Yeahh... rasa gembira pula hati ini, bila dapat buat satu lagi Installation Piping bagi Projek Sim Leisure, Escape Water Park di Telok Bahang Pulau Pinang. Huh walaupun time nie haku sering balik kerja lewat dan kekadang itu sampai ke malam haku bekerja. Tapi penat tu tetiba berubah menjadi lega, suka, gembira dan blog ini sebagai Diari ke2 untuk ku catatkan rasa hati dan blog ini juga untuk ku kongsi bersama se'teman blogger. Tahukah korang semua, di Pulau Pinang kini akan mempunyai dua Water Theme Park untuk keluarga dan tempat untuk suka ria..Water Park yang pertama haku dah ceritakan pada korang di entri INI kan, so boleh la pantau-pantau DISINI okay =)
Walaupun kerja Installation mungkin mudah bagi senior-senior ditempat haku. Kata mereka 'alah kacang kebeno damas, takpayah pening-pening. Buat ja macam hang buat Reban Ayam'.. ha.. reban Ayam wakluu. guwa dah pecah kepala dah. Tetapi bagi haku memang ia amat memerlukan kekuatan fikiran untuk fikir bagaimana sesebuat piping dapat jalan di Underground dengan selamat dan tanpa berlaku kecacatan ataupun kebocoran.. Pening gila kepala ini. Hapir setiap kali haku balik ke rumah, jarang makan, sembang, tejur bersama ahli keluarga. Bukan sombong tapi haku amat penat dan letih tambah-tambah fikiran ini, dah macam nak pecah dah.
So, mungkin korang semua dah bosan untuk membaca, tapi takpa. Memandangkan haku pun dah penah otak dan tak boleh dah nak karang-karang bagai ayat berbunga.hahah. Then haku teruskan lah langkahnya. Korang boleh tengok Master Plan dan boleh Download terus ke lappy mahupun apa-apa aja lah, janji dapat tengok Plan kasar Water Park ini ok. Sila Klik SINI untuk tengok Master Plan Escape, dan klik SINI untuk Download Escape Profile
Nanti haku Upload kan hardcopy dari AutoCAD untuk korang yer..
P/s: Bagi warga-warga Utara terutama Penang, mahupun sepuluh(10) lagi Negeri di dalam Malaysia, nanti korang dapat la mandi manda di sini. Tapi tarikh siapnya haku masih samar-samar lagi dan jangan korang risau, sebab haku akan update tarikhnya bila dah jelas nanti okay.
5 ulasan:
yeay! memang ternanti-nanti theme park baru ni ;)
haha.. nti boleh la dtg yer..
best tmpatnya. mcm2 aktviti ada.
-trimas
elehhh,time meaw da chawww dari penang la baru nak buat,kang nak kena turun sana balik,rindu penang!
hehe.. memang nk tunggu meaw keluar dri penang bru nk buatnya..emm yeah dah rindu nti meh la mlawat..
sangat menarik, terima kasih
Catat Ulasan