Memaparkan catatan dengan label Cerita dia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita dia. Papar semua catatan

Isnin, 20 Februari 2012

Pengikut langkahku.

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Alhamdulillah..kerana haku masih lagi diberi peluang untuk menyusun baris kata di ruangan blog ini. Sesudah bebulan tidak update, atas faktor-faktor kerja dan pekara D13 yang tak dapat di elakkan iaitu cable internet kena curi daa.... itu lah yang tak update bebulan-bulan nie..I'm so sorry 'Geng'. 


Hari nie tak mau lah haku cerita panjang lebar, buat letih mata saja. Nie mengenai anak saudara ku yang berusia 2tahun 2bulan. Haku tengok dari segi penyampaian kata dan pegerakan seolah-olah, Seni dalam dirinya nak disampaikan tapi masih perlukan didik yang sempurna. Mungkin haku kah yang akan mengasahbesi yang tumpul itu? mungkin ia, mungkin tidak.


Damia Lutfiah

yes.. walaupun contengan dia tidak tersusun, usahanya melebihi segala. Setiap kali haku hadap kertas ukuran A4 untuk jadikan kartun semuka. Disitulah dia akan bersamaku dan menyibuk nak lukis sama. Lalu ku hulurkan pen dan sekeping kertan untuk dia luahkan apa yang di imaginasikan dalam minda kecilnya.

Dia banyak kearah haku la setakat ini. Contohnya dia lebih suka melukis dan adaptasi Kartun berbanding kearah lukisan yang lain. 'Wow..indah, Good' itulah yang haku ucapkan bila dia selesai taburkan seni atas kertas itu. Harapan ku suatu hari nanti agar dia berpelajaran dan seni sebagai sampingan. Sebab kerjayaan kita dan masa depan kita, bukan begantung pada apa yang kita miliki tetapi atas usahan yang gigih itu. Akan membuat kita berjaya.


Seni yang akan mempunyai Pemulaan dan Hujun

Sebenarny banyak lagi lukisan yang dihasilkan. Tapi haku tak sempat nak snap. Lain kali akanku upload kesemuanya untuk korang cuci mata, dengan lukisan yang akan membuat korang tersenyum sikit. Dengan lukisan yang tak berapa nak jadi dari sikecil ini.


Ini lah pengikut jejak haku.


P/s : Apa yang kita miliki itu, harus la kita guna dengan seimbang. Seni juga dapat dipelajari, tak semua semula jadi

Khamis, 13 Oktober 2011

Semalam hari yang 'Terakhir'

  Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Hari nie den nak cerita tentang semalam. Kenapa semalam, apa yang jadi ? opps.. den cuma nak bagi tau dekat korang, yang kiosk my sister dah tutup. Terakhir iaitu pada 12hb Octebor 2011, semalam la kan. Kenapa pula tutup? tak laku, tak jalan, tak ada sambutan ? banyak persoalan pula.. tak macam ni, kakak den dah start bekerja di Perpustakaan Desa dekat dengan kampung den, memang dekat sangat lah. 

So oleh sebab tak ada siapa yang nak membantu dan 'take over' perniagaan cupcake 'nya' itu, maka terpaksalah ditutup. Kalau nak harapkan den, owhh memang tak la. Sebab den balik kerja pukul 5ptg, pula tu dari tempat kerja den ke Econsave tu dah makan masa sejam. jadinya tak sempatlah. Takkan nak buka dari pukul 7mlm sampai 9.30mlm. Berapa jam sangat nak buka.

Itu sebab kakak den ambil tindakan 'menutup'. Lagi satu, sebenarnya den ni tak berminat berniaga-berniaga ni. Den minat apa pun den tak tau. Memang darah meniaga tak turun dekat den. Barangkali ia turuk kepada Atuk, Ayah, Kakak sulung, dengan Kakak kedua den saja. Jadi itu tak memberi kecemburuan langsung kepada den. Semalam den sempat juga, tolong tutup kiosk dia. Jadi la, ada juga nama kat situ(tolong tutup)..miahaha :) 

Nie dah sesi terakhir 'memunggah' barang-barang dalam dan luar kiosk



Den tolong jugak okay. Walaupun sekadar memutar screw.
Ehh apa hal pergi buka itu pula Damas?
takkan kiosk-kiosk mu nak bawa balik..!! adoii.

Jadi lepas ni tak ada lagi la cupcake dari 'Chinta Damiya Enterprise'. Tapi kalau yang berminat dan berada disekitar Seberang Prai boleh la contact melalui talian '017-527 0408 (Eyna)' @ facebook Chinta Damiya. Dan di bawah ini adalah gambar-gambar Cupcake dan juga Coklat. Sesuai untuk Majlis Pertunangan, Kahwin(boleh buat hantaran sekali), hadiah, dan makan dengan Awek pun boleh(suap-menyuap).





Ini ja yang den sempat snap sebab, den tak sabar nak memakan 'nya'.
okay,

P/s: Boleh tak korang mainkan lagu 'lagu untukmu' by Meet Uncle Hussin, sebab si Farah nie ha, nak dengar. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...