Haku tulis kisah dan masalah ini hanya untuk tatapan haku pada tahun ini dan untuk tatapan korang semua. Pagi tadi macam insan-insan yang lain untuk membuat persiapan pada hari raya esok. Haku pun start kereta then terus menuju ke shopping mall untuk membeli-belah, huh singgah di bank dahulu nak keluarkan duit, hehe. Ya allah beratur kamain panjang gila-gila bangang..macam nak beli makanan la pulak.
Bila ja sampai turn haku, masukan kad bank kedalam ATM, tekan Bahasa Malaysia tekan teruskan tekan pin cod dan tekan semak wang simpanan, dan tunggu sebentar korang nak tahu apa hasilnya? macam nie ATM bagitahu haku 'baki simpanan anda ada rm57' so apa tindakan haku? emm hampeh muka sedih, baju pun tak beli lagi oleh kerana duit tak ada. Emm kenapa la last-last jadi macam ini, mana gaji haku? mana duit sebulan haku kerja selama ini? haku nak raya juga, haku nak beli baju.
Haduh yai...ya Allah..tolong lah hambamu yang sangat kecil pada sisimu. Haku nak raya tahun ini. Kenapa company haku lambat masukan duit haku? kenapa? mengapa? penat bekerja bila haku fikir pasal ini. haku rasa betul-betul jadi tak ada semangat. Walaupun baju tahun lepas masih boleh pakai, tapi ada benda yang haku perlu siap sediakan tahun ini.. Sedih la macam nie. Duit tak ada langsung, tak ada langsung, memang tak ada langsung, tetap tak ada langsung..Alaihai...Ingat nak guna duit JUTA RIA ajalah. boleh tak????
kalau boleh pakai, kat haku belambak-lambak duit ini.
siap bersepah-sepah lagi..
-Sumber gambar dari Google.com.
-Status haku, sedih yang amat sangat.
-Nak raya pun dah tak ada keceriaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan