Friday, August 26, 2011

Hari Malang

Assalamualaikum

Ahh hari nie dalam perjalanan haku ke tempat kerja pada pukul 9.45 pagi, haku terlibat dalam satu kemalangan kecil. Ialah kecil ja sebab aku pun tak la teruk sangat. Entah la tetiba haku lalai. Kejadian nie berlaku waktu pagi la kan, dalam keadaan sibuk dan sesak di jalan raya, dilimpahi pula dengan hujan haku pula bawa moto laju sebab nak kejar masa, taku lambat pula sampai nanti. emmm..

Ceritanya macam nie berlaku. Haku dah ikut jalan sebetul-betulnya, setibanya haku di persimpangan yang ada traffic light. biasa la sebelah nak menghala ke kiri, sebelah lagi terus. Bila haku sampai ja disitu lampu terus hijau, haku ingat boleh ja gerak tapi satu kereta nie di tak gerak-gerak malas la haku nak hon-hon, haku nak mencelah ja depat dia. Tut-tut dia jalan dan himpitnya haku ke kiri, dengan gelabah biawak haku pun mengelak la himpitan tadi, oohhh tidak ku sangka ada kereta dikiriku, emm jawabnya boowmmm tersangkut pula haku disitu. prakkkk.. pecah cermin lampu belakang, calar, dan bumper kereta itu pun jatuh.

Rasa hati memang haku nak blah/ lari ja dari masalah ini kan. Dah tahu nak kena apa, bayar la jawabnya. pusshh hati kata "relakz suda beb, nie bulan puasa kita cool ja jangan lari-lari k." haa so haku pun tunggu sehingga driver dia keluar. Ahh cina pula mesti dengan marah-marah nie. Keluar-keluar dia terus tunjuk kearah cermin tadi sambil cakap "apa nie" Sabar and haku pula cakap "maaf uncle, saya dihimpit. Maaf sangat-sangat uncle." dah tu dengan slumbernya dia terus minta duit dekat haku, "sekarang lu kasi wa rm50 la dan lu kasi no fon lu sekali" alahai tak sempat gua nak kasi, dia pula yang suruh gua missed call dia, ahh nampak sangat di tak ada kredit..kekekekeh.

Lepas tu haku tak bagi begitu saja, haku kata biar saya bayar di kedai kereta kita settle di sana. Dia pun dengar cakap haku. Ingatkan boleh la dapat murah sikit sebab mekanik tengokkan. Tapi sekali dia usha pi-mai pi-mai siap dengan kira-kira pada jarinya +,-,/,x = rm85 ,dah tu kira lagi sekali rm108. Ehh kata haku tak boleh jadi la macam nie, kenapa mahal sangat alasan dia bagi, "barang kena order, nie dah naik harga". ah suda jahanam duit haku(dalam hati)

Haku pun nak juga selamatkan diri, jadi haku ambil la kesempatan hari yang mulia ini kan. dengan duit dalam seluar rm52 saja, bawak keluar then haku cakap " macam nie uncle, sekarang pun saya ada rm50 ja uncle, gaji tak masuk lagi, lagipun nak dekat raya nie. Uncle faham la sikit kita kan sama-sama." lama juga dia tenung wajah yang tak bersalah nie, pastu entah apa la yang difikirkan dia "ha okayla-okayla lu kasi rm50 suda la, yang lain biar wa saja yang tambah sikit." hehe bagus la uncle nie. Haku pun bayar sambil kata sorry la uncle no.. Dia balas dengan nada yang kurang ceria. " okay-okay takpa, semua orang tak mahu belaku macam nie, wa faham. okaylah selamat berpuasa" katanya pada haku.Sambungnya lagi "lu punya kaki okay ka?" ok uncle ok.

Huuhh selamat suda. Haku pun start moto terus ke ofis, dengan lewatnya, dengan boss pula masuk dulu dari haku. Alasan haku mudah ja, Sorry boss lewat... saya accident tadi. Dengan nada yang t'kezuttttt " haa..aiya, macam mana boleh berlaku, u tak ada apa-apa? dah pergi hospital?" "tak dak papa boss,cuma sikit, sakit lutut ja pun." jawabku padanya. Lepas tu haku pun buat la keja haku. Sambil diperhatikan boss dengan wajah kerisauan. huhu.. Baik oo boss haku nie. trimas boss ambil berat juga. sayang boss muahhh2. bulan depan naik gaji lagi ye..haha.

p/s: Mungkin haku banyak fikir masalah yang tak selesai lagi, lepas satu, satu masalah, itu yang lalai time bawak moto. tapi alhamdulillah haku selamat, dan pulang tu haku agak berhati-hati di jalan raya =)


 HP TouchPad Wi-Fi 32 GB 9.7-Inch Tablet Computer

1 comment:

Noorul Amera Adnan said...

Ish3 adik ok x nie? Jga dri k xmau fikir sgt. InsyaAllah akn ade jaln pnyelesaian yg baik. Doa je byk2. Jgn lalai2 lg tau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...