Memaparkan catatan dengan label Cerita Haku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Haku. Papar semua catatan

Khamis, 13 September 2012

Saat penulisan dimulakan



Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Ini adalah saat aku terjerumus kembali, dalam dunia blog. Walhal aku masih tidak punya banyak waktu.Dek kerna kesibukan kota..Ehh!, dah pahal bunyi macam indon pulak nie. Okay kali nie aku boleh la mengarang blog. Tak banyak, sikit pun jadilah kan. So sekarang agak sibuk, walaupun dah berhenti kerja sebagai Planning Designer. Sibuk dok angkat Dedak Ayam, Kambing, Burung cak rumah, Burung kasawari, Burung kakak muda, Burung hantu, Itik, Rusa, Unta, Kuda, dan banyak lagilah dedak makanan Haiwan nie. Ialah kuli la katakan, mesti la dipaksa kerja seharian..Fuhhhh!! letih bak hang..

Jadi sekarang, aku nie rindukan Teman-teman blogger, akak-akak blogger, adik-adik blogger, nenek-nenek blogger, cucu cicik blogger dan jugak burger. okay lawak tak jadi.!. Semenjak berhenti kerja kan, hidup aku masih mencari sinar lampu minyak tanah. Tak jumpa-jumpa. Masa mula-mula nak tulis taip surat rasmi untuk resign tu, tangan jadi ketaq semacam dah macam pesakit Parkinson pulak. Tapi teruskan jugak tujuan aku tu. Sehinggalah ditandatangan yang terakhir. Lepas tu letak atas meja Boss terus blah. Hantar pun time last opis hour. Sebab takut dia panggil..Takut di pujuk dan terus tak jadi benti kerja.

Esoknya Bos hantar mesej 'Hello..Selamat Siang, kenapa ni? ada apa masalah, boleh saya tolong? saya tak mahu kehilangan Pekerja Terbaik saya'. Aku tak reply pun sebab kredit tak ada da.. Selang beberapa minit kemudian, dia call tanya aku 'Apa masalah ni dam, boleh saya tolong kamu?' 'tak ada apa bos, saya kena bekerja dengan ayah saya. Tolong dia.' jawab aku. balasnya pulak 'Oo..betul jugak, family kena utamakan dulu..' Diaammm ja antara aku dan bos aku. tut-tut dia cakap, 'Ehh kamu nak tak kerja dirumah. Buat sambilan Plan? gaji kira macam biasa, cuma potong duit perjalanan saja. Saya pergi pasang mesin fax kat rumah kamu, guna komputer company..mau?' aku kata kat dia 'Nanti saya fikirkan dulu ye bos.' Padahal memang aku tak mau. Aku berhenti sebab aku nak rehat dari dunia Designer ni. Letih wey.

But..Sekarang ni aku dah jadi kuli di Abira Enterprise. Syarikat milik penuh Bumiputra. Pengedar Makanan Haiwan ternakan seperti yang tertulis diatas tadi. Kat tempat kerja aku tu tak ada internet conet. Itu yang tak berOnline sangat tu. Time balik rumah dah letih,tidur. So tak dapat nak bertentang mata dengan screen laptop nie haa.. Itu ja nak cerita setakat ini, okay lah apa-apa pun terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk baca penulisan aku nie. :)

Rabu, 28 Mac 2012

Sibuk Cebok!

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u


Haaluuo! Hampa apa Habaq? tu dia keluaq Penang dah. 

Aduss..Sekarang nie haku dah jarang online. Bukan setakat online, mandi pun dah jarang..hee. Ada bau tak ? Entah lah sejak dua menjak nie, kerja bertambah-tambah banyaknya. Kesini lah, ke sana lah sampaikan makan pun dah lupa. Mana taknya. Dengan kerja dekat ofis lagi dekat rumah lagi. Dua-dua kerja tu sama jugak. Di ofis haku melukis dan di rumah pun aku masih melukis. Yang beza cuma dari segi lukisan saja la. Naik jemu la jugak kekadang.

Sampaikan kepala nie tak mampu nak tanggung bebanan. Penadol ActiFast lah teman haku, dikala berlaku sedemikian. Naik pusing dibuatnya. Ini baru saja aku Submit Pelan IVORY, Island Resort..Dah datang lagi. Nak buat macam mana, kerja nama pun kan. Itu sebab mood pun kurang. Nak online tak da mood, bercakap pun  tak da  mood, makan tak da mood, melayan kekawan lagi tak da mood. Lepas tu bertambah lagi satu kerja, nak jadi pekebun Cili pulak dah. Entah boleh entah tidak. Haku pun tak tahu lah.

Yang kat rumah pula, haku sedang sibuk menyiapkan Komik. Asyik tidur lewat-lewat malam pulak sekarang. Tak tahu la bila agaknya komik tu nak diterbitkan?!. Selalu buat separuh jalan, sambung esok, esok ke lusa, lusa ke...ke apa? ke tong sampah? emm mudah-mudahan biarlah selesai segala pe'masalahan ini yee.. 

Hanya sekadar hiasan Pribadi. Komik yang disebut
sedang dalam pembikinan. Tak boleh di Publish kan lagi.


Hari nie kerja haku, kena siapkan satu lagi projek. Design Swimming Pool untuk Mr. Lim Beng Kit. Satu hari ngadap komputer, naik juling dah mata nie. Akhirnya siap jugak time-time nak balik tu..Alhamdulillah dah selesai satu kerja. Nasib baik tak kena tidur ofis kan..kalau tak, memang tak mandi lagi la haku kan. haha.

Inilah Design yang haku buat pagi tadi. Family Swimming Pool 
Untuk Mr. Lim. 87% kesiapan dia. Belum di Check oleh si boss.



Itulah kerja haku setiap hari. Nak kata rehat, memang tak ada langsung. Letih bak hang. Tak bermaya, bukan luna maya. Baik lah teman-teman, guew mahunya tidurr dong. Udah penah bangat seharian kerja. Sapa sih ambilnya peduli sama guew.(tetiba sebut luna maya, Indon la pulak cakapnya). Ok, Good Nite beb. 

Isnin, 19 Disember 2011

Akhirnya, dapat juga Kekasih Baru

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u


Setelah sekian lama, haku hidup 'membujang'..Akhirnya dapat juga haku merasa detik bahagia. Walaupun hanya seketika. Tapi tak apa-apa. Cukuplah sekadar mengisi, hanya di waktu lapangku. Mengoratnya nun jauh di Johor, bodek-punya bodek, adjust lebih kurang, last-last dapat juga Kekasih Hati. Siap boleh bawa jalan-jalan lagi haaa...memang spotting gila-gila lerrr....

Masa bawa jalan sampai ke Utara(rumah), hati nie berdebar-debar saja. Tak tentu arah dibuatnya. Rasa macam nak 'bukak la tu jugak ha' tapi kena la sabar ..kan?, kita nie manusia :). Sekarang nie, kami semakin rapat walaupun tak serasi bersama lagi. Tapi slow-slow / pelan-pelan kayuh dulu. Jangan terus hentam terus, kang apa pun tak dapat. Haku jaga dia pun dengan rapi lagi. Baik jaaa...

Haku selalu luangkan pada waktu petang dan malam saja. Sebab waktu tu, jarang ada orang sangat. Tak la bahaya.. kan?. Ehh, kami tak berdua saja, malah ada juga teman dikalangan rakan-rakanku. Kalau balikke rumah, haku akan lap-lap badannya dengan kain lembap. Perhhh memang best :) nak tahu siapa? nak ka tak nak? kalau nak, jommm... 














Ahak...! haku pun tak tahu la, tetiba minat pula haku nak main yang ini. Kalau tidak selama ini, tak pula haku pandang benda-benda nie semua. Kereta control pun haku tak minat. Tapi bagus juga, sekurang-kurangnya tak terbuang masa haku, dengan melepak tak tentu pasal tu. Petang, time balik kerja terus mandi, capai mainan nie, terus ke Padang. Main lah sampai senja. Sekarang nie, hari-hari macam tu. Dah tak ada kerja lain. Jadi haku nasihatkan korang semua, beli la satu(1) satu ja. Untuk hilangkan rasa bosan ditempat kerja. :) Hati-hati kalau main yer...kalau luka, ubat sendiri.


Selamat Mencuba.



Sabtu, 15 Oktober 2011

Ini Lukisan 'HatiKu

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Tajuk Lukisan 'Inspirasi Batin'


by Damaseni

Tanpa soal juga selidik, terus pijak pada landasan yang reput. Bukan maksud untuk selindung apatah lagi kaliskan manis nada bicara. Aku juga punya perasaan, hatiku ber 'hak' memilih. Mengapa harus sangkal benda tak pasti. Bukan hati untuk menipu, bahkan sedaya kejujuran aku hulurkan. 'Inspirasi Batin', warna kekadang cerah kembali gelap, tiada ketiga dalamnya, sering berulang kepada asal. Hanya berpeluang sekali, tak akan pusing pandanganku pada yang lepas. 'Inspirasi Batin',


by Damaseni

Lukisan ini dasar meluah beku hati, dalam keadaan yang bergitu lemah. tanpa bicara tentang cerita, biar berlalu tak b'harap lagi. ini cerita aku, cerita pertemuaan dan pengakhiran. Terima Kasih 'sang Harapan'

Karya: Kartunis Damas
14 October 2011
11.54 malam

Khamis, 13 Oktober 2011

Semalam hari yang 'Terakhir'

  Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Hari nie den nak cerita tentang semalam. Kenapa semalam, apa yang jadi ? opps.. den cuma nak bagi tau dekat korang, yang kiosk my sister dah tutup. Terakhir iaitu pada 12hb Octebor 2011, semalam la kan. Kenapa pula tutup? tak laku, tak jalan, tak ada sambutan ? banyak persoalan pula.. tak macam ni, kakak den dah start bekerja di Perpustakaan Desa dekat dengan kampung den, memang dekat sangat lah. 

So oleh sebab tak ada siapa yang nak membantu dan 'take over' perniagaan cupcake 'nya' itu, maka terpaksalah ditutup. Kalau nak harapkan den, owhh memang tak la. Sebab den balik kerja pukul 5ptg, pula tu dari tempat kerja den ke Econsave tu dah makan masa sejam. jadinya tak sempatlah. Takkan nak buka dari pukul 7mlm sampai 9.30mlm. Berapa jam sangat nak buka.

Itu sebab kakak den ambil tindakan 'menutup'. Lagi satu, sebenarnya den ni tak berminat berniaga-berniaga ni. Den minat apa pun den tak tau. Memang darah meniaga tak turun dekat den. Barangkali ia turuk kepada Atuk, Ayah, Kakak sulung, dengan Kakak kedua den saja. Jadi itu tak memberi kecemburuan langsung kepada den. Semalam den sempat juga, tolong tutup kiosk dia. Jadi la, ada juga nama kat situ(tolong tutup)..miahaha :) 

Nie dah sesi terakhir 'memunggah' barang-barang dalam dan luar kiosk



Den tolong jugak okay. Walaupun sekadar memutar screw.
Ehh apa hal pergi buka itu pula Damas?
takkan kiosk-kiosk mu nak bawa balik..!! adoii.

Jadi lepas ni tak ada lagi la cupcake dari 'Chinta Damiya Enterprise'. Tapi kalau yang berminat dan berada disekitar Seberang Prai boleh la contact melalui talian '017-527 0408 (Eyna)' @ facebook Chinta Damiya. Dan di bawah ini adalah gambar-gambar Cupcake dan juga Coklat. Sesuai untuk Majlis Pertunangan, Kahwin(boleh buat hantaran sekali), hadiah, dan makan dengan Awek pun boleh(suap-menyuap).





Ini ja yang den sempat snap sebab, den tak sabar nak memakan 'nya'.
okay,

P/s: Boleh tak korang mainkan lagu 'lagu untukmu' by Meet Uncle Hussin, sebab si Farah nie ha, nak dengar. :)

Selasa, 11 Oktober 2011

Ya Allah, Apa Suda Jadi ?

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Arrr..tetiba pagi nie tak ada mood nak pergi kerja . Sebabnya masih dalam keadaan tertekan, 'sebab'nya sekali lagi, kerja orang pun haku kena buat. Emm nak buat macam mana kan, terpaksa la ikutkan. Makin lama makin bertambah-tambah. Sekejap nak kena lari sini, sekejap lari sana lama-lama lari balik rumah..ohh no!

Baiklah kita terus sambung story tadi. Pagi nie macam biasa, bangun tidur, mandi. Dengan tuala masih ditubuh(seksi gitu) Ahh haku pun ambil kemeja dan seluar slack niat nak gosok la. Tetiba terbantut. Tahu kenapa ?? meh den tunjuk meh. 



Ahh sudah.. Haku dengan tekanan yang amat tinggi 'ini la jadinya' dan tetiba haku boleh pergi gosok dari dalam. Eh selalu okay ja kan...sebab haku gosok dari luar. Tak pula haku perasan yang kain untuk pocket seluar tu mudah terkoyak. Dah tu haku pasang pula volume tinggi, yang paling hot gila bangang lah. Kejadian ini sekelip mata saja. Baru letak dah jadi macam ini..

Ohh No..!! tak sangka.

Lepas ja kejadian itu, haku terus tak ada mood untuk pakai baju kemeja. Terus haku ambil seluar jeans dan kenakan dengan t-shirt putih bebelang merah dan hitam (senang kerja kan. Pakai macam nie pown still boleh bekerja juga.). Apa jadi dengan seluar di atas itu? entah la.. haku letak di tepi, tempat iron tadi tu. Dengan harapan agar 'Mak' haku tengok dan betulkan semula yang dah tak betul tu. Lagipun haku kan anak paling manja dalam kalangan anak-anaknya yang lain. Okay ini lah cerita pagiku.

Ini adalah kejadian pertama yang haku alami, so nak mengelakkan kejadian ini berulang kembali 'terpaksa la haku kahwin awal :) *gatal pula dah'. 

P/s: janganlah korang berada dalam keadaan sebegini. kerana akan menyebabkan berlaku benda yang tak di ingini, malah lebih teruk dari ini :)


Isnin, 10 Oktober 2011

Isian Hari Minggu - 01

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u. 

Yup hari nie 09hb jatuh pada hari Ahad. Isian hari minggu ini penuh dengan rancangan. Semalam haku terbangun dari lena pukul empat(4) pagi, mak aii terus haku online facebook. Yerr la bangun saja, terdapat burger disebelah haku, dengan adanya sekumpulan tentera semut yang bekerja pada waktu haku tengah tidur. So keluar dari bilik lantas ke bilik air untuk cuci mata dan basuh mulut(gosok jangan tak gosok.), terus capai burger tersebut dan makan. sebelum tu haku dah check-check sekeliling dah, Alhamdulillah tak ada semut didalamnya. Makan pun sudah, semua pun dah selesai. Muncul pula satu penyakit yang diberi nama 'tak boleh sambung tidur kembali' ahh itu la sebab haku online pepagi buto tu haa...Kes nie la, kes nie la sebabnya.

Masa online tu haku tengok ada tiga(3) orang yang still online pepagi macam nie, sorang perempuan dua lelaki. Ehh ada pula perempuan yang duk online waktu sekarang. emm lantak la. bukan haku kenal sangat, terus haku open chat dengan mamat 'M'. Haa.. dia nie bapa saudara haku, yang pernah haku ceritakan dulu. hee, tak payah la haku cerita apa yang haku chat dengan dia. Hal lelaki, apa kamu tahu? lepas itu last perkataan sebelum haku tidur kembali 

si M: 'wey, petang satgi hang free tak?'
haku: 'free la juga, kenapa?'
si M: 'aku nak ajak hang pi PCDEPOT, cari ram untuk komputer aku'
haku: 'emm okay ja, belanja haku la mcm tu..hehe' 'tapi satgi mai gerak haku'
si M: 'ha okay2.. jangan lewat sangat, dalam pukul dua(2) kita pi la..nanti hujan pula'
haku: 'baik la, ok assalamualaikum' 
yang dialog diatas nie saja boleh publickan.

Tiba la waktu yang dinantikan. Ehh bukan si 'M' yang kejutkan haku, tapi Messages dari DiGi yang kejutkan. 'sila buat isian semula, untuk terus nikmati kadar panggilan kami'. Puihh kalau haku tak isi pun apa yang kau(DiGi) sakit? cuma orang itu akan rasa kesunyian kerana haku tak messages dia :). Oppss ter...la..jak pula sampai ke situ. Okay-okay jam pun sudah pukul 2.30, janji pukul dua(2). Biasa la janji kami. Okay siap dah semua, start motor pakai helmet(biasala kami kan Mat Rempit,) ambil dia gerak terus ke Pcdepot seberang perai. Mula la sesi jual beli di dalamnya bla bla la la la.. dan bla lagi ..haha.

sebelum haku blah, haku sempat snap nie. sebab apa?
baca la.

Kami patah balik/pusing semula ke Pacific. Haku cuma nak cari 'selipar' sebab nak gantikan dengan 'selipar jamban' haku nie. Tak sangka pula ada Pertandingan Melukis, tapi haku tak pasti la dari pihak mana. Yang sure pown cina semua pesertanya. Tapi haku saja nak menilik siapa yang akan perolehi kejuaraan ini. Ahh macam lumba motor pula dengarnya. 

Suasana diPacific / megamall Penang. Meriah la 'jugak'


Yeahh,..ini lah yang haku maksudkan tadi. Budak perempuan
 yang berbangsa cina ini. Perhh pandai dia bermain dengan warna.
pantulan yang sangat naik.


 Ini pula budak lelaki, juga berbangsa cina. 
Lukisan dia boleh la juga, tapi terlalu banyak warna
yang garang, dan warna semula jadi tak ditutup dengan
teliti. Tapi mereka semua berbakat dan bagus.


Haa..tapi nasib yang ku sangka tadi tidak berjaya nampaknya. Beliau hanya menduduki tempat ke 2 atau 3.(tak ingat, cepat lupa haku nie) macam tu la. So apa-apa pun mereka dah cuba yang terbaik, cuma nasib dan kretif yang bezakan mereka. Teringat pula masa time sekolah, selalu masuk bila ada Pertandingan dan selalu dipaksa oleh kawan-kawan untuk naikkan nama kelas. itu ja..hahah.

Dah habis sampai penyampaian hadia, si 'M' mengadu lapar, eh haku pun sama sebab tengah hari tadi tak jamu apa pun satu. So dia dah janji nak belanja kan? hehe KFC juga dia pilih, bapa saudara haku nie jenis memahami orangnya, baik, bagus, untung haku selalu..Ha itu lah isian hari minggu haku pada minggu ini. Haku bukan kaki rayau sangat orangnya, kalau tak ada arah nak dituju memang tak gerak la haku nie..

tanya: korang suma pergi mana hari minggu ?
sumber gambar dari: n'set haku.

Isnin, 3 Oktober 2011

2020 Countdown Clock Urban Design Competition

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u 

Yes... insyaallah, kita akan dapat melihat lagi satu sejarah pembangunan yang bakal terukir untuk Negara Malaysia dan akan mengubah sebilangan wajah bagi Dataran Merdeka. So diluar sana yang inginkan rekabentuk dari Arkitek dan Urban Design ini menjadi satu perubahan dalam pembangunan Negara, boleh la korang 'vote'. Sokonglah, semoga ia terus menjadi kenyataan. Meh kita tengok gambar-gambar dibawah ini.

sorry gambar tak clear sangat, sebab ambil guna phone haku saja.

nie Dataran Merdeka, dekat padang. 
-Gambar dari Phone haku

yes dapat juga gambar JPEG dari blog tuan punya projek ini Mr. Eric Yong 
wahh Eric, den memang sokong mu 90% lah, lagi 10% kalau mu kasi design sama den lagi lah..muahaha. Nak tengok lebih jelas, sila klik pada gambar untuk besarkan.

korang nak tahu, rekabentuk ini tercetusnya idea daripada Bunga Kebangsaan 'Bunga Raya' dan Tangan Tengku Abdul Rahman ketika beliau angkat tangan semasa laungkan Kemerdekaan di Stadium. Tak percaya? haku ada bukti nie.

tengok, di ilhamkan dari bunga raya, dapat menjadikan sebuah bangunan..
-Gambar dari Phone haku.

ha.. Inilah yang dimaksudkan tu. Cuma korang lihat pada gamabr pertama Tengku dan ikuti anak panah pada gambar seterusnya, ada garis b'warna hijau dan mengikuti aliran tangan Tengku.
-Gambar dari Phone haku.

So kesimpulan rekabentuk ini adalah, ciri-ciri yang terdapat pada dalam Negara dan Sejarah Perdana Menteri pertama(Bapa Kemerdekaan)

P/s: Selalulah kita bangga dengan seni dan warisan Negara kita Malaysia. Kerana disini juga terdapat banyak keUnik kan dan Keistimewaan dan menjadi Malaysia negara mencapai tahap pembangunan yang Moden.


P/s: jangan lupa teruskan sokongan padu anda,untuk pembangunan Malaysia.


-Maaf. Kualiti gambar tidak memuaskan, nanti haku cuba dapatkan soft-copy dari Encik sagu (Mr. Eric) :)


Ahad, 2 Oktober 2011

Malam ku dan Sejarah kamu

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Hi, hi, hi and hi.then i say hi again (BI songsang).. okay kita teruskan penceritaan.
Di kala matahari mula pulang sang bulan pula take over tempatnya. :) emm cuti haku hanya sehari iaitu ahad sahaja, sabtu haku still keja tapi half-day. So...petang itu haku lepak la di Plaza Gurney nak lepaskan tekanan kerja sambil tengok pertandingan 'RED BULL MONKEY RUN' best la juga sebab haku dapat gelak kan mereka yang terjatuh and tak dapat ke pusingan seterusnya(huahahahahah) macam tu la gelaknya.

Pukul 3.25 minit petang kawan haku sesama sekolah telah tiba(reunion berdua saja). sBukan lagi-lagi happy malah bertambah kebosanan. Mula-mula plan nak pergi tengok wayang tapi cerita pun macam tak menarik ja. Lalu kami turun dan dia ajak haku ke pusat bisnes dia(Kedai Bundle milik kawan kepada kawan haku tapi kawan haku yang punya) *mesti korang tetiba keluar dari otak benda ini "?" pandai-pandai fikirlah, sebab dah besarkan. Tapi kedai bundle ini penah dikunjungi oleh beberapa orang hebat antaranya Pakdin Sk8, Shizuka, dan lain-lain lagi.

Selang 2jam kemudian seorang mamat berambut panjang, berbaju kuning seperti Retro datang dan tercetuslah fenomena perbualan kami 'Hey bro, lama gua tak nampak lu ah. Semakin sihat lu ya, dah kerja, ada kerjaya...Pastu dia cakap lagi 'lu nie gua tengok,  hensem, smart, bergaya, muka pun cute*nie saja tambah, tapi bila fikir memang ada pun semua tu ;) '. Then dia keluarkan sehelai kertas dari begnya yang agak barai jugak lah dan hulurkan kepada haku, sambil mulutnya b'bicara 'jom ar bro, join gua. Lu pun dah lama tak turun sekali gua, ke lu lupa gua?' 'mana ada beb, gua sentiasa ingat member-member gua walaupun kita dah tak satu alam,zaman.' . Haku pun ambil kertas tadi then tengok "UNDERGROUND GIG bersama GANG BUSTER" dah member baik yang ajak, so haku pun pergilah Gig itu yang berada di Penang Jetty.

Lagipun haku dah lama tinggal muzik-muzik keras, Oi!, Punk, dan sebagainya yang berada dalam aliran Underground. Bila dah masuk then dengar 'oohh teringat seperti zaman persekolahan dahulu yang penuh dengan zaman kegembiraan dan kegelapan' Tapi mungkin ini memang betul-betul last untuk haku kembali ke zaman itu.Sekarang layan Indie and Retro sudah kan. Lebih nyaman dan syahdu. 


      
 Okay nie lah wajah-wajah band Gang Buster Penang.

Haku bukan nak cerita sangat pasal band ini. Takut ada sesetengah pihak tak suka pula. So haku akan cerita tentang kewujutan dan sejarah Gig (tempat mereka buat persembahan ini). Yes tempat yang diadakan gig ini sebenarnya dah lama ditubuhkan masa tu haku pun masih Sekolah Rendah, dan haku kerap pergi waktu ku Sekolah Menengah. Korang nak tahu apa sejarah yang paling dibanggakan. Haa meh haku cerita... Ya tempat ini juga menjadi kegilaan band-band dari luar seperti UK and Jamaica. Wah itu antara band dari luar Negara. dan bagaimana band didalam/ local pula. Band tempatan adalah Bunkface, dulunya hanya sekadar main di gig, disini jugalah mereka bermain dan waktu tu tak pernah dengar dengar bunkface So sekarang wahh tanya ja pada budak-budak sekolah, semuanya dah mengenali seperti lagu 'Situasi' yang first dipopularkan oleh Media dan Radio Xfm. 

Dan juga band lagenda iaitu 'Shizuka' yang popular dengan lagunya 'Redline' lirik dia macam nie And when people step out this redline, I will never let them to go. Masa nie haku masih kecil lagi dan ramai diantara kita yang memperkata dan ingatkan Shizuka nie adalah band dari luar Negara dan bukan local band. Tapi silap sebab mereka adalah 100% band Malaysia, band kelahiran Ipoh, Perak. Di sini jugalah tempat mereka penah buat persembahan sebelum mencipta nama didunia luar. Ramai lagi sebenarnya artis-artis yang dari Underground mulanya dari sini.

Disini adalah video yang haku hadiri gig's semalam
Maaf kerana video ini ada unsur-unsur Skinhead dan Punk. (Agak keras)
Sound pown tak berapa clear sangat. Sorry ye.

P/s: Haku ingin melihat band-band tempatan tambahan di isi dengan anak-anak mudah pergi lebih jauh dan bukan sekadar main Underground.

-Sumber Gambar dari handphone haku sendiri.
-Sumber Video juga dari sumber yang sama.

Selasa, 20 September 2011

Follower Bertuah diBlog Aku.

*Fllower ke100 je  pown. 
tak la hebat macam blog korang 
sampai belas2 ribukn. Trimas semua, 
haku hargai setiap follower sni. 


Assalamualaikum Sahabat

Dari semalam haku mengira-ngira, bilangan follower di Blog haku. Huh asalnya ber-nombor 90 dan haku terus mengira bilangan untuk cukupkan 100 hanya lagi 10 orang. Pagi tadi haku terus tengok kat 'Dashboard' wahh..makin bertambah komen dan follower. Inilah hasil dari Pajak Gadai ikuti Segmen cik Lulu iaitu 'Jom Blogwalking'. Ternyata tidak mustahil dengan cara ini, juga mampu menaikkan lagi cara kita berBlog. Yes betul ini salah satu untuk tingkatkan kuasa(plus) untuk naikkan bilangan follower, pembaca, pengomen, dan sebagainya.

After lunch: haku masuk ofis dan terus tengok sekali lagi blog nie...wahh.. bertambah lagi(sorang sahaja) jadi la kan. Bak kata perpatah, orang dahulu kala (orang tua) "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit" so nie hasil dari sikit-sikit lah, dari satu(1) hingga seratus(100). 'Alhamdulillah'. walaupun tak la sampai mencecah belasan, puluhan, mahupun ratusan ribu follower, tapi suda cukup bagi haku sekadar ini sebab blog haku pun bukan bagus sangat pun =) oppss!! terlebih bicara pula kan. Tapi tak apa, nie satu pemberitahuan juga. 

Okay... sambung dari tajuk utama "Follower Bertuah diBlog Aku" yeahh malam nie lagi sekali haku tengok blog untuk pastikan siapakah yang bertuah itu? Sebabnya dia adalah follower ke 100 diBlog haku dan tepat pada pukul 11.00 minit malam okay..'memang tuah sangat..' ha, tapi tak ada la hadiah walaupun bertuah k =). just nak bagi sebakul Tahniah dan Terima Kasih kepada Saudari Norashikin binti Akhiar@doodeedoo yang menjadi follower bertuah itu. Juga tidak lupa kepada follower haku yang lain, Terima Kasih buat semua, tocey-tocey yaa..dan selamat berBlog diucapkan.



Inilah dia cik doodeedoo 
Trimas untuk semua follower yang sudi follow haku.


Okay.. jom kita terjah blog beliau

Klik banner ataupun klik SINI untuk ke rumah kedua beliau.
Blognya sangat meriah juga hiasan di dinding, dengan pengunaan doodles yang b'gitu comel-comel haa..
apa lagi jom kita pi terjah la..nie jugak.


Nota Buku 555:  "Apa yang kita impikan, tak mustahil untuk kita dapat."
-Gambar 1: sumber dari hasil PrintScreen.
-Gambar 2: sumber dari copy header tuan blog doodeedoo

Isnin, 12 September 2011

Escape Water Theme Park in Penang

Assalamualaikum sahabat.




Yeahh... rasa gembira pula hati ini, bila dapat buat satu lagi Installation Piping bagi Projek Sim Leisure, Escape Water Park di Telok Bahang Pulau Pinang. Huh walaupun time nie haku sering balik kerja lewat dan kekadang itu sampai ke malam haku bekerja. Tapi penat tu tetiba berubah menjadi lega, suka, gembira dan blog ini sebagai Diari ke2 untuk ku catatkan rasa hati dan blog ini juga untuk ku kongsi bersama se'teman blogger. Tahukah korang semua, di Pulau Pinang kini akan mempunyai dua Water Theme Park untuk keluarga dan tempat untuk suka ria..Water Park yang pertama haku dah ceritakan pada korang di entri INI kan, so boleh la pantau-pantau DISINI okay =)

Walaupun kerja Installation mungkin mudah bagi senior-senior ditempat haku. Kata mereka 'alah kacang kebeno damas, takpayah pening-pening. Buat ja macam hang buat Reban Ayam'.. ha.. reban Ayam wakluu. guwa dah pecah kepala dah. Tetapi bagi haku memang ia amat memerlukan kekuatan fikiran untuk fikir bagaimana sesebuat piping dapat jalan di Underground dengan selamat dan tanpa berlaku kecacatan ataupun kebocoran.. Pening gila kepala ini. Hapir setiap kali haku balik ke rumah, jarang makan, sembang, tejur bersama ahli keluarga. Bukan sombong tapi haku amat penat dan letih tambah-tambah fikiran ini, dah macam nak pecah dah.

So, mungkin korang semua dah bosan untuk membaca, tapi takpa. Memandangkan haku pun dah penah otak dan tak boleh dah nak karang-karang bagai ayat berbunga.hahah. Then haku teruskan lah langkahnya. Korang boleh tengok Master Plan dan boleh Download terus ke lappy mahupun apa-apa aja lah, janji dapat tengok Plan kasar Water Park ini ok. Sila Klik SINI untuk tengok Master Plan Escape, dan klik SINI untuk Download Escape Profile

Nanti haku Upload kan hardcopy dari AutoCAD untuk korang yer..

P/s: Bagi warga-warga Utara terutama Penang, mahupun  sepuluh(10) lagi Negeri di dalam Malaysia, nanti korang dapat la mandi manda di sini. Tapi tarikh siapnya haku masih samar-samar lagi dan jangan korang risau, sebab haku akan update tarikhnya bila dah jelas nanti okay.

Ahad, 11 September 2011

Apa yang kita cita-cita mesti dapat ?

Assalamualaikum sahabat.


Dulu haku bercita-cita untuk, menjadi seorang permain Muzik yang hebat belaka. Ala macam P.Ramlee tu, serba boleh orangmya. Huu tapi ini impian haku ke dua(2) yang musnah entah kemana selepas cita-citaku menjadi Kartunis. Lagi pown emak ada pesan kepadaku yang 'pekerjaan sebagai Anak seni ini tidak jauh perjalanan atau kerjayaan' memang ada betulnya juga cakap emak tu, tapi kita tak boleh pandang dari satu arah sahaja. Seni ini tinggi nilainya kalau kita faham tentang sesuatu karyanya. So sekarang Kartunis pown haku tak jadi, Pemuzik apatah lagi.

Dari situ haku cari jalan bagaimana nak kerja dalam bidang seni. Tapi biar emak haku, tak perasan yang haku kerja juga mengenai seni. Haaa apakah kerja itu? haku rasa hampa semua dah tahu kan. so takyah nak b'cerita panjang-lebar. haha.

walaupun haku dihalang untuk menjadi seorang ahli Muzik, tapi haku still main juga alat-alat muzik contoh ini. Haku masih pegang gitar untuk hasilkan bunyi-bunyian dan sajak setiap kali haku menpunyai masalah.



ini sajak ku yang ditemani gitar itu.

'Terasa semuanya, indah sempurna'
'Tapi ada celanya bila kau tiada'
'Bagaikan duniaku sepi tanpa warna'
'Menjadi kabur penglihatan mata'

'Ku..terus susun langkah..terus....'
'Memiliki bahgia dalam dunia kita'
'Menjadi kekal setiap masa'
'Dan ku yakin mimpiku'

'Setiap apakah yang melanda, ku tempis sentiasa'
'Kernan ku tahu adanya perjanjian dalam dunia kita'
'Kejujuran teras kekukuhan'
'Perlu ada persamaan dalam kesetiaan'

'Ini cinta kita, cerita berdua'
...............................
sorry baru siap sampai sini. lagipun tak bagus sangat sajak haku nie 
(maaf terpaksa jiwang kerana atas sebab-sebab tentu.)

Sambung cita-cita tadi okay.. Emm nie pasal Kartunis pula. Walaupun haku dihalang dan setiap karyaku dibakar terus menjadi abu, masih hati tidak muak dan jemu untuk terus b'karya pada diri dan menjadikan sesuatu "Kepuasan Seni" / "Artistic Satisfaction" haku

.Ini haku lukis mengunakan Software AutoCAD saja.

Itu la sebabnya haku dan kekawan yang lain menubuhkan 'Karya Anak Muda Utara' (KAMU). Yang akan mewakili anak muda utara dalam memperjuangkan seni tanahair, terutamanya dalam seni lukisan, komik, dan sebagainya. Dah la, mungkin sampai sini ja.. Good nite semua.

P/s: Dari sekarang lah kita perlu ada cita-cita untuk mencorak hidup. Tanpa cita-cita kita tak akan usaha untuk kedepan. (guruku pesan begitu)

Jumaat, 9 September 2011

Bermalam di Cyber Cafe

Assalamualaikum sahabat.

Permulaan haku ingat nak online saja dirumah tapi hajat tersebut menjadi beku, kelu, keliru, marah, sakit hati, benci, meluat, panas, bengang and seangkatan dengan maksud itu, 'ehh bukan sama ka semua tu'??. semalam terlampau bosan yang begitu menggangu ketenangan. Habis hancur lebur bagai, gunung berapi. memang penat plus tak cukup tido lagi. Ye kan. Gila apa, duduk sana sampai empat(4) pagi. Tujuan haku keluar tu cuma, nak kirimkan barang untuk kawan haku. Tapi dah 'ter' lewat pula(so tak boleh dimarahi). Then pergi lepak dengan Mister 'M' klik SINI untuk ke blog beliau(blog baru buat). Kami cuma sempat tonton cerita 'ungunya cinta' pelakon dia sapa tah, dah tak ingat -sorry gua kurang peka tentang dunia hiburan. Lepas itu haku ikut dia ke tempat kerjanya. Kami pergi time tu dalam pukul10.30, macam tu la.

Biasa la..dah didalam dunia internet nie, leka la jawabnya. Dengan game nya, facebook nya, blog nya...entah apa-apa lagi lah. Tapi haku ke sana untuk main game ja..hehe. nak hilangkan tension di fikiran. Selang beberapa saat dan ketika dua orang kawan haku sampai. Sampai-sampai dorang terus kacau haku, pegang-pegang telinga la apa la..emm tahu la telinga haku nie di salut emas dan timah + berlian. Pastu duduk online facebook then macam biasa la, chatting dengan awekzzz ler..Tambah beberapa minit kemudian kami set untuk main game kereta NSR tapi bukan National Specialist Register tu okay. Nie game kereta namanya saja NSR..

Wahh leka betul kan. Sampai pukul satu(1) kemudian dua(2) kemudian lagi tiga(3) 'stop'.!!! kata haku. Sambung perkataan tadi, 'jom kita balik main game bola pula.'. haha panjang lagi la jawabnya masa itu. Tambah lagi separuh leka, tut-tut tengok jam dah pukul 3.30am. 'wey jom ah balik, esok haku kerja kot.' bicara haku (baru nak ingat kerja si Damas nie, apa nak jadi la..) kami pun bayar. Main dari pukul 10 lebih sampai pukul 3.30 tapi bayar Rm0.00..ehh kenapa pulu? haa sebabnya cc tu kawan a.k.a pak menakan haku yang jaga. Habis lingkup la cc tu kalau 10 orang macam haku pergi situ.

Muka pun dah mengantok sangat kan.. so apa lagi damas, pergi balik nuhhh.

 wahh..wey dia senyum la.. dia tak marah pun. So haku ada peluang la nak buat lagi macam nie selalu. Sorry to say la brader. Lu memang baik hati dan selalu memahami gua..hahaha. Trimas-trimas bebanyak.

Then dah bayar, dah diberi diskaun 100% lagi so kami pun blah, ehh tak balik macam tu ja...kami singgah makan (sarapan lebih awal pada pukul 4am) di A. Rahman Hassan Restoran, nasi kandaq baik punya. Haku tak makan pun cuma minum ja, saving duit haku.

Lohh beb apsal sedih-sedih nie? ngorat awek dalam facebook tak dapat ka? 
oppss sorry to say la beb!. haha

Ya rabbi..Anak sapa la nie.. Loqlaq sungguh noo..Konon-konon nak buat magic la nie ha?
tapi haku dah taw time haku ambil UPSR dulu lagi.

ha...amboi relakz macam esok tak kerja saja.
pada hal hari nie pergi kerja lewat. ehh,ehh. teruk2.



Sabtu, 27 Ogos 2011

Hari Malang

Assalamualaikum

Ahh hari nie dalam perjalanan haku ke tempat kerja pada pukul 9.45 pagi, haku terlibat dalam satu kemalangan kecil. Ialah kecil ja sebab aku pun tak la teruk sangat. Entah la tetiba haku lalai. Kejadian nie berlaku waktu pagi la kan, dalam keadaan sibuk dan sesak di jalan raya, dilimpahi pula dengan hujan haku pula bawa moto laju sebab nak kejar masa, taku lambat pula sampai nanti. emmm..

Ceritanya macam nie berlaku. Haku dah ikut jalan sebetul-betulnya, setibanya haku di persimpangan yang ada traffic light. biasa la sebelah nak menghala ke kiri, sebelah lagi terus. Bila haku sampai ja disitu lampu terus hijau, haku ingat boleh ja gerak tapi satu kereta nie di tak gerak-gerak malas la haku nak hon-hon, haku nak mencelah ja depat dia. Tut-tut dia jalan dan himpitnya haku ke kiri, dengan gelabah biawak haku pun mengelak la himpitan tadi, oohhh tidak ku sangka ada kereta dikiriku, emm jawabnya boowmmm tersangkut pula haku disitu. prakkkk.. pecah cermin lampu belakang, calar, dan bumper kereta itu pun jatuh.

Rasa hati memang haku nak blah/ lari ja dari masalah ini kan. Dah tahu nak kena apa, bayar la jawabnya. pusshh hati kata "relakz suda beb, nie bulan puasa kita cool ja jangan lari-lari k." haa so haku pun tunggu sehingga driver dia keluar. Ahh cina pula mesti dengan marah-marah nie. Keluar-keluar dia terus tunjuk kearah cermin tadi sambil cakap "apa nie" Sabar and haku pula cakap "maaf uncle, saya dihimpit. Maaf sangat-sangat uncle." dah tu dengan slumbernya dia terus minta duit dekat haku, "sekarang lu kasi wa rm50 la dan lu kasi no fon lu sekali" alahai tak sempat gua nak kasi, dia pula yang suruh gua missed call dia, ahh nampak sangat di tak ada kredit..kekekekeh.

Lepas tu haku tak bagi begitu saja, haku kata biar saya bayar di kedai kereta kita settle di sana. Dia pun dengar cakap haku. Ingatkan boleh la dapat murah sikit sebab mekanik tengokkan. Tapi sekali dia usha pi-mai pi-mai siap dengan kira-kira pada jarinya +,-,/,x = rm85 ,dah tu kira lagi sekali rm108. Ehh kata haku tak boleh jadi la macam nie, kenapa mahal sangat alasan dia bagi, "barang kena order, nie dah naik harga". ah suda jahanam duit haku(dalam hati)

Haku pun nak juga selamatkan diri, jadi haku ambil la kesempatan hari yang mulia ini kan. dengan duit dalam seluar rm52 saja, bawak keluar then haku cakap " macam nie uncle, sekarang pun saya ada rm50 ja uncle, gaji tak masuk lagi, lagipun nak dekat raya nie. Uncle faham la sikit kita kan sama-sama." lama juga dia tenung wajah yang tak bersalah nie, pastu entah apa la yang difikirkan dia "ha okayla-okayla lu kasi rm50 suda la, yang lain biar wa saja yang tambah sikit." hehe bagus la uncle nie. Haku pun bayar sambil kata sorry la uncle no.. Dia balas dengan nada yang kurang ceria. " okay-okay takpa, semua orang tak mahu belaku macam nie, wa faham. okaylah selamat berpuasa" katanya pada haku.Sambungnya lagi "lu punya kaki okay ka?" ok uncle ok.

Huuhh selamat suda. Haku pun start moto terus ke ofis, dengan lewatnya, dengan boss pula masuk dulu dari haku. Alasan haku mudah ja, Sorry boss lewat... saya accident tadi. Dengan nada yang t'kezuttttt " haa..aiya, macam mana boleh berlaku, u tak ada apa-apa? dah pergi hospital?" "tak dak papa boss,cuma sikit, sakit lutut ja pun." jawabku padanya. Lepas tu haku pun buat la keja haku. Sambil diperhatikan boss dengan wajah kerisauan. huhu.. Baik oo boss haku nie. trimas boss ambil berat juga. sayang boss muahhh2. bulan depan naik gaji lagi ye..haha.

p/s: Mungkin haku banyak fikir masalah yang tak selesai lagi, lepas satu, satu masalah, itu yang lalai time bawak moto. tapi alhamdulillah haku selamat, dan pulang tu haku agak berhati-hati di jalan raya =)


 HP TouchPad Wi-Fi 32 GB 9.7-Inch Tablet Computer

Jumaat, 26 Ogos 2011

Niat Hati Tercapai Juga


Assalamualaikum sahabat

Heemm sebenarnya entri nie haku buat semalam, oleh kerana cable telekom dicuri/potong terpaksalah haku update pada hari ini.

Semalam haku dapat berbuka puasa di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) dekat seberang jaya bersama para Ustaz-ustaz ,Ustazah serta Anak murid sekolah tersebut. Alhamdulillah dengan berkat dah rahmat yang maha esa aku ke Sribu tanpa halangan walaupun hujan lebat.

Alhamdulillah juga kerana Pelajar-pelajar disekolah itu masih lagi mengingati Ustaz saddam atau adam walaupun dah hapir 2tahun haku keluar dari sekolah tersebut. Ini pun kiri janji haku kepada seorang budak la kan, yang haku tulis di entri SINI tempoh hari, di entri tersebut haku ada menyatakan yang aku akan pergi berbuka puasa bersama mereka.

Haku tidak kesorangan ke sana sebab sebelum pergi haku dah berjanji dengan ustaz Syaufiq untuk pergi bersama. Beliau pun agak busy, almaklumlah dia baru balik dari Indonesia, atas urusan study. Malas la haku nak kacau dia. Tapi atas kerelaan beliau, beliau nak sertai juga. Terima Kasih Syaufiq sebab nak temankan haku.

Kami dapat melepaskan rindu dengan bebudak yang pernah menjadi tanggungjawab suatu ketika dahulu. Tapi best juga dapat buli kembali mereka tu (Suruh mereka basuh pinggan haku)..hehe, yang best mereka ikut apa yang aku suruh, haku kan ustaz yang spoting habizzz...

nie la pelajar-pelajar yang dimaksudkan tadi..Semangat gentar mereka nie.

Wahh meriah juga kan dapat berbuka bersama mereka, ramai, riuh, gelak tawa, dan macam-macam lagi la..Lepas ja berbuka kami sesama solat jemaah dan bertarawih. Imamnya macam biasa la bebudak itu juga..walaupu budak-budak lagi tapi bacaan mereka lancar,jelas dari haku..(Sebab haku bukan dari sekolah agama) Alasan pula kan.!

Semua agak tekawal, tunggu masa untuk makan malam iaitu makan last pada hari itu sebab mereka akan cuti sekolah pada hari ini 26/8/2011. Cuti raya. Sebenarnya haku lupa yang mereka akan cuti jadi Allah telah hidayah untuk haku kesana semalam. Lepas tu buat la sikit makan-makan untuk mereka. Then haku tolong-tolong la buat keja dapur sikit walaupun agak malas (makan banyak) Jam pun dah menunjukkan pukul 12.30 minit malam so haku terpaksa la pulang, niat hati nak ja tido di sana bersama pelajar-pelajar Sribu tapi disebabkan hari ini haku keja lagi, tak dapat la nampaknya..

p/s: setiap yang kita hasratkan dan niat itu baik, mesti allah akan pemudahkan. Betulkan? macam semalam walaupun hujan lebat tapi haku rasa macam biasa sahaja
.


Apple iPad 2 MC769LL/A Tablet (16GB, Wifi, Black) NEWEST MODEL

Rabu, 24 Ogos 2011

Kantoi pula dengan....


Assalamualaikum.

Ya sedia maklum aku ada tulis diwall facebook aku "Hari last jumpa aku di facebook" so dalam banyak-banyak komen tu aku tak pula perasan ada bekas student sewaktu aku jadi warden dan mengajar mereka di salah sebuat sekolah Agama. (Alim tak aku?) hehe

Iya la kan, dalam sekolah tu ada berapa ratus murid, so aku memang tak cam la dorang. cuma dorang ja yang kenal aku, coz aku warden paling spoting habis. Semua murid baik dengan aku. (anak muda jadi warden. memang meriah lah.) Tapi semasa aku kerja disana sangat lah meriah, Happy dan sebagainya. Tapi sementara sahaja. Agaknya mereka rindu tak kat aku?


Haha..so korang dah tahukan sebelum aku study aku keja sebagai warden dan mengajar mereka. lepas tu baru aku keja sebagai Planning Designer untuk kejar cita-cita aku.


Apple iPhone 4 Black Smartphone 32GB (AT&T)

Jumaat, 19 Ogos 2011

Tangan Manakah

Asslamualaikum ya sahabat

Memandangkan hari nie haku ponteng keja atau dalam bahasa budiman nya cuti kerja. hehe. Okay first sekali haku nak tanya korang la kan, korang tulis tangan mana kiri or kanan?
Okay yang dah jawab simpan jawapan tu k. Nie hari haku nak cerita sedikit tentang penulisan mengunakan tangan. Okay lagi sekali haku juga insan yang dilahirkan sempurna sepertimana kanak-kanak lain. Tapi kenapa haku menulis menggunakan tangan kiri ? sedangkan akak-akak haku semuanya kanan, termasuk lah ayah,mak dan sebagainya? bagus sebab haku ada kelebihan istimewa bak kata Kitso Gadis 'somethng special...10% sahaja kidal...xke 2 slh 1 kistmewaan d'... Right kan ?


Haku jadi terfikir dengan kata-kata beliau, bagi haku siapa yang menulis menggunakan tangan kiri mempunyai kelainan atau keistimewaan ataupun kreatif. Kidal adalah seni yang sukar dicari. Tapi itu sayang sekali bagi haku. Kenapa? sebab haku sekarang dah tukar penulisan menggunakan tangan kanan :(. Atas sebab-sebab yang haku tak boleh terima sama sekali.

1) Di sekolah kerap sekali haku dipukul dekat tangan oleh cikgu haku. Kerana menulis menggunankan tangan kiri (tak masuk akal sungguh!)
2) Di rumah pula mak haku selalu juga pukul tangan dan pesan supaya haku tukar munggunakan tangan kanan. Katanya tulis tangan kiri tak elok, tangan basuh taik. Ohh my g... 

 Now haku dah tukar akibat tindakan diatas ..See, tapi desakan tersebut tidak memberi perubahan besar dalam hidup haku, Sebab haku tetap giat dalam penulisan Sajak, dan Pantun haku juga masih lagi mampu hasilkan karya komik-komik ku dan setiap perbuatan yang melibatkan tangan juga haku guna tangan kiri. Tangan kanan ku seolah-olah mati. Cuma Tulis yang kumampu gunakan tangan kanan . Trimas Allah beri haku sebegini.

-Gambar dari Google
-Nak banci berapa orang blogger tulis guna tangan kidal ?
boleh sertakan jawapan di komen. TQ =)

Selasa, 16 Ogos 2011

Dari Blog Ke Blogger

Assalamualaikum ya sahabat.


Ini hari tajuk perbualan kita 'Balas Budi' mula-mulanya nak promote satu blog yang selalu haku lawati 'walau dimana jua berada', kecuali tempat yang takdak internet lah. Blog nie haku kategorikan sebagai 'The Best Blog'. Korang boleh terus ke Facebook dan Like Page beliau. Kenapa haku nak cerita pasal retis yang comel nie? yup sebabnya dia penah sudi promote gambar haku untuk di like time haku join Contest pada entri  'Terjah Silent Reader'. Walaupun beliau hebat dan ada pengikut sendiri, tetap promote blogger cangkoi macam haku nie. Trimas akak =)

Permulaan:
Header dia begitu natural sangat pada, pandangan mata kasar haku. Lagipun masa haku belajar di kelas seni pulau pinang dulu sir haku selalu pesan 'Kita tengok seni sesorang tu pada latar dahulu,kemudia tepinya ,baru rupa lukisan tersebut dan akhirnya pada pencahayaan/warnanya.'
       

2) Haku tetarik pada blognya kerana juga ada My Status. Ia melambangkan yang tuan blog selalu online(update)..Nama beliau Noorul Amera Adnan berasal dari Perak, Pelajar jurusan Diploma Engineering. Itu dia tentang beliau serba sikit, nak tahu lebih-lebih korang kena terjah blog beliau.

3) Blog beliau menceritakan tentang dirinya, dan dari situ pembaca akan dapat selami apa yang diceritakan. Kadang-kala apa diceritakan betul-betul mengenai diri, hidup, dan perlakuan seharian kita yang tidak pernah kita sedari. Kita kan manusia yang selalu alpa.

4) Beliau tidak sesekali pernah sombong dengan sesiapa pun, Kenal mahupun tidak kenal, hebat mahupun tidak hebat bagi beliau samasekali tarafnya. Haku hormat beliau kerana sikap peramah, setia kawan, sentiasa memberi sokongan, yang paling menarik tu beliau selalu merendah diri walaupun beliau dah dikategorikan hebat, walaupun beliau makan garam dulu dari haku..hehe. Lagi satu beliau nie retis tau..wahh bangga ceq tau..


5) Apa yang kita ketinggalan atau tidak belajar dan blog beliau lah yang dapat membantu sedikit sebanyak.
Gambar-gambar dalam blog beliau pun chantek-chantek orang penang kata apa 'Comei-comei belaka ha'.
Kadarnya pun dalam suasana yang terbaik(Clear) guna -DSLR- nikon atau canon kot..

-Okay akhir sekali haku ngucapkan sebakul Terima Kasih kepada akak mera yang membantu diri ini.

P/s: So korang yang membaca support lah blogger-blogger Negara, kerana disitulah lahirnya kecemerlangan kita.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...