelajaran dan seni sebagai sampingan. Sebab kerjayaan kita dan masa depan kita, bukan begantung pada apa yang kita miliki tetapi atas usahan yang gigih itu. Akan membuat kita berjaya.


Seni yang akan mempunyai Pemulaan dan Hujun

Sebenarny banyak lagi lukisan yang dihasilkan. Tapi haku tak sempat nak snap. Lain kali akanku upload kesemuanya untuk korang cuci mata, dengan lukisan yang akan membuat korang tersenyum sikit. Dengan lukisan yang tak berapa nak jadi dari sikecil ini.


Ini lah pengikut jejak haku.


P/s : Apa yang kita miliki itu, harus la kita guna dengan seimbang. Seni juga dapat dipelajari, tak semua semula jadi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...