Memaparkan catatan dengan label Segmen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Segmen. Papar semua catatan

Selasa, 18 Oktober 2011

Segmen : Jom Join Bloglist Asrirayrock

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u


Klik pada Gambar

Aku seru korang semua : Mak, Ayah, Along, Angah, Kak Lang, Kak Chik, Kak Su, Kak Coq, Bang Long, Bang Ngah, Bang Chik, Bang Ben Bong, Mak Long, Pak Long, Mak Ngah, Pak Ngah, Mak Cik, Pak Cik Mak Su, Pak Su, Fafa, Fifi, Fufu, Fila, Puma, Adidas(ehh tersasoi pulak dah.) Meh Adik, Abang, Kakak, kita join Segmen Bloglist dari Asrirayrock.. Rock gila budak nie taw..Mungkin kita dapat ramai kenalan melalui segmen ini?. Barangkali kita lebih faham cara bloglist?..'Meh join ramai-ramai meh'..

Tarikh Tutup: 28 October 2011, pada waktu Pejabat pukul 5.00 petang.
Cara-cara: Rujuk pada Tok Kadi Tuan Blog
Okay, selamat menyerta :)

Jumaat, 16 September 2011

Jom Blogwalking

Assalamualaikum.
dalam asyik-asyik pantau blog cik mera, tengok t'tarik pula dengan segmen ini. So haku join la.


Hampa semua nak Blogwalking? Hampa semua nak tengok Seorang gadis, pemain bola sepak bagi club Chelsea? Hampa semua nak tambah kenalan? so tunggu apa lagi ha..meh ramai-ramai ke segmen ini.

Mula-mula isi borang. Bila dah isi, cik Lulu akan interview hampa la =) miahah. *senda gurau ja...Benda mudah, senang, kan cuma klik pada banner diatas ataupun klik SINI untuk ke blog beliau. Segala maklumat lanjut ada disana.

Jangan lupa sertakan No.Tel Link blog disini okay.

Selasa, 16 Ogos 2011

Segmen : KARTUN KEGEMARANKU

Assalamualaikum.


Ini kah kartun kegemaranku masa umur haku baru peringkat baby?
ehh tak lah, nie banner yang wajib letak pada entri ,segmen bertajuk
'Kartun Kegemaranku' yang dipertengahkan oleh Saudari
Nyamuk Terbang,(superheroine haku juga nie)


Kalau tak payah habaq nama Kartun nie pun dah sah-sah kenal kan?


Nie ha Kartun/Anamasi kegemaran haku.(Bagai tidur tak lena, Mandi tak basah, Makan tak kenyang) punya terbawa-bawa aksi disetiap penjuru yang dilakukan oleh Heronya. Bila ja habis cerita terus ikat tuala pada lehir untuk tiru aksi penerbangan (sampai ke mati pun haku tak terbang..haishhh). Bila haku terlalu ikut sangat mak haku pun buat la sayap macam si batman nie. TQ mom =)

Selanjutnya tentang Batman.
  • Batman adalah superhero yang dicipta atau diadaptasikan oleh Bob kane dan watak yang di tulis oleh Bill Finger . Komiknya yang yang diterbitkan oleh DC Comics pada tahun maaflah gua tak ingat pula bilanya diterbitkan.


Ini wajah atau custom batman yang di kategorikan lama la jugak, sebab warna pada customnya masih kelabu dan biru air lagi. So ini la Batman yang aku dapat tengok mula-mula sekali, best sangat.

  • Batman, kenapa boleh jadi batman? ha pada usianya yang masih kecil ia dapat lihat dengan kepala,mata nya sendiri pembunuhan ayahnya iaitu orang kaya dalam bandar tersebut. So dari situlah batman mula-mula mencari keadilan untuk menghapuskan kejahatan dalam bandar Gotham City.
  • Batman nie tidaklah kesorangan, malah dia dibantu oleh rakannya iaitu Robin, Butler dan sapa lagi tah, haku pun dah tak ingat sangat sebab ada yang dihapuskan la,tukar baru la..emm macam-macam lagi.

Kenapa aku minat sangat Batman nie?
Iya batman adalah lambang superhero haku yang haku sanjung kerana dia tidak seperti super hero yang lain.
contoh superman(boleh terbang kan?) dia juga tiada kuasa tetapi batman nie hanya menggunakan alat bantuan, seperti tali, menggunakan kepakaran/pengetahuan dalam ilmu yang dipelajarinya (budak pandai dia nie) dia anak orang kaya jadi dia gunakan kekayaan untuk siapkan/buat senjata sendiri, lebih tepat dia nie adalah seorang Detective giat pada waktu malam.

Batman manusia biasa yang tidak memiliki kuasa luar biasa. Tapi dia sungguh kuat bagi haku.
Itu lah haku nak sangat tiru dia. Sebab haku juga manusia biasa yang takdak kuasa.(masa kecik ja angan-angan nie.) tidak hairan la batman juga diminati oleh orang dewasa.Batman ada sambungan ceritanya juga, sehingga kini terus diminati oleh haku.



-sebenarnya kartun gua minat banyak lagi. Tapi nie betul-betul gua tak akan tinggal seminit pun.
-gambar semua sumber dari Google okay. Ingat nk letak haku punya toy,tapi malas nk ambik gambar.
P/s: Nyamuk Terbang hang macam tau-tau ja no.


Sabtu, 30 Julai 2011

Segmen : BEN ASHAARI dan KESIMPULAN GAMBAR DARIKU


Assalamualaikum =| .

Haa..haku pertama kali juga join Segmen E incik BEN(gunakan gaya sebutan Dectective Conan okay.)
Segmen dia cukup-cukup mudah. Tak la perlu banyak buah fikiran coz Inspirasikan dari Gambar yang korang nak letak nanti,. PLEASE CLICK ME now, but don't try me(BI songsang)..hehe
Atau haku bagi korang Jelas lagi Terang
 http://www.benashaari.com/2011/07/segmen-ben-ashaari-dan-blogger.html


HAKU BAGI PENERANGAN SERBA SIKIT.


Cara nak join .. Buat satu entri khas..
1. Letak header Ben Ashaari blog ..
2. Tajuk .. yg ni bebas .. tapi wajib ada BEN ASHAARI di situ dan linkkan ke entri ini ..
3. Sila letak gambar yg terbaik pernah anda tangkap dan jelaskan peristiwa dengan gambar tu ..
4. Tu jer..tinggalkan link di ruangan komen .. Tutup kul 10 mlm ni ,

  *cepat sikit, kul10 ada samarenda.








Haha..bilanya di imbas kembali rasa ketawa kecil dalam hati.
Mengapa, Kenapa? sebabnya waktu ni baru ja lepas hujan lebat.
jadi korang mesti dah agak-agak. Kenapa kan? sebab behentikan perjalanan dahulu kerana ,
hujan kah?, nak pakai baju hujan dulu kah?, nak mandi dulu kah?,. 
Berapa banyak kali kah la kah? Emm tetapi tidak kesemuanya.


Sebenar-benar cerita ini kami, dah pun sampai dengan selamat 
di tempat destinasi yang dituju. Tapinya kurang selamat itu adalah 
kami basah keseluruh pelusuk-pelusuk
 tubuh,baju,seluar, kasut hinggalah ke dalam oupppss!!.


Kejadian ini di Queensbay Penang. Mulanya hanya ajak-ajak kosong,
'Jom wey keluar makan angin, minum ka, lepak ka,. bosan lah'
dalam tidak sedar sudah sampai di Penang..ahh. 
Time perjalanan tu dah hujan dah,perjalanan pula makan masa 1jam.
So bila sampai tu korang faham-faham ja la kan. BASAH LENCUN.

Ada pula yang buka baju,kasut.. haihh hanya seluar ja TIDAK
buka pun sebab nak perah bagi kering / kurang basah la.. Aku pun
tidah terlepas dalam situasi begitu : )


Nie lah rupa bila basah lencun dalam cerita ini.
Time nie dah habis sesi perah memerah cuma tinggal nak pakai ja.
Stokin pun haku perah gak...eeeee.(biarla kan, janji selesa)

Dah semua selesai, kami pun menuju la ke dalam,
mak aii..Sejuk gila lah..Pusing punya pusing tersangkut di restoran.
Apa yang penting? Makan dulu!..

Teruskan sesi jelajah: Singgah di Pawagam.Then masuk. Eekleleh- muka ganas tapi 
pilih filem Cintan Cintun. Tajuk cerita (Cuti-Cuti Cinta) apa dahal, masuk tengok juga lah.
Didalam adus haii..lagi kesejukan, kami yang laki sama laki b'peluk-peluk.(tapi bukan gay)
disebabkan jadi kejutan budaya pula =). TAMAT

Terakhir- nie pengalam haku yang tak dapat dilupakan bersama teman-teman haku




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...