Tuesday, August 9, 2011

Sampai tempat kerja 9.34am


Assalamualaikum :)


Semalam haku ke tempat keja lambat gila, pukul 9.34am baru masuk ofis. Mahu taknya,
jam sebelum nak masuk jambatan lagi start dari juru hingga ke hujung Jambatan Pulau Pinang.
Mak aii.. panjang gila jam kali nie. Walaupun haku naik moto ja tapi haku tetap teperangkap
dalam situasi itu.

Bila ja haku sampai di tengah-tengah jambatan PP, haku terlihat dua buah kereta Myvi hitam
 dan kelabu. Yang kelabu tu dah bermusing-musing dah, oleh kerana pelanggaran kuat kot.
Kemalangan se'begitu di sejarahkan sebagai kemalangan paling teruk pada tahun ini.

Tapi Alhamdulillah haku sampai tempat kerja dengan selamat (Syukur Allah)

Dibawah ini haku copy and paste berita dari myMetro online .
Jadi korang bolehlah baca berita selanjutnya ,nak print sekali pun boleh. Sebb ada logo
printer, maknanya dibenarkan. hehe

...................................................................................................................................

Lima nahas
Tanda ArtikelE-mel ArtikelCetak ArtikelBerita oleh: Zulfa Mohamad dan Rudy Syareme
Sheriffudin     
BUTTERWORTH: Lima kemalangan dalam tempoh satu setengah jam termasuk satu
kemalangan maut menyebabkan kesesakan lebih tujuh kilometer selama kira-kira empat
jam menghala ke Jambatan Pulau Pinang (JPP) dari Seberang Prai disifatkan antara
kemalangan terburuk tahun ini.

Kemalangan pertama berlaku jam 6.35 pagi menyebabkan kesesakan berlaku di
Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Sungai Dua selain Juru, Jalan Chain Ferry dan
Jalan Perusahaan menghala JPP ketika orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja.

Turut terbabit dalam kemalangan, jurugambar The New Straits Times Press(M)Bhd (NSTP),
Asman Ibrahim yang dilanggar motosikalnya ketika mengambil gambar kemalangan atas
JPP. Pengurus Operasi Kanan Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB), Asnor Ali, berkata pada
mulanya satu kemalangan maut berlaku di Kilometer 5.1 JPP membabitkan penunggang
motosikal dengan treler jam 6.35 pagi.

Katanya, kemalangan kedua jam 7 pagi membabitkan empat kenderaan di Kilometer 4.8
atas jambatan menghala pulau, manakala kemalangan berasingan juga membabitkan
empat kenderaan di Kilometer 138.2 menghala plaza tol.

Menurutnya, pada jam 8.06 pagi pula, satu lagi kemalangan di Kilometer 6.2 di
arah menghala Seberang Prai babitkan tujuh kenderaan.

“Selain itu, berlaku kemalangan kecil di Kilometer 6.2 menghala pulau membabitkan
dua kenderaan.


“Kemalangan hari ini (semalam) mungkin sejarah paling buruk bagi JPP kerana
membabitkan banyak kenderaan dalam tempoh beberapa minit,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang, Deputi Superintendan
Abd Rahim Din berkata lelaki warga emas yang maut dikenali Azhar Pawanteh,
52, dari Lunas, Kedah yang dalam perjalanan dari rumahnya ke tempat kerja di
sebuah kilang perindustrian di Bayan Lepas.


Menurutnya, mangsa dipercayai dirempuh treler yang menghala dari arah
Butterworth ke bahagian pulau.

Katanya, akibat rempuhan mangsa jatuh dan menghembuskan nafas terakhir
di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ)
untuk bedah siasat.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...