Sunday, April 1, 2012

Pameran Seni 03 April 2012 'BALAI SENI LUKIS NEGERI PULAU PINANG'

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Alhamdulillah permulaan bicara haku. 

Yeah! setelah sekian lama.. tidak lagi kaki ini jejak pada alas, Balai Seni Negeri Pulau Pinang. Inilah limpahan peluang dikatakan. 31 March 2012 pada pukul 3.40pm aku melarat ke sana, hasrat nak la tengok gantian Lukisan 2011 tapi telah ditutup, sebabkan ada hal katanya. Lepas tu terjumpa pula dengan kenalan se'Seni'. Sembang di tangga, be'gelak tawa dan tanyakan khabar. Itu la perbualan kami sekian lama tidak sua muka.

Dah separuh jalan kami sembang. Jam pun hampir pukul 4.40pm. Galas beg nak masuk la, takut terlewat pula. tut-tut! Mr. Abdullah aka Pakab hulurkan aku senaskah Buku 'Pameran Pertangingan Seni Lukis Terbuka Pesta 2011' . Kata ku padanya 'alahai, kenapa susah-susah, den pun boleh pi ambil sendiri apa?' balasnya 'Emm memang saja aku turun, nak hisap rokok, tapi dah nampak hang. Bawak sekali la.' 'Terima Kasih' last sekali.


Memang setiap tahun BSLPP alan adakan Events. Tapi haku saja yang tak dapat pergi, ekoran waktu yang sangat padat. So hanya kawan-kawan saja yang kirimkan photo-photo, di Pameran yang lepas-lepas. Ataupun mereka be'cerita. Cukuplah sekadar berkongsi walaupun haku tidak dapat hadir. Trimas! geng.







Ok. Hasrat hati nak tengok pameran baru. Tapi macam-macam hal pula. Tapi takpa la. Mungkin belum dibawa masuk lagi. Yang menjadi pertanyaan haku tu 'kenapa la aku diberitahu dalam SMS, yang Pameran baru tu akan gantung pada hari nie'. Oh! rupa-rupanya silap baca daa.. Yang betulnya, nak di buat pembersihan tempat, untuk Lukisan baru. Akan dibuat pameran pada 03 April 2012 (Selasa) ini. Haku yang silap dengar. So jom kita kunjungi seramai yang boleh? Sebab haku pun akan berada disana pada jam 5.00 / 5.30pm. Perasmian akan di adakan lingkungan jam itu. Oleh Dato Omar barangkali, lupa da aihh!.


Pameran di aras atas

Karya dari Indonesia. Nama dah tak ingat.
korang boleh la datang untuk tengok sendiri. "Percuma"

Malaysia Artis (nie lukisan lama)
masih ingat waktu tu.

Watercolour on Paper

Jadi, kepada sesiapa yang terbaca entri haku nie. Sila oh sila la ke Perasmian Pameran yang akan di ada kan, pada 03 April 2012 ini, pada hari Selasa pukul 5.00 petang di BALAI SENI LUKIS NEGERI PULAU PINANG. 

JUMPA ANDA DISANA. 'Klik'


2 comments:

Sandra Azwan said...

macam best jer....

Kartunis Damas said...

Rasa memang best..
Datang pasti seronok..
Melihat memberi kepuasan..

meh2, kot2 dapat ilham baru dlm rekaan.. ye tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...