Selasa, 28 Jun 2011

KENAPA SUSAH NAK FAHAM ?



          AHH.."bila di fikir menjadi beban, bila di biar menjadi barah"..adakah itu pribahasa Melayu yang tepat? ohh kini aku betul-betul dalam situasi itu.. Bagiku kini pribahasa itu memang tepat la sangat dalam keadaan kini. ialah kan, kita bagai nak rak fikir tentang dia..Fikir tentang masalah orang lain sedangkan masalah kita lagi banyak untuk di fikirkan dan adakalanya tak sempat selesai langsung di minda sebagai roda yang berpusing untuk keluar dari masalah. Bila aku lepaskan masalah itu, dan tak mahu fikir lagi ia jadi barah pulak. Semakin menjadi-jadi perangainya, semakin bertambah belangnya, semakin bebas dan besar kepala pulak.


          Tapi apa yang boleh dibuat? Diamkan saja? Tengok saja? Buat tak tahu saja? bila aku buat suma tu rasa bersalah pulak kan diri ini..So terpaksa ulang banyak kali supaya faham betul-betul tapi, tengok la hasil teguran..masih ditempat yang sama. Bagi aku tak ada beza walaupun se'inci..5minit cakap nak berubah,lalu ulangi kembali. Itu baru 5minit, kalau 5tahun dah berapa lah aku terpaksa ulangi teguran yang sama?. Entah, aku betul-betul tak faham untuk memahami. 'Seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri' satu lagi pribahasa Melayu yang aku baling tepat kepada dia. Bukan la aku nak merungut tapi cuma nak luahkan rasa kekesalan bila dia semakin besar kepala dan tak endah pasal teguran aku.


          Bila nyatakan rasa benci, langsung tak terlintas di otak aku nie, bila nak kata aku meluat, tak sampai hati, so maki..caci.. emm apa lagi?. Yang menjadi pertanyaan aku nie mengapa dia susah nak faham cakap MELAYU ? bukankah senang, dan mudah untuk difahami? sebabnya bahasa melayu adalah bahasa tuturan kita seharian. Tapi kenapa susah sangat untuk dia mengerti, adakah perlunya aku bercakap china, india, orang asli, emm mungkin di lagi sukar memahami sedangkan cakap melayu pun merulang-ulang kali aku cakap itu pun masih tak faham..Aku pulak yang bertambah serabut memikirkan masalah orang yang tak pernah syukur atas keberatan yang aku bagi padanya.

 
          Mengapa la aku masih punya seperti ini. Sapa yang akan jawab pertanyaan aku ini. Sukar sangat untuk dia faham apa yang aku tak suka, aku benci, aku meluat, aku menyampah..Ya Allah masih benda sama yang belaku, masih tak faham apa yang aku mohon. So aku nak berehat dari masalah ini, dan aku tak nak ambik tahu pasalnya lagi.(buat semak kepala) bila tak dengar cakap. Biarlah aku rehat di duniawi sementara. Biarlah aku lari dari masalah ini buat seketika. dan biarlah aku berpaling untuk waktu yang singkat ini..

Terlalu penat untuk aku hadap semua ini.
sekali tak pernah faham,malah sepuluh kali pun 
tak akak pernah faham!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...