Memaparkan catatan dengan label Artistic Satisfaction. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artistic Satisfaction. Papar semua catatan

Isnin, 20 Februari 2012

Pengikut langkahku.

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Alhamdulillah..kerana haku masih lagi diberi peluang untuk menyusun baris kata di ruangan blog ini. Sesudah bebulan tidak update, atas faktor-faktor kerja dan pekara D13 yang tak dapat di elakkan iaitu cable internet kena curi daa.... itu lah yang tak update bebulan-bulan nie..I'm so sorry 'Geng'. 


Hari nie tak mau lah haku cerita panjang lebar, buat letih mata saja. Nie mengenai anak saudara ku yang berusia 2tahun 2bulan. Haku tengok dari segi penyampaian kata dan pegerakan seolah-olah, Seni dalam dirinya nak disampaikan tapi masih perlukan didik yang sempurna. Mungkin haku kah yang akan mengasahbesi yang tumpul itu? mungkin ia, mungkin tidak.


Damia Lutfiah

yes.. walaupun contengan dia tidak tersusun, usahanya melebihi segala. Setiap kali haku hadap kertas ukuran A4 untuk jadikan kartun semuka. Disitulah dia akan bersamaku dan menyibuk nak lukis sama. Lalu ku hulurkan pen dan sekeping kertan untuk dia luahkan apa yang di imaginasikan dalam minda kecilnya.

Dia banyak kearah haku la setakat ini. Contohnya dia lebih suka melukis dan adaptasi Kartun berbanding kearah lukisan yang lain. 'Wow..indah, Good' itulah yang haku ucapkan bila dia selesai taburkan seni atas kertas itu. Harapan ku suatu hari nanti agar dia berpelajaran dan seni sebagai sampingan. Sebab kerjayaan kita dan masa depan kita, bukan begantung pada apa yang kita miliki tetapi atas usahan yang gigih itu. Akan membuat kita berjaya.


Seni yang akan mempunyai Pemulaan dan Hujun

Sebenarny banyak lagi lukisan yang dihasilkan. Tapi haku tak sempat nak snap. Lain kali akanku upload kesemuanya untuk korang cuci mata, dengan lukisan yang akan membuat korang tersenyum sikit. Dengan lukisan yang tak berapa nak jadi dari sikecil ini.


Ini lah pengikut jejak haku.


P/s : Apa yang kita miliki itu, harus la kita guna dengan seimbang. Seni juga dapat dipelajari, tak semua semula jadi

Jumaat, 18 November 2011

Koleksi And "i"

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Ohya!!..Pertama sekali, haku nak beri tahu kepada yang tak tahu tu..tentang hobi haku. Yes hobi haku mengumpul koleksi Permainan patung 'toy's dari filem aksi dan lawak. Antaran Naruto, Batman, Tranformer, Spaderman, koleksi Kesultanan China bersama bala Tenteranya, Detective Conan dan lagi-lagi..

Berbalik kepada Tajuk entri. Semalam masa haku balik kerja, haku singgah sebentar di Pacific Prai disebabkan hujan yang tak berapa nak lebat sangat. Singgah pun oleh kerana nak tengok wayang cerita 'Les Aventures De TINTIN Le Secret De La Licorne'. Elok ja haku nak balik, fikiranku berbisik mataku terpandang Patung yang ku mencari-cari selama ini 'Fantastic Four' tapi tak juga berkesempatan untuk memiliki keempat-empat watak dalam Fantastic Four tersebut. Hanya haku dapat miliki dua watak sahaja iaitu Mr.Fantastic, dan Invisible Woman. 




 Wahh.. mantopp!. Tapi kena cari bagi cukup four.
kalau tak, bukan nama Fantastic Four ler..

Spaderman ke2 dalam koleksi haku.
Barangkali ini tengah shot untuk Spaderman 4 kot.


Sehari selepas itu haku berkesempatan lagi, luangkan masa pergi Sunway Seberang Jaya. Kepulangan haku tidaklah sia-sia. nak tahu apa yang haku bawa balik? ha.. Lawak Kampus edisi Novel, dari Jilid 1-5. Start dari kartun karya Keith yang biasa hinggalah luar biasa (Sempoi). Kandungan 562 muka surat, dan 18 berwarna. Lawak Kampus antara komik kegemaran haku, yang setiap jilid aku ada. Edisi novel nie keith buat khas untuk pembaca setianya. Sapa lagi korang-korang di luar sana semua la...


 Karya unggul Keith untuk para setianya.

 ini dia, 562 muka serat.

  Sampai esok pun tak habis baca.

Itulah cara haku untuk hilangkan kebosanan dalam diri, selain melukis, ke pantai, dan lepak-lepak bersama teman. Okay. Selamat membeli belah Komik mahupun toy.


Selasa, 1 November 2011

IN TIME: hidup dalam masa atau masa dalam hidup ?


Yes.. IN TIME lakonan Justin Timberlake dan Amanda Seyfried memberi kepuasan pada haku. Orang lain taktau la!!.. Bagi haku filem ini best, menarik dan memuaskan. Mulanya haku nak tengok Real Steel dan atas sebab-sebab tertentu jadi tak dapatlah haku tengok filem tu. Tapi dah terlanjur berada di Mega Cineplex, Megamall Prai haku ambil keputusan beli tiket, bagi filem In Time yang ternyata tidak mengecewakan haku.

Bagi haku filemnya tidak mengecewakan dan sangat best tengok dari mula sampailah habis (ending). Walau bagaimanapun, Pengajaran tetap ada dalam In Time. Dalam cerita ini masa itu sangat berharga bagi mereka dan masa membuatkan manusia Berlumba, Mencuri, Berlawan dapatkan masa untuk panjangkan jangka hidup mereka dan jadi lebih berkuasa. Dalam filem ini juga, tidak menggunakan sistem Mata Wang sebagai sumber jalani hidup seharian. Bahkan diganti dengan masa (TIME) yang sentiasa berada pada tangan seperti Jam. Masa ini juga sebagai punca utama yang boleh jalani hidup contohnya membayar tambang Bas, Membeli makan minum, bayaran Tol dan segala-gala yang selama ini mengunakan wang sebagai pelepasan. Bagi watak Hero dan Heroin dalam cerita ini, mereka menyifatkan mempunyai jangka masa hidup yang lama, bukan untuk seseorang malah untuk semua warga mafaatkan. Itu yang haku faham setakat ini..haha.

Lepas saja cerita tamat, haku fikir bagaimana kalau Allah memberikan Jam masa dan kita hadapi untuk hidup? pasti jawapannya tiada orang yang berani lagi untuk b'suka ria, keluar jejalan, tiada lagi masa untuk online Facebook dan mungkin haku pun tidak dapat menulis entri pada Blog ini!! Sebab masing-masing berlumba buat dan cari Amal Ibadat BETULL ?. Jadi Syukurilah dengan apa yang tuhan beri pada kita. Sujudlah padanya dengan 5kali sehari. Masa juga kan ?? hehe... Entri ini hanya berdasarkan permahaman haku tentang filem IN TIME semasa menonton semalam. Ehh kalau nak jelas lagi boleh baca kat blog Cikgu Fiq dia pun menceritakan pasal filem ini.


Ps: Jam tangan dicipta untuk jalani hidup seharian didunia. Bukan sebagai jangka masa Nyawa seseorang pada Jam masa itu. 

Sabtu, 15 Oktober 2011

Ini Lukisan 'HatiKu

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Tajuk Lukisan 'Inspirasi Batin'


by Damaseni

Tanpa soal juga selidik, terus pijak pada landasan yang reput. Bukan maksud untuk selindung apatah lagi kaliskan manis nada bicara. Aku juga punya perasaan, hatiku ber 'hak' memilih. Mengapa harus sangkal benda tak pasti. Bukan hati untuk menipu, bahkan sedaya kejujuran aku hulurkan. 'Inspirasi Batin', warna kekadang cerah kembali gelap, tiada ketiga dalamnya, sering berulang kepada asal. Hanya berpeluang sekali, tak akan pusing pandanganku pada yang lepas. 'Inspirasi Batin',


by Damaseni

Lukisan ini dasar meluah beku hati, dalam keadaan yang bergitu lemah. tanpa bicara tentang cerita, biar berlalu tak b'harap lagi. ini cerita aku, cerita pertemuaan dan pengakhiran. Terima Kasih 'sang Harapan'

Karya: Kartunis Damas
14 October 2011
11.54 malam

Isnin, 10 Oktober 2011

'Penang Teachers Art Circle'





Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u.

Mungkin korang dah dapat, tahu dulu berita ini daripada haku iaitu Pameran Perasmian Ulang Tahun PTAC Ke-47 'Penang Teachers Art Circle' Ehh yala, haku jenis tak pandai tengok 'email' selalu. hehe. maaf la yer. Okay.. tanpa buang terlalu banyak masa untuk b'cerita yang entah apa-apa, haku teruskan. 


Pameran ini akan berlangsung seperti tarikh dibawah:-

Tarikh   : 8 Oktober 2011 (Sabtu)
Jam       : 2.00 petang
Tempat : Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang (Penang State Art Gallery),
               Paras Bawah, Dewan Sri Pinang, 10200 Pulau Pinang.

Tarikh diatas itu sudah lepas dua(2) hari dah. Sebab haku baru check 'email' pada pagi ini. Tapi bagi para peminat Seni Tanahair anda juga dijemput kerana pameran ini terus berlangsung dari 3 hingga 28 Oktober 2011, jadi sempat la korang datang lagi, bagi pameran seni guru-guru ini. Perasmian saja yang tak sempatkan, so datang untuk melihat masih ada. :) 


'Terima Kasih kepada sahabatku'

Isian Hari Minggu - 01

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u. 

Yup hari nie 09hb jatuh pada hari Ahad. Isian hari minggu ini penuh dengan rancangan. Semalam haku terbangun dari lena pukul empat(4) pagi, mak aii terus haku online facebook. Yerr la bangun saja, terdapat burger disebelah haku, dengan adanya sekumpulan tentera semut yang bekerja pada waktu haku tengah tidur. So keluar dari bilik lantas ke bilik air untuk cuci mata dan basuh mulut(gosok jangan tak gosok.), terus capai burger tersebut dan makan. sebelum tu haku dah check-check sekeliling dah, Alhamdulillah tak ada semut didalamnya. Makan pun sudah, semua pun dah selesai. Muncul pula satu penyakit yang diberi nama 'tak boleh sambung tidur kembali' ahh itu la sebab haku online pepagi buto tu haa...Kes nie la, kes nie la sebabnya.

Masa online tu haku tengok ada tiga(3) orang yang still online pepagi macam nie, sorang perempuan dua lelaki. Ehh ada pula perempuan yang duk online waktu sekarang. emm lantak la. bukan haku kenal sangat, terus haku open chat dengan mamat 'M'. Haa.. dia nie bapa saudara haku, yang pernah haku ceritakan dulu. hee, tak payah la haku cerita apa yang haku chat dengan dia. Hal lelaki, apa kamu tahu? lepas itu last perkataan sebelum haku tidur kembali 

si M: 'wey, petang satgi hang free tak?'
haku: 'free la juga, kenapa?'
si M: 'aku nak ajak hang pi PCDEPOT, cari ram untuk komputer aku'
haku: 'emm okay ja, belanja haku la mcm tu..hehe' 'tapi satgi mai gerak haku'
si M: 'ha okay2.. jangan lewat sangat, dalam pukul dua(2) kita pi la..nanti hujan pula'
haku: 'baik la, ok assalamualaikum' 
yang dialog diatas nie saja boleh publickan.

Tiba la waktu yang dinantikan. Ehh bukan si 'M' yang kejutkan haku, tapi Messages dari DiGi yang kejutkan. 'sila buat isian semula, untuk terus nikmati kadar panggilan kami'. Puihh kalau haku tak isi pun apa yang kau(DiGi) sakit? cuma orang itu akan rasa kesunyian kerana haku tak messages dia :). Oppss ter...la..jak pula sampai ke situ. Okay-okay jam pun sudah pukul 2.30, janji pukul dua(2). Biasa la janji kami. Okay siap dah semua, start motor pakai helmet(biasala kami kan Mat Rempit,) ambil dia gerak terus ke Pcdepot seberang perai. Mula la sesi jual beli di dalamnya bla bla la la la.. dan bla lagi ..haha.

sebelum haku blah, haku sempat snap nie. sebab apa?
baca la.

Kami patah balik/pusing semula ke Pacific. Haku cuma nak cari 'selipar' sebab nak gantikan dengan 'selipar jamban' haku nie. Tak sangka pula ada Pertandingan Melukis, tapi haku tak pasti la dari pihak mana. Yang sure pown cina semua pesertanya. Tapi haku saja nak menilik siapa yang akan perolehi kejuaraan ini. Ahh macam lumba motor pula dengarnya. 

Suasana diPacific / megamall Penang. Meriah la 'jugak'


Yeahh,..ini lah yang haku maksudkan tadi. Budak perempuan
 yang berbangsa cina ini. Perhh pandai dia bermain dengan warna.
pantulan yang sangat naik.


 Ini pula budak lelaki, juga berbangsa cina. 
Lukisan dia boleh la juga, tapi terlalu banyak warna
yang garang, dan warna semula jadi tak ditutup dengan
teliti. Tapi mereka semua berbakat dan bagus.


Haa..tapi nasib yang ku sangka tadi tidak berjaya nampaknya. Beliau hanya menduduki tempat ke 2 atau 3.(tak ingat, cepat lupa haku nie) macam tu la. So apa-apa pun mereka dah cuba yang terbaik, cuma nasib dan kretif yang bezakan mereka. Teringat pula masa time sekolah, selalu masuk bila ada Pertandingan dan selalu dipaksa oleh kawan-kawan untuk naikkan nama kelas. itu ja..hahah.

Dah habis sampai penyampaian hadia, si 'M' mengadu lapar, eh haku pun sama sebab tengah hari tadi tak jamu apa pun satu. So dia dah janji nak belanja kan? hehe KFC juga dia pilih, bapa saudara haku nie jenis memahami orangnya, baik, bagus, untung haku selalu..Ha itu lah isian hari minggu haku pada minggu ini. Haku bukan kaki rayau sangat orangnya, kalau tak ada arah nak dituju memang tak gerak la haku nie..

tanya: korang suma pergi mana hari minggu ?
sumber gambar dari: n'set haku.

Isnin, 3 Oktober 2011

2020 Countdown Clock Urban Design Competition

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u 

Yes... insyaallah, kita akan dapat melihat lagi satu sejarah pembangunan yang bakal terukir untuk Negara Malaysia dan akan mengubah sebilangan wajah bagi Dataran Merdeka. So diluar sana yang inginkan rekabentuk dari Arkitek dan Urban Design ini menjadi satu perubahan dalam pembangunan Negara, boleh la korang 'vote'. Sokonglah, semoga ia terus menjadi kenyataan. Meh kita tengok gambar-gambar dibawah ini.

sorry gambar tak clear sangat, sebab ambil guna phone haku saja.

nie Dataran Merdeka, dekat padang. 
-Gambar dari Phone haku

yes dapat juga gambar JPEG dari blog tuan punya projek ini Mr. Eric Yong 
wahh Eric, den memang sokong mu 90% lah, lagi 10% kalau mu kasi design sama den lagi lah..muahaha. Nak tengok lebih jelas, sila klik pada gambar untuk besarkan.

korang nak tahu, rekabentuk ini tercetusnya idea daripada Bunga Kebangsaan 'Bunga Raya' dan Tangan Tengku Abdul Rahman ketika beliau angkat tangan semasa laungkan Kemerdekaan di Stadium. Tak percaya? haku ada bukti nie.

tengok, di ilhamkan dari bunga raya, dapat menjadikan sebuah bangunan..
-Gambar dari Phone haku.

ha.. Inilah yang dimaksudkan tu. Cuma korang lihat pada gamabr pertama Tengku dan ikuti anak panah pada gambar seterusnya, ada garis b'warna hijau dan mengikuti aliran tangan Tengku.
-Gambar dari Phone haku.

So kesimpulan rekabentuk ini adalah, ciri-ciri yang terdapat pada dalam Negara dan Sejarah Perdana Menteri pertama(Bapa Kemerdekaan)

P/s: Selalulah kita bangga dengan seni dan warisan Negara kita Malaysia. Kerana disini juga terdapat banyak keUnik kan dan Keistimewaan dan menjadi Malaysia negara mencapai tahap pembangunan yang Moden.


P/s: jangan lupa teruskan sokongan padu anda,untuk pembangunan Malaysia.


-Maaf. Kualiti gambar tidak memuaskan, nanti haku cuba dapatkan soft-copy dari Encik sagu (Mr. Eric) :)


Ahad, 2 Oktober 2011

Malam ku dan Sejarah kamu

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Hi, hi, hi and hi.then i say hi again (BI songsang).. okay kita teruskan penceritaan.
Di kala matahari mula pulang sang bulan pula take over tempatnya. :) emm cuti haku hanya sehari iaitu ahad sahaja, sabtu haku still keja tapi half-day. So...petang itu haku lepak la di Plaza Gurney nak lepaskan tekanan kerja sambil tengok pertandingan 'RED BULL MONKEY RUN' best la juga sebab haku dapat gelak kan mereka yang terjatuh and tak dapat ke pusingan seterusnya(huahahahahah) macam tu la gelaknya.

Pukul 3.25 minit petang kawan haku sesama sekolah telah tiba(reunion berdua saja). sBukan lagi-lagi happy malah bertambah kebosanan. Mula-mula plan nak pergi tengok wayang tapi cerita pun macam tak menarik ja. Lalu kami turun dan dia ajak haku ke pusat bisnes dia(Kedai Bundle milik kawan kepada kawan haku tapi kawan haku yang punya) *mesti korang tetiba keluar dari otak benda ini "?" pandai-pandai fikirlah, sebab dah besarkan. Tapi kedai bundle ini penah dikunjungi oleh beberapa orang hebat antaranya Pakdin Sk8, Shizuka, dan lain-lain lagi.

Selang 2jam kemudian seorang mamat berambut panjang, berbaju kuning seperti Retro datang dan tercetuslah fenomena perbualan kami 'Hey bro, lama gua tak nampak lu ah. Semakin sihat lu ya, dah kerja, ada kerjaya...Pastu dia cakap lagi 'lu nie gua tengok,  hensem, smart, bergaya, muka pun cute*nie saja tambah, tapi bila fikir memang ada pun semua tu ;) '. Then dia keluarkan sehelai kertas dari begnya yang agak barai jugak lah dan hulurkan kepada haku, sambil mulutnya b'bicara 'jom ar bro, join gua. Lu pun dah lama tak turun sekali gua, ke lu lupa gua?' 'mana ada beb, gua sentiasa ingat member-member gua walaupun kita dah tak satu alam,zaman.' . Haku pun ambil kertas tadi then tengok "UNDERGROUND GIG bersama GANG BUSTER" dah member baik yang ajak, so haku pun pergilah Gig itu yang berada di Penang Jetty.

Lagipun haku dah lama tinggal muzik-muzik keras, Oi!, Punk, dan sebagainya yang berada dalam aliran Underground. Bila dah masuk then dengar 'oohh teringat seperti zaman persekolahan dahulu yang penuh dengan zaman kegembiraan dan kegelapan' Tapi mungkin ini memang betul-betul last untuk haku kembali ke zaman itu.Sekarang layan Indie and Retro sudah kan. Lebih nyaman dan syahdu. 


      
 Okay nie lah wajah-wajah band Gang Buster Penang.

Haku bukan nak cerita sangat pasal band ini. Takut ada sesetengah pihak tak suka pula. So haku akan cerita tentang kewujutan dan sejarah Gig (tempat mereka buat persembahan ini). Yes tempat yang diadakan gig ini sebenarnya dah lama ditubuhkan masa tu haku pun masih Sekolah Rendah, dan haku kerap pergi waktu ku Sekolah Menengah. Korang nak tahu apa sejarah yang paling dibanggakan. Haa meh haku cerita... Ya tempat ini juga menjadi kegilaan band-band dari luar seperti UK and Jamaica. Wah itu antara band dari luar Negara. dan bagaimana band didalam/ local pula. Band tempatan adalah Bunkface, dulunya hanya sekadar main di gig, disini jugalah mereka bermain dan waktu tu tak pernah dengar dengar bunkface So sekarang wahh tanya ja pada budak-budak sekolah, semuanya dah mengenali seperti lagu 'Situasi' yang first dipopularkan oleh Media dan Radio Xfm. 

Dan juga band lagenda iaitu 'Shizuka' yang popular dengan lagunya 'Redline' lirik dia macam nie And when people step out this redline, I will never let them to go. Masa nie haku masih kecil lagi dan ramai diantara kita yang memperkata dan ingatkan Shizuka nie adalah band dari luar Negara dan bukan local band. Tapi silap sebab mereka adalah 100% band Malaysia, band kelahiran Ipoh, Perak. Di sini jugalah tempat mereka penah buat persembahan sebelum mencipta nama didunia luar. Ramai lagi sebenarnya artis-artis yang dari Underground mulanya dari sini.

Disini adalah video yang haku hadiri gig's semalam
Maaf kerana video ini ada unsur-unsur Skinhead dan Punk. (Agak keras)
Sound pown tak berapa clear sangat. Sorry ye.

P/s: Haku ingin melihat band-band tempatan tambahan di isi dengan anak-anak mudah pergi lebih jauh dan bukan sekadar main Underground.

-Sumber Gambar dari handphone haku sendiri.
-Sumber Video juga dari sumber yang sama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...