Rabu, 3 Ogos 2011

Haku Individu Berkredibiliti ?

Assalamualaikum =)

Pertama sekali haku ingin mengucapkan sebakul Terima Kasih kepada kakak ku, Syazwani bt Abu Bakar. Beliau lah yang banyak menterjemahkan kata-kata islami kepada adiknya. Memang kan sebab beliau adalah seorang Ustazah disebuah Sekolah Rendah dan Menengah Agama. Beliau mempekenalkan buku bagaimana menjadi Individu Berkredibiliti dari Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar. Buku ini banyak membantu haku dalam soal kehidupan dan menjadikan insan yang berjaya dalam hidup dan kerjaya haku. Oleh kerana bantuan tentang alam kehidupan dan kini haku Menggapai Cita-cita haku di usia yang muda. Alhamdulillah.





Isi pengenalan dalam petikan tersebut :-


Apa Perlunya Kredibiliti?

  • Kredibiliti dan pengurusan hati
K.H Abdullah Gymnastiar menjelaskan, membina kredibiliti adalah bermula dengan menguruskan hati dengan baik.Beliau menyenaraikan tiga perkara utama membina kredibiliti:

  • Saya mesti jujur
Saya mempercayai sekiranya saya jujur, saya dapat membina kredibiliti,sebaliknya sekiranya saya tidah jujur, ia dapat menghancurkan kredibiliti saya.

  • Saya mesti cekap
Walaupun saya menjadi orang jujur, apabila saya lalai dalam melaksanakan tugas, ia juga mengurangkan kredibiliti. Untuk menjadi cekap, saya mesti mengembangkan kemampuan wawasan dan keterampilan diri secara sistematik. Saya sentiasa melakukan koreksi diri.

  • Saya mesti berinovasi
Saya sedar setiap sesuatu pasti berubah. Di dunia ini, tidak ada satu pun yang tidak berubah. Suatu yang tetap adalah perubahan itu sendiri. Oleh itu, saya bersedia bagi mengikuti perubahan kerana sekiranya saya tidak mengimbangi perubahan, saya menjadi mangsa perubahan. Amat buruklah apabila semalam sama dengan hari ini. Celakalah apabila hari ini lebih buruk daripada semalam.

Untuk menjadi inovatif, saya sentiasa membaca dan berusaha melaksanakan sesuatu yang berguna. Saya meluangkan masa dengan merenung dan bertafakur tanpa mengganggu kegiatan harian. Sebagai orang islam, Pastinya sudah tersedia tempat-tempat merenung dan mencari ketenangan.

-Hasil dari buku tersebut- Click Sini untuk tempahan dan lanjutan.

* ku harap korang belilah buku ini yang bertajuk ' Kunci Menjadi Individu Berkredibiliti '
dari Dato' Dr Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar. 

P/s .Jadikan hari ini sebagai pengukur untuk esok

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

amboiii berwawasan gilaaaa. :D

Damas berkata...

ohh yeh.
haha sekadar bsemangat dah kepuasan diwaktu muda ini sahaja. Nanti tua duduk goyang kaki ja..hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...