Wednesday, October 9, 2013

Pameran Doodle for Unity,Universiti Malaya

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g a k u

Ya..! kekawan sekalian. Minggu lepas sempat aku pergi Pameran Doodle For Unity dekat Muzium Seni Asian, Universiti Malaya.Anjuran SelangorFm. Apa yang terdapat disana? ha..meh nak cerita meh..Sebenarnya tujuan aku nak ke Melaka, sebab dekat sana ada pameran lukisan jugak. Di anjurkan oleh Artgeng Melaka. Jadi nak pendek akan cerita ini, aku pun terkandas dekat KL. Dengan tidak semena aku aku teringat dekat yang di UM ada pameran berlangsung, oleh kerana masa tu aku tengah lepak di sana, memang cun lah. Aku menorak langkah pergi pameran KL Sketchup dikalangan artis watercolour. Sebelah petang pula, aku ke pameran Doodle 4Unity. Weh, memang meriah oii :). GF temankan..hahah.

Tapi sayang tak dapat jumpa artisnya. Sebab kl sketchup dah terlepas perasmian dia. Doodle 4Unity 2 hari lagi baru artis kunjung tiba. So memang tak jumpa lah. Tapi memang best gila 'bak hang'.
Dah. Malas nak cerita bebanyak. kat bawah ni aku sertakan bersama gambar disekitar pameran.


 Ke tiga2 gambar ni di Pameran Doodle for Unity,

Sebelum pulang sempat burukan dinding kat sana..haha

 Aku bersama orang kuat SelangorFm. Terbaik!!!

Akhir kata. Kita tak perlu ada degree untuk jadi yang baik dikalangan terbaik (kata2 Fynn Jamal) :).
tapi tuntutlah ilmu, kerana ilmu itu tidak rugi apa2.

Tuesday, April 2, 2013

Seni itu indah dan sangat berharga


Assalamualaikum p e m b a c a b l o g a k u
Saat aku sedang menulis ni, harap yang tengah baca jugak diluar sana, sihat dan ceria selalu. Ini nak kongsi sikit pasai Seni dan Pameran. Pada bulan tiga(3) lepas, aku di invite oleh seorang rakan. Katanya tentang Pameran di bandaraya Melaka 'Pameran 6 x 6 vs 12 x 12'. Jadi dengan ketiadaan kerja waktu tu, aku pun going saja lah. Medium yang nak aku guna kan cat minyak. Tapi masalah nak kena buat bingkai kanvas 6x6 or 12x12..Nak kerat-kerat bagai oh maaf tak rajin..haha. Jadi aku ambik medium water color on paper.

Walaupun lukisan tak menarik, seperti Pelukis hebat diluar sana. Hati tetap ingin mencuba untuk kali ini. Pameran ini akan berlangsung pada 1 jun 2013 di Bastion House Melaka. Ia sangat menarik hati aku kerana disinilah tempat paling bersejarah. Rasa nak sangat jumpa para-para pelukis Tanahair yang hebat dan bersahaja.

Aku suka pada semua warna. Terutama warna warni. Dah gila sangat, jadi aku turunkan warna itu ke atas kerta bersaiz 12x12 inci. Lukisa ini tak menarik, sebab aku pun bukan pandai lukis sangat. Tak penah belajar mana-mana kelas atau ikuti kursus melukis ni. Tapi boleh la tengok ia sebagai lukisan jugak kan?





Yeah! untuk pengetahuan hampa semua. Aku suka tema Ayam, sebab ayam banyak maksudnya. dan warna warni itu simbol sangat luas :D. 

JOM RAMAI-RAMAI KE BASTION HOUSE MELAKA
1 JUN 2013 HINGGA 30 JUN 2013...

Jumpa anda disana okay...!


Saturday, March 23, 2013

SAJAK 'Bayangan Terjadi'


Assalamualaikum p e m b a c a b l o g a k u





Cuaca malam sangat suram. Aku tuliskan seribu rasa, menjadi sejuta kata.



video


BAYANGAN TERJADI

'Kau lihat aku disini berdiri teguh'
'Beralaskan sekeping hati kukuh'
'Aku cuba tuk faham setiap dimensi'
'Aku cuba menangi hati kamu'
'Tapi Ternyata perbuatan sia-sia'

'Aku tahu, akulah paling rakus'
'Aku makan semua cintamu'
'Tapi tak bermakna akanku tinggal sisa'
'Tak mungkin ku biar kau sensara'
'Kerna sayangku lebih dari segala'

'Lenaku,makanku dan segenap hal dalam duniaku'
'Akanku fikirkan kau dulu'
'Sayang ku usah kau kira, bagai butir pasir di dunia'
'Kasih ku jangan kau hitung, umpama tumbuhan menjalar merata'

'Maafkan aku kerna sifat ingin tahu'
'Membuat kau tidak selesa' dan
'Kita semakin jauh'
'Aku akui, cemburu adalah sifatku'
'Bahkan manusia lain juga seperti ku'

'Maafkan aku kerna bisa selalu bersangka denganmu'
'Sebab kau begitu dalam dihatiku'
'Kau tahu dalam duniaku'
'dua wanita palingku sayang'
'Ibuku dan dirimu'

'Aku tak mahu, minta lebih dari kemampuanmu. Hanyaku mahu'
'Kau yang bisa beriku cinta'
'Kau yang bisa temaniku sentiasa'
'Kau yang bisa fahami seluruh jiwa'
'Sudah cukup memadai bagiku'

'Aku tidak pernah membayangkan'
'Yang ini akan terjadi'
'Setiap masa cerita sebegini'
'Dan kini bisa terjadi'
'Kalau dah itu kau impi'
'Aku lepaskan kau dengan rela hati'.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...