Memaparkan catatan dengan label Masalah kembali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masalah kembali. Papar semua catatan

Rabu, 28 Mac 2012

Sibuk Cebok!

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u


Haaluuo! Hampa apa Habaq? tu dia keluaq Penang dah. 

Aduss..Sekarang nie haku dah jarang online. Bukan setakat online, mandi pun dah jarang..hee. Ada bau tak ? Entah lah sejak dua menjak nie, kerja bertambah-tambah banyaknya. Kesini lah, ke sana lah sampaikan makan pun dah lupa. Mana taknya. Dengan kerja dekat ofis lagi dekat rumah lagi. Dua-dua kerja tu sama jugak. Di ofis haku melukis dan di rumah pun aku masih melukis. Yang beza cuma dari segi lukisan saja la. Naik jemu la jugak kekadang.

Sampaikan kepala nie tak mampu nak tanggung bebanan. Penadol ActiFast lah teman haku, dikala berlaku sedemikian. Naik pusing dibuatnya. Ini baru saja aku Submit Pelan IVORY, Island Resort..Dah datang lagi. Nak buat macam mana, kerja nama pun kan. Itu sebab mood pun kurang. Nak online tak da mood, bercakap pun  tak da  mood, makan tak da mood, melayan kekawan lagi tak da mood. Lepas tu bertambah lagi satu kerja, nak jadi pekebun Cili pulak dah. Entah boleh entah tidak. Haku pun tak tahu lah.

Yang kat rumah pula, haku sedang sibuk menyiapkan Komik. Asyik tidur lewat-lewat malam pulak sekarang. Tak tahu la bila agaknya komik tu nak diterbitkan?!. Selalu buat separuh jalan, sambung esok, esok ke lusa, lusa ke...ke apa? ke tong sampah? emm mudah-mudahan biarlah selesai segala pe'masalahan ini yee.. 

Hanya sekadar hiasan Pribadi. Komik yang disebut
sedang dalam pembikinan. Tak boleh di Publish kan lagi.


Hari nie kerja haku, kena siapkan satu lagi projek. Design Swimming Pool untuk Mr. Lim Beng Kit. Satu hari ngadap komputer, naik juling dah mata nie. Akhirnya siap jugak time-time nak balik tu..Alhamdulillah dah selesai satu kerja. Nasib baik tak kena tidur ofis kan..kalau tak, memang tak mandi lagi la haku kan. haha.

Inilah Design yang haku buat pagi tadi. Family Swimming Pool 
Untuk Mr. Lim. 87% kesiapan dia. Belum di Check oleh si boss.



Itulah kerja haku setiap hari. Nak kata rehat, memang tak ada langsung. Letih bak hang. Tak bermaya, bukan luna maya. Baik lah teman-teman, guew mahunya tidurr dong. Udah penah bangat seharian kerja. Sapa sih ambilnya peduli sama guew.(tetiba sebut luna maya, Indon la pulak cakapnya). Ok, Good Nite beb. 

Sabtu, 15 Oktober 2011

Ini Lukisan 'HatiKu

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Tajuk Lukisan 'Inspirasi Batin'


by Damaseni

Tanpa soal juga selidik, terus pijak pada landasan yang reput. Bukan maksud untuk selindung apatah lagi kaliskan manis nada bicara. Aku juga punya perasaan, hatiku ber 'hak' memilih. Mengapa harus sangkal benda tak pasti. Bukan hati untuk menipu, bahkan sedaya kejujuran aku hulurkan. 'Inspirasi Batin', warna kekadang cerah kembali gelap, tiada ketiga dalamnya, sering berulang kepada asal. Hanya berpeluang sekali, tak akan pusing pandanganku pada yang lepas. 'Inspirasi Batin',


by Damaseni

Lukisan ini dasar meluah beku hati, dalam keadaan yang bergitu lemah. tanpa bicara tentang cerita, biar berlalu tak b'harap lagi. ini cerita aku, cerita pertemuaan dan pengakhiran. Terima Kasih 'sang Harapan'

Karya: Kartunis Damas
14 October 2011
11.54 malam

Khamis, 1 September 2011

Aku Mula Bekerja

Assalamualaikum sahabat.

Khamis, 01.09.2011 hari Raya ke3. Macam pagi-pagi sebelumnya, bersiap-siap untuk kerja. Hari nie haku dah start keja dah, rasa hati malas ja nak bangun memandangkan bulan nie adalah bulan raya(Syawal) so kena kerja dah emm. Tapi itu lah kan apa nak buat. Kena la dengar kata.

Hari ini dalam ofis ada, beberapa orang staff saja yang bekerja. Lain-lain masih bercuti panjang nampaknya..huhu.. sedih wey raya kat ofis haa...Rasa nak menangis ja nie....Hati masih tabah hadapi. Kalau dulu dalam alam persekolahan atau masih dinamakan student mesti haku still cuti sampai seminggu atau lebih. Ini bila dah dialam pekerjaan cuti hanya 2hari sahaja.. Alahai..makkkk..

Oohh begitu sedih sekali..hek,hek 

Sudah la raya tahu nie tak terasa sangat. Saudara-mara pun ramai yang tak balik ke kampung, tak pergi rumah sepupu sepapat hanya raya dirumah. Bosan..Kenderaan haku pula mereka kuda sampai seharian. Tak kemanalah haku raya tahu nie. Sedih wey..Nak menangis air mata darah dah..Alangkah baiknya haku masih di zaman kanak-kanak, sudah tentu dapat duit raya, cuti pun panjang.

Dah keluar air mata darah..huuweeekkkkk..

p/s Alaihai haku nak raya lagi nie, haku nak makan ketupat dan lemang. Mak Ayah, Adik Mintak Maaf di Bulan Syawal ini.

- Sumber gambar dari Google.com

Isnin, 29 Ogos 2011

Apa Sudah Jadi ???

Assalamualaikum Sahabat?



Haku tulis kisah dan masalah ini hanya untuk tatapan haku pada tahun ini dan untuk tatapan korang semua. Pagi tadi macam insan-insan yang lain untuk membuat persiapan pada hari raya esok. Haku pun start kereta then terus menuju ke shopping mall untuk membeli-belah, huh singgah di bank dahulu nak keluarkan duit, hehe. Ya allah beratur kamain panjang gila-gila bangang..macam nak beli makanan la pulak.

Bila ja sampai turn haku, masukan kad bank kedalam ATM, tekan Bahasa Malaysia tekan teruskan tekan pin cod dan tekan semak wang simpanan, dan tunggu sebentar korang nak tahu apa hasilnya? macam nie ATM bagitahu haku 'baki simpanan anda ada rm57' so apa tindakan haku? emm hampeh muka sedih, baju pun tak beli lagi oleh kerana duit tak ada. Emm kenapa la last-last jadi macam ini, mana gaji haku? mana duit sebulan haku kerja selama ini? haku nak raya juga, haku nak beli baju.

Haduh yai...ya Allah..tolong lah hambamu yang sangat kecil pada sisimu. Haku nak raya tahun ini. Kenapa company haku lambat masukan duit haku? kenapa? mengapa? penat bekerja bila haku fikir pasal ini. haku rasa betul-betul jadi tak ada semangat. Walaupun baju tahun lepas masih boleh pakai, tapi ada benda yang haku perlu siap sediakan tahun ini.. Sedih la macam nie. Duit tak ada langsung, tak ada langsung, memang tak ada langsung, tetap tak ada langsung..Alaihai...Ingat nak guna duit JUTA RIA ajalah. boleh tak????

kalau boleh pakai, kat haku belambak-lambak duit ini.
siap bersepah-sepah lagi..


-Sumber gambar dari Google.com.
-Status haku, sedih yang amat sangat.
-Nak raya pun dah tak ada keceriaan.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Hari Malang

Assalamualaikum

Ahh hari nie dalam perjalanan haku ke tempat kerja pada pukul 9.45 pagi, haku terlibat dalam satu kemalangan kecil. Ialah kecil ja sebab aku pun tak la teruk sangat. Entah la tetiba haku lalai. Kejadian nie berlaku waktu pagi la kan, dalam keadaan sibuk dan sesak di jalan raya, dilimpahi pula dengan hujan haku pula bawa moto laju sebab nak kejar masa, taku lambat pula sampai nanti. emmm..

Ceritanya macam nie berlaku. Haku dah ikut jalan sebetul-betulnya, setibanya haku di persimpangan yang ada traffic light. biasa la sebelah nak menghala ke kiri, sebelah lagi terus. Bila haku sampai ja disitu lampu terus hijau, haku ingat boleh ja gerak tapi satu kereta nie di tak gerak-gerak malas la haku nak hon-hon, haku nak mencelah ja depat dia. Tut-tut dia jalan dan himpitnya haku ke kiri, dengan gelabah biawak haku pun mengelak la himpitan tadi, oohhh tidak ku sangka ada kereta dikiriku, emm jawabnya boowmmm tersangkut pula haku disitu. prakkkk.. pecah cermin lampu belakang, calar, dan bumper kereta itu pun jatuh.

Rasa hati memang haku nak blah/ lari ja dari masalah ini kan. Dah tahu nak kena apa, bayar la jawabnya. pusshh hati kata "relakz suda beb, nie bulan puasa kita cool ja jangan lari-lari k." haa so haku pun tunggu sehingga driver dia keluar. Ahh cina pula mesti dengan marah-marah nie. Keluar-keluar dia terus tunjuk kearah cermin tadi sambil cakap "apa nie" Sabar and haku pula cakap "maaf uncle, saya dihimpit. Maaf sangat-sangat uncle." dah tu dengan slumbernya dia terus minta duit dekat haku, "sekarang lu kasi wa rm50 la dan lu kasi no fon lu sekali" alahai tak sempat gua nak kasi, dia pula yang suruh gua missed call dia, ahh nampak sangat di tak ada kredit..kekekekeh.

Lepas tu haku tak bagi begitu saja, haku kata biar saya bayar di kedai kereta kita settle di sana. Dia pun dengar cakap haku. Ingatkan boleh la dapat murah sikit sebab mekanik tengokkan. Tapi sekali dia usha pi-mai pi-mai siap dengan kira-kira pada jarinya +,-,/,x = rm85 ,dah tu kira lagi sekali rm108. Ehh kata haku tak boleh jadi la macam nie, kenapa mahal sangat alasan dia bagi, "barang kena order, nie dah naik harga". ah suda jahanam duit haku(dalam hati)

Haku pun nak juga selamatkan diri, jadi haku ambil la kesempatan hari yang mulia ini kan. dengan duit dalam seluar rm52 saja, bawak keluar then haku cakap " macam nie uncle, sekarang pun saya ada rm50 ja uncle, gaji tak masuk lagi, lagipun nak dekat raya nie. Uncle faham la sikit kita kan sama-sama." lama juga dia tenung wajah yang tak bersalah nie, pastu entah apa la yang difikirkan dia "ha okayla-okayla lu kasi rm50 suda la, yang lain biar wa saja yang tambah sikit." hehe bagus la uncle nie. Haku pun bayar sambil kata sorry la uncle no.. Dia balas dengan nada yang kurang ceria. " okay-okay takpa, semua orang tak mahu belaku macam nie, wa faham. okaylah selamat berpuasa" katanya pada haku.Sambungnya lagi "lu punya kaki okay ka?" ok uncle ok.

Huuhh selamat suda. Haku pun start moto terus ke ofis, dengan lewatnya, dengan boss pula masuk dulu dari haku. Alasan haku mudah ja, Sorry boss lewat... saya accident tadi. Dengan nada yang t'kezuttttt " haa..aiya, macam mana boleh berlaku, u tak ada apa-apa? dah pergi hospital?" "tak dak papa boss,cuma sikit, sakit lutut ja pun." jawabku padanya. Lepas tu haku pun buat la keja haku. Sambil diperhatikan boss dengan wajah kerisauan. huhu.. Baik oo boss haku nie. trimas boss ambil berat juga. sayang boss muahhh2. bulan depan naik gaji lagi ye..haha.

p/s: Mungkin haku banyak fikir masalah yang tak selesai lagi, lepas satu, satu masalah, itu yang lalai time bawak moto. tapi alhamdulillah haku selamat, dan pulang tu haku agak berhati-hati di jalan raya =)


 HP TouchPad Wi-Fi 32 GB 9.7-Inch Tablet Computer

Rabu, 24 Ogos 2011

Hari last dalam dunia Internet

Assalamualaikum.

First sekali aku nak ucap ribuan terima kasih kepada friends aku difacebook, kekawan rapat aku yang banyak memberi sokongan. dan juga kepada sahabat blogger, follower2 serta yang kunjung tiba di blog aku nie.

Aku ingin menyatakan hasrat aku untuk tutup akaun facebook selepas 24jam serta merta. Hari nie aku ambil keputusan sebegini oleh kerana ketidak stabilan diri aku untuk handle masalah yang melanda waktu sekarang. Sedia maklum aku baru saja putus  cinta dengan kekasih yang selama ini menjadikan penawar untuk aku buang segala permasalahan ini. Tapi kerana kejujuran dan keikhlasan dalam tajuk perCINTAan membuatkan sidia terlalu ikut rasa dan kata hatinya untuk mempermainkan aku endah tak endahkan laranganku.

Bukan aku tak bagi kebebasan untuk berkawan, itu pun bukan hak aku untuk sekat. Tetapi hanya aku minta memberitahu saja. Tapi juga nak buat macam mana kan. benda dah ku cakap sampai disini saja kita. Sapa yang tak sayang hubungan hampir tiga(3) tahun ini, segala suka duka aku kongsi, segala perangai dan helah juga dapat dibaca. Pendek kata setiap perangai telah aku hafal sedalam-dalamnya.

Aku tahu dalam hal sebegini aku juga bersalah kerana biarkan dia sorang-sorang begitu saja. Kena la tahu juga yang aku nie manusia biasa, ada perasaan cemburu. Apa yang aku tegur itu benar-benar aku tidak suka dan aku tak mahu ianya berulang untuk kali yang ke tiga. Banyak sangat peluang yang aku bagi. Seperti curah air di daun keladi.(masuk telinga kanan, keluar telinga kiri).

Rasa aku dah cukup peluang yang aku bagi selamat  2tahun 8bulan 24hari ini.. Juga aku akan delete akaun facebook pada pukul 12tengah malam ini. Aku tak mahu dalam dunia network yang memberitahu tentang kisah yang ini, biarlah menjadi kenangan untuk aku bersama kalian yang mengenali aku di dalamnya. Mungkin juga aku akan terhenti untuk terus berblog ini. Terima Kasih semua.

- kepada kekasih lelaki mahupun perempuan jagalah dan dengan cakaplah apa yang si dia tidak suka untuk kalian buat. Kerana dari situ si dia akan uji tahap kemampuan kalian untuk terus hidup bersama dia.

BlackBerry 8520 Unlocked Phone with 2 MP Camera, Bluetooth, Wi-Fi--International Version with No Warranty (Black)

Isnin, 22 Ogos 2011

Alahai..Aku Tak Dapat Raya

emm Assalamualaikum ya sahabat..

Nampak haku macam tak semangat saja. Bila dapat tahu yang haku hanya dibenarkan raya 2hari sahaja, itu pun petang raya ke dua tu haku dah kena masuk ofis. Huh!! memang nasib badan la Damas ooii..Orang lain dapat raya b'hari-hari haku pula b'raya di ofis..

Tadi masa haku masuk selepas rest, tut2 Mr.Wong tanya haku. "Ehh kamu cuti ka raya nie? berapa hari kah?" lebih kurang macam tu la, haku nak nak loghat cina tak pandai sangat..Dengar ja macam tu haku dapat agak dah, mesti ada yang tak kena nie. Haku pula jenis gatal pungkoq, apahal pergi tanya balik "Kenapa, ada lagi ka projek baru?".. ehh selaber ja dia balas. "yes memang ada lagi taw, banyak lagi. E&O projek, Water Theme Park, IJM, AbuDhabi. " saya ingat kamu pun tak boleh raya oo.. Cilaskeee punya wong.! opps puasa.

Sedih la kan..Dah plan ini, dah plan itu tiba-tiba dapat pula berita sebegini. Jantung haku yang diatas tadi terus ada dibawah, hapir dah dengan perut dek kerana kekejaman dia :'( ...ohh menangis haku (kalau haku sorang kat ofis nie) emm tak sanggup nak dengar perkataan "kamu tak boleh raya lama" macam nak buang ja tak itu. Itu la, dah kerja pun dengan orang, duduk pula dibawah orang so ini la makanan dia. Cucuk hidung ja selalu. Caihhh.

Yang projek nie pun satu pula. Dah tahu haku nak b'raya pergi bagi banyak-banyak kenapa tah. Satu cukup la boleh siapkan hari nie juga, tak payah la nak kena tunggu raya-raya nie. Banyak pula yang haku dengar, projek nie la, tu la, sini la, sana la..Rasa macam nak bomm pula si ofis nie, kang nanti kerja pun tak ada,orang-orang sekali pun tak ada. Senang.

nie keluarga makteh haku, haku saja sibuk.
ehh nie bukan gambar raya da.. nie kenduri. biar kan ja lah.
haku cuma nak sampaikan masej kalau haku tak ada untuk sesi bergambar
tu, maknanya gambar raya nanti tu tak meriah macam nie la..hahah.
nie sebab adanya haku.(perasan yang amat)

Dengan kekuatan hati yang haku ada nie..Haku nak mintak juga cuti raya seminggu. Tak kira ah apa nak jadi pun kan asalkan haku tak mahu kerja, waktu raya nanti. M/c boleh ja beli kan sekarang nie..bayar ja 10 hinggit dah dapat sign doktor. Kalau ambil seminggu baru 70 hinggit. haha. 

-Apa pendapat korang suma ha. Nak suruh haku keja ka, cuti m/c?. Ke ada ja idea yang lain, yang boleh diterima pakai? Otak haku betul-betul tak boleh fikir dah.

Selasa, 28 Jun 2011

KENAPA SUSAH NAK FAHAM ?



          AHH.."bila di fikir menjadi beban, bila di biar menjadi barah"..adakah itu pribahasa Melayu yang tepat? ohh kini aku betul-betul dalam situasi itu.. Bagiku kini pribahasa itu memang tepat la sangat dalam keadaan kini. ialah kan, kita bagai nak rak fikir tentang dia..Fikir tentang masalah orang lain sedangkan masalah kita lagi banyak untuk di fikirkan dan adakalanya tak sempat selesai langsung di minda sebagai roda yang berpusing untuk keluar dari masalah. Bila aku lepaskan masalah itu, dan tak mahu fikir lagi ia jadi barah pulak. Semakin menjadi-jadi perangainya, semakin bertambah belangnya, semakin bebas dan besar kepala pulak.


          Tapi apa yang boleh dibuat? Diamkan saja? Tengok saja? Buat tak tahu saja? bila aku buat suma tu rasa bersalah pulak kan diri ini..So terpaksa ulang banyak kali supaya faham betul-betul tapi, tengok la hasil teguran..masih ditempat yang sama. Bagi aku tak ada beza walaupun se'inci..5minit cakap nak berubah,lalu ulangi kembali. Itu baru 5minit, kalau 5tahun dah berapa lah aku terpaksa ulangi teguran yang sama?. Entah, aku betul-betul tak faham untuk memahami. 'Seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri' satu lagi pribahasa Melayu yang aku baling tepat kepada dia. Bukan la aku nak merungut tapi cuma nak luahkan rasa kekesalan bila dia semakin besar kepala dan tak endah pasal teguran aku.


          Bila nyatakan rasa benci, langsung tak terlintas di otak aku nie, bila nak kata aku meluat, tak sampai hati, so maki..caci.. emm apa lagi?. Yang menjadi pertanyaan aku nie mengapa dia susah nak faham cakap MELAYU ? bukankah senang, dan mudah untuk difahami? sebabnya bahasa melayu adalah bahasa tuturan kita seharian. Tapi kenapa susah sangat untuk dia mengerti, adakah perlunya aku bercakap china, india, orang asli, emm mungkin di lagi sukar memahami sedangkan cakap melayu pun merulang-ulang kali aku cakap itu pun masih tak faham..Aku pulak yang bertambah serabut memikirkan masalah orang yang tak pernah syukur atas keberatan yang aku bagi padanya.

 
          Mengapa la aku masih punya seperti ini. Sapa yang akan jawab pertanyaan aku ini. Sukar sangat untuk dia faham apa yang aku tak suka, aku benci, aku meluat, aku menyampah..Ya Allah masih benda sama yang belaku, masih tak faham apa yang aku mohon. So aku nak berehat dari masalah ini, dan aku tak nak ambik tahu pasalnya lagi.(buat semak kepala) bila tak dengar cakap. Biarlah aku rehat di duniawi sementara. Biarlah aku lari dari masalah ini buat seketika. dan biarlah aku berpaling untuk waktu yang singkat ini..

Terlalu penat untuk aku hadap semua ini.
sekali tak pernah faham,malah sepuluh kali pun 
tak akak pernah faham!!

Khamis, 23 Jun 2011

KEJADIAN TIDAK DI'SANGKA

          Urmmm..! Mesti korang tetanya-tanya apalah hendak haku ceritakan nie. 'KEJADIAN TIDAK DI'SANGKA' ? tajuk dah memang macam satu kejadian yang serius. Tapi bukan apa pown cuma cerita tayar pancit ja! Tadi petang lepas ja haku balik dari keja, haku cadang nak ke kulim. Nak lepak2 dengan kekawan n nak jumpa dengan si miya ,nak bagikan sekali bajunya. Pukul 6.40 haku dah sampai kulim, so haku parking lah motoku di depan 7 ELEVEN, then haku call kekawan haku soh datang dan kami pown lepak lah di ifana restoran nasi kandar..


          Punya la b'cerita dari petang hingga malam ha..,seterusnya haku tengok jam dah pukul 9 lebih, tapi still relax lg..Sembang punya sembang tengok jam lagi sekali uihh dah pukul10..Tak boleh jadi nie, kena balik juga coz esok nak keja..Haku pown terus la ke parking motor. Jalan sambil tangan berSMS lalu sampai lah ke moto ku ..Tengok moto macam tak da papa, masih comel, hebat, megah,chantek..uppsss..so terus naik n start..bila haku nak tolaknya ke belakang rasa sangat berat,,dalam hati haku dah fikir sesuatu, mesti masalah tayar lah nie..so bila haku tengok ja kat tayar belakang perhhh panas beb..tayar nie betul2 mnguji kesabaran haku..Mahu tak nya, baru ja haku tukar tayar nie dua hari lepas..hurrr takpa-takpa sabar dulu ye dam..Mula fikir nak cari kedai moto dimana..


          Kekawan haku dah balik ,tapi takpa haku pown terus try call mereka ,mujurlah separuh jalan ja mereka semua, dapat lah mereka kembali ke tempat kejadian tuh..Haku dah mula gelabah sebab perjalanan haku tuk pulang ke rumah sangat la jauh..makan masa 1jam juga lah..jalan tu pown sunyi, kang tak pasal-pasal haku kena rogol di hutan semak itu..ee geli ahh haku (hahahaha). Kami ramai-ramai nie fikir lah bagaimana henda berehkan permasalahan nie.


         Idea memang satu pown tak lekat di kotak minda., yang tahu kedai moto ja, tu pown suma dah tutup, iya la dah pukul 11 pown, sebab fikir lama sangat. Mujurlah ada kawan haku si fairuz nie bagi tahu yang kedai moto dekat taman dia mungkin tutup lewat (taman kenari *untuk rujukan korang bila tayar pancit di Kulim waktu malam) ..So dia start moto n then terus pergi ke kedai tersebut..lepas itu selang beberapa minit dia call haku, dia cakap 'dam, kedai nie buka lagi..bayaran rm15 ,amacam nak tak?'.''mestilah nak' jawabku.. huh!! alhmdulillah nasib haku baik selepas kena ujian yang buatku lagi bertambah tension.. 15 ringgit pown 15 ringgit lah, janji haku dapat sampai rumah cukup..


          Bila brother tu dah sampai n siapkan kerja menukar tayar dan haku bagi duit n then haku siap-siap nak balik cepat.. Haku cakap kat kekawan yang, haku nak pulang cepat sebab dah lewat..ayat last aku wish 'TERIMA KASIH KAWAN  TOLONG AKU' lepas tu salam-salam terus blah..Dalam perjalanan tu laju gila haku pandu.. almaklum la, tayar baru tukar stabil la moto haku..huhu. akhirnya sampai juga haku dengan selamat 'ALHAMDULILLAH' ..TUHAN PERMUDAHKAN PERJALANAN AKU.  

* Selalulah berdoa semoga di permudahkan perjalanan kita..
* Lokasi kedai di Taman Kenari, jikalau korang Kecemasan (tayar pancit) boleh ke sana.
   -lewat malam pown  ada
* Jadi  pendek cerita... saja la tu dia soh haku update pada hari ini.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...