Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Rabu, 3 April 2013

Seni itu indah dan sangat berharga


Assalamualaikum p e m b a c a b l o g a k u
Saat aku sedang menulis ni, harap yang tengah baca jugak diluar sana, sihat dan ceria selalu. Ini nak kongsi sikit pasai Seni dan Pameran. Pada bulan tiga(3) lepas, aku di invite oleh seorang rakan. Katanya tentang Pameran di bandaraya Melaka 'Pameran 6 x 6 vs 12 x 12'. Jadi dengan ketiadaan kerja waktu tu, aku pun going saja lah. Medium yang nak aku guna kan cat minyak. Tapi masalah nak kena buat bingkai kanvas 6x6 or 12x12..Nak kerat-kerat bagai oh maaf tak rajin..haha. Jadi aku ambik medium water color on paper.

Walaupun lukisan tak menarik, seperti Pelukis hebat diluar sana. Hati tetap ingin mencuba untuk kali ini. Pameran ini akan berlangsung pada 1 jun 2013 di Bastion House Melaka. Ia sangat menarik hati aku kerana disinilah tempat paling bersejarah. Rasa nak sangat jumpa para-para pelukis Tanahair yang hebat dan bersahaja.

Aku suka pada semua warna. Terutama warna warni. Dah gila sangat, jadi aku turunkan warna itu ke atas kerta bersaiz 12x12 inci. Lukisa ini tak menarik, sebab aku pun bukan pandai lukis sangat. Tak penah belajar mana-mana kelas atau ikuti kursus melukis ni. Tapi boleh la tengok ia sebagai lukisan jugak kan?





Yeah! untuk pengetahuan hampa semua. Aku suka tema Ayam, sebab ayam banyak maksudnya. dan warna warni itu simbol sangat luas :D. 

JOM RAMAI-RAMAI KE BASTION HOUSE MELAKA
1 JUN 2013 HINGGA 30 JUN 2013...

Jumpa anda disana okay...!


Khamis, 13 Oktober 2011

Semalam hari yang 'Terakhir'

  Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Hari nie den nak cerita tentang semalam. Kenapa semalam, apa yang jadi ? opps.. den cuma nak bagi tau dekat korang, yang kiosk my sister dah tutup. Terakhir iaitu pada 12hb Octebor 2011, semalam la kan. Kenapa pula tutup? tak laku, tak jalan, tak ada sambutan ? banyak persoalan pula.. tak macam ni, kakak den dah start bekerja di Perpustakaan Desa dekat dengan kampung den, memang dekat sangat lah. 

So oleh sebab tak ada siapa yang nak membantu dan 'take over' perniagaan cupcake 'nya' itu, maka terpaksalah ditutup. Kalau nak harapkan den, owhh memang tak la. Sebab den balik kerja pukul 5ptg, pula tu dari tempat kerja den ke Econsave tu dah makan masa sejam. jadinya tak sempatlah. Takkan nak buka dari pukul 7mlm sampai 9.30mlm. Berapa jam sangat nak buka.

Itu sebab kakak den ambil tindakan 'menutup'. Lagi satu, sebenarnya den ni tak berminat berniaga-berniaga ni. Den minat apa pun den tak tau. Memang darah meniaga tak turun dekat den. Barangkali ia turuk kepada Atuk, Ayah, Kakak sulung, dengan Kakak kedua den saja. Jadi itu tak memberi kecemburuan langsung kepada den. Semalam den sempat juga, tolong tutup kiosk dia. Jadi la, ada juga nama kat situ(tolong tutup)..miahaha :) 

Nie dah sesi terakhir 'memunggah' barang-barang dalam dan luar kiosk



Den tolong jugak okay. Walaupun sekadar memutar screw.
Ehh apa hal pergi buka itu pula Damas?
takkan kiosk-kiosk mu nak bawa balik..!! adoii.

Jadi lepas ni tak ada lagi la cupcake dari 'Chinta Damiya Enterprise'. Tapi kalau yang berminat dan berada disekitar Seberang Prai boleh la contact melalui talian '017-527 0408 (Eyna)' @ facebook Chinta Damiya. Dan di bawah ini adalah gambar-gambar Cupcake dan juga Coklat. Sesuai untuk Majlis Pertunangan, Kahwin(boleh buat hantaran sekali), hadiah, dan makan dengan Awek pun boleh(suap-menyuap).





Ini ja yang den sempat snap sebab, den tak sabar nak memakan 'nya'.
okay,

P/s: Boleh tak korang mainkan lagu 'lagu untukmu' by Meet Uncle Hussin, sebab si Farah nie ha, nak dengar. :)

Isnin, 10 Oktober 2011

'Penang Teachers Art Circle'





Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u.

Mungkin korang dah dapat, tahu dulu berita ini daripada haku iaitu Pameran Perasmian Ulang Tahun PTAC Ke-47 'Penang Teachers Art Circle' Ehh yala, haku jenis tak pandai tengok 'email' selalu. hehe. maaf la yer. Okay.. tanpa buang terlalu banyak masa untuk b'cerita yang entah apa-apa, haku teruskan. 


Pameran ini akan berlangsung seperti tarikh dibawah:-

Tarikh   : 8 Oktober 2011 (Sabtu)
Jam       : 2.00 petang
Tempat : Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang (Penang State Art Gallery),
               Paras Bawah, Dewan Sri Pinang, 10200 Pulau Pinang.

Tarikh diatas itu sudah lepas dua(2) hari dah. Sebab haku baru check 'email' pada pagi ini. Tapi bagi para peminat Seni Tanahair anda juga dijemput kerana pameran ini terus berlangsung dari 3 hingga 28 Oktober 2011, jadi sempat la korang datang lagi, bagi pameran seni guru-guru ini. Perasmian saja yang tak sempatkan, so datang untuk melihat masih ada. :) 


'Terima Kasih kepada sahabatku'

Selasa, 20 September 2011

Follower Bertuah diBlog Aku.

*Fllower ke100 je  pown. 
tak la hebat macam blog korang 
sampai belas2 ribukn. Trimas semua, 
haku hargai setiap follower sni. 


Assalamualaikum Sahabat

Dari semalam haku mengira-ngira, bilangan follower di Blog haku. Huh asalnya ber-nombor 90 dan haku terus mengira bilangan untuk cukupkan 100 hanya lagi 10 orang. Pagi tadi haku terus tengok kat 'Dashboard' wahh..makin bertambah komen dan follower. Inilah hasil dari Pajak Gadai ikuti Segmen cik Lulu iaitu 'Jom Blogwalking'. Ternyata tidak mustahil dengan cara ini, juga mampu menaikkan lagi cara kita berBlog. Yes betul ini salah satu untuk tingkatkan kuasa(plus) untuk naikkan bilangan follower, pembaca, pengomen, dan sebagainya.

After lunch: haku masuk ofis dan terus tengok sekali lagi blog nie...wahh.. bertambah lagi(sorang sahaja) jadi la kan. Bak kata perpatah, orang dahulu kala (orang tua) "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit" so nie hasil dari sikit-sikit lah, dari satu(1) hingga seratus(100). 'Alhamdulillah'. walaupun tak la sampai mencecah belasan, puluhan, mahupun ratusan ribu follower, tapi suda cukup bagi haku sekadar ini sebab blog haku pun bukan bagus sangat pun =) oppss!! terlebih bicara pula kan. Tapi tak apa, nie satu pemberitahuan juga. 

Okay... sambung dari tajuk utama "Follower Bertuah diBlog Aku" yeahh malam nie lagi sekali haku tengok blog untuk pastikan siapakah yang bertuah itu? Sebabnya dia adalah follower ke 100 diBlog haku dan tepat pada pukul 11.00 minit malam okay..'memang tuah sangat..' ha, tapi tak ada la hadiah walaupun bertuah k =). just nak bagi sebakul Tahniah dan Terima Kasih kepada Saudari Norashikin binti Akhiar@doodeedoo yang menjadi follower bertuah itu. Juga tidak lupa kepada follower haku yang lain, Terima Kasih buat semua, tocey-tocey yaa..dan selamat berBlog diucapkan.



Inilah dia cik doodeedoo 
Trimas untuk semua follower yang sudi follow haku.


Okay.. jom kita terjah blog beliau

Klik banner ataupun klik SINI untuk ke rumah kedua beliau.
Blognya sangat meriah juga hiasan di dinding, dengan pengunaan doodles yang b'gitu comel-comel haa..
apa lagi jom kita pi terjah la..nie jugak.


Nota Buku 555:  "Apa yang kita impikan, tak mustahil untuk kita dapat."
-Gambar 1: sumber dari hasil PrintScreen.
-Gambar 2: sumber dari copy header tuan blog doodeedoo

Jumaat, 19 Ogos 2011

Dari Penang ke Alor Star.

Assalamualaikum ya sahabat

oppps..hari nie memang jadual haku sangat-sangat la ketat. Mahu taknya balik kerja terus gerak/pergi Alor Star, apa sebab plak haku kena kesana? urusan kerja kah? jejalan kah? ha tak da lah, haku ke sana untuk hadiri Majlis berbuka puasa yang dijemput oleh rakan taulan haku dan pada masa yang sama ada bisnes(udang disebalik batu) bab kata orang tua-tua 'sambil menyelam minum air' kan.

Perjalanan tu makan masa 2jam jugalah. Tak sempat juga berbuka disana lalu kami berbuka saja di Masjid berdekatan,janji berbuka. hehe. Tibanya kami disana dalam pukul 9 lebih macam tu la. Lauk pauk dah nak habis mujur la sempat rasa juga masakan sana walaupun serba sikit. Yang sediakan juadah tu perempuan 'cantik,ayu,manja,putih,sempurna lah' serius wa cakap, memang cantik lah dari pandangan mata kasar nie. Ehh apsal cita pasal perempuan nie plak? bukan tujuan tu.

Sembahyang tarawih tak sempat juga sebabkan kami lambat, lagi pun mereka buat 8rakaat sahaja.
Lepas tu kami otw masuk ke dewan utama Pusat Latihan Pertanian. Mereka berkata haku tetamu istimewa dan bertuah pada malam nie, kenapa ya? sebab bisnes nie. Ooh ya yang hadir kali nie adalah top5 Jutawan Malaysia apa nama lah, dah lupa wan2 juga nama dia dah tak ingat. Gila bangat kan. Haku pun hanya tengok mereka nie di dada-dada akhbar dan hanya kesempatan dan terpandang melalui List nama Jutawan Malaysia sahaja.

Apa pula bisnes nie kan dan apa pula kena mengena ianya dengan haku. Haa bisnes nie haku rasa korang pun dah pernah dengar sebab rasa aku dah popular kot bisnes nie. Nama bisnes nie adalah SCORE A PROGRAMME. Aku rasa juga la haku ada tulis pasal nie juga, tapi tak ingat sangat. Apa yang aku boleh kongsi dengan korang suma, program nie ada potensinya sendiri. Sebab apa ya, meh kita kongsi sikit pasal bisnes MLM Nekwork atau system online ini.


Pada pandangan haku la kan bisnes nie sangat lah luas pasaran dan sangat diperlukan oleh setiap insan yang bernama pelajar. Tak kira la UPSR ka, PMR ka, dan SPM semua lapisan ini boleh dijuga pakai sebab utamanya system ini berasaskan Pembelajaran. Walaupun kita tak mahu join dalam bisnes ini, tetapi bantula adik-adik kita, anak-anak kita mahupun siapa saja yang dialam persekolahan,bantu la mereka dengan kerjayaan. Haku sebenarnya tak join pun bisnes nie cuma haku terjaga sebentar kerana jurucakap dia betul-betul semangat dan apa yang dia katakan itu sangat masuk akal okay.

Itu la sebabnya haku tak sempat nak online facebook mahupun blog. Sebabnya haku sekarang banyak even yang kena hadirkan diri. Almaklum la haku kan orang yang tak penting, paling bongek, dan rugi dikalangan manusia. hehe.
Now nie la masa yang haku ada sebenarnya pukul 3pagi then terus sahur lepas itu tido bla bla bla turuskan hari biasaku sebagai pekerja yang malas =)

haku paling tersentuh dengan kata-kata dia 'peluang datang bila-bila masa tanpa kita sedari dan peluang ada dimana saja bila kita cari' satu lagi 'bila kita rasa sesuatu yang beban sebenarnya itu la rezeki kita da  peluang kita ubah cara hidup' ya..memang betul juga kan, nak tunggu ada duit bila tu? time tak da duit macam-macam datang, bisnes nie la, bisnes tu la.. Sekarang haku selesa dengan kerja haku hehe sorry to say la bro, pintu hati gua belum terbuka lagi. 2tahun gua tanam cita-cita dan sekarang gua dah dapat merasai cita-cita itu biarkan hgua merasa cita-cita gua tu. Trimas bro sebab bawak gua pergi Majlis Ilmu tu, sedikit sebanyak gua dapat ilmu untuk menjadi manusia yang lebih berjaya dan berjiwa. Peace!

P/s: Apa yang kita impikan tak semestinya dapat dan apa yang kita miliki tak semestinya kekal

Selasa, 9 Ogos 2011

Sampai tempat kerja 9.34am


Assalamualaikum :)


Semalam haku ke tempat keja lambat gila, pukul 9.34am baru masuk ofis. Mahu taknya,
jam sebelum nak masuk jambatan lagi start dari juru hingga ke hujung Jambatan Pulau Pinang.
Mak aii.. panjang gila jam kali nie. Walaupun haku naik moto ja tapi haku tetap teperangkap
dalam situasi itu.

Bila ja haku sampai di tengah-tengah jambatan PP, haku terlihat dua buah kereta Myvi hitam
 dan kelabu. Yang kelabu tu dah bermusing-musing dah, oleh kerana pelanggaran kuat kot.
Kemalangan se'begitu di sejarahkan sebagai kemalangan paling teruk pada tahun ini.

Tapi Alhamdulillah haku sampai tempat kerja dengan selamat (Syukur Allah)

Dibawah ini haku copy and paste berita dari myMetro online .
Jadi korang bolehlah baca berita selanjutnya ,nak print sekali pun boleh. Sebb ada logo
printer, maknanya dibenarkan. hehe

...................................................................................................................................

Lima nahas
Tanda ArtikelE-mel ArtikelCetak ArtikelBerita oleh: Zulfa Mohamad dan Rudy Syareme
Sheriffudin     
BUTTERWORTH: Lima kemalangan dalam tempoh satu setengah jam termasuk satu
kemalangan maut menyebabkan kesesakan lebih tujuh kilometer selama kira-kira empat
jam menghala ke Jambatan Pulau Pinang (JPP) dari Seberang Prai disifatkan antara
kemalangan terburuk tahun ini.

Kemalangan pertama berlaku jam 6.35 pagi menyebabkan kesesakan berlaku di
Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Sungai Dua selain Juru, Jalan Chain Ferry dan
Jalan Perusahaan menghala JPP ketika orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja.

Turut terbabit dalam kemalangan, jurugambar The New Straits Times Press(M)Bhd (NSTP),
Asman Ibrahim yang dilanggar motosikalnya ketika mengambil gambar kemalangan atas
JPP. Pengurus Operasi Kanan Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB), Asnor Ali, berkata pada
mulanya satu kemalangan maut berlaku di Kilometer 5.1 JPP membabitkan penunggang
motosikal dengan treler jam 6.35 pagi.

Katanya, kemalangan kedua jam 7 pagi membabitkan empat kenderaan di Kilometer 4.8
atas jambatan menghala pulau, manakala kemalangan berasingan juga membabitkan
empat kenderaan di Kilometer 138.2 menghala plaza tol.

Menurutnya, pada jam 8.06 pagi pula, satu lagi kemalangan di Kilometer 6.2 di
arah menghala Seberang Prai babitkan tujuh kenderaan.

“Selain itu, berlaku kemalangan kecil di Kilometer 6.2 menghala pulau membabitkan
dua kenderaan.


“Kemalangan hari ini (semalam) mungkin sejarah paling buruk bagi JPP kerana
membabitkan banyak kenderaan dalam tempoh beberapa minit,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang, Deputi Superintendan
Abd Rahim Din berkata lelaki warga emas yang maut dikenali Azhar Pawanteh,
52, dari Lunas, Kedah yang dalam perjalanan dari rumahnya ke tempat kerja di
sebuah kilang perindustrian di Bayan Lepas.


Menurutnya, mangsa dipercayai dirempuh treler yang menghala dari arah
Butterworth ke bahagian pulau.

Katanya, akibat rempuhan mangsa jatuh dan menghembuskan nafas terakhir
di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ)
untuk bedah siasat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...