Khamis, 13 September 2012

Saat penulisan dimulakan



Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Ini adalah saat aku terjerumus kembali, dalam dunia blog. Walhal aku masih tidak punya banyak waktu.Dek kerna kesibukan kota..Ehh!, dah pahal bunyi macam indon pulak nie. Okay kali nie aku boleh la mengarang blog. Tak banyak, sikit pun jadilah kan. So sekarang agak sibuk, walaupun dah berhenti kerja sebagai Planning Designer. Sibuk dok angkat Dedak Ayam, Kambing, Burung cak rumah, Burung kasawari, Burung kakak muda, Burung hantu, Itik, Rusa, Unta, Kuda, dan banyak lagilah dedak makanan Haiwan nie. Ialah kuli la katakan, mesti la dipaksa kerja seharian..Fuhhhh!! letih bak hang..

Jadi sekarang, aku nie rindukan Teman-teman blogger, akak-akak blogger, adik-adik blogger, nenek-nenek blogger, cucu cicik blogger dan jugak burger. okay lawak tak jadi.!. Semenjak berhenti kerja kan, hidup aku masih mencari sinar lampu minyak tanah. Tak jumpa-jumpa. Masa mula-mula nak tulis taip surat rasmi untuk resign tu, tangan jadi ketaq semacam dah macam pesakit Parkinson pulak. Tapi teruskan jugak tujuan aku tu. Sehinggalah ditandatangan yang terakhir. Lepas tu letak atas meja Boss terus blah. Hantar pun time last opis hour. Sebab takut dia panggil..Takut di pujuk dan terus tak jadi benti kerja.

Esoknya Bos hantar mesej 'Hello..Selamat Siang, kenapa ni? ada apa masalah, boleh saya tolong? saya tak mahu kehilangan Pekerja Terbaik saya'. Aku tak reply pun sebab kredit tak ada da.. Selang beberapa minit kemudian, dia call tanya aku 'Apa masalah ni dam, boleh saya tolong kamu?' 'tak ada apa bos, saya kena bekerja dengan ayah saya. Tolong dia.' jawab aku. balasnya pulak 'Oo..betul jugak, family kena utamakan dulu..' Diaammm ja antara aku dan bos aku. tut-tut dia cakap, 'Ehh kamu nak tak kerja dirumah. Buat sambilan Plan? gaji kira macam biasa, cuma potong duit perjalanan saja. Saya pergi pasang mesin fax kat rumah kamu, guna komputer company..mau?' aku kata kat dia 'Nanti saya fikirkan dulu ye bos.' Padahal memang aku tak mau. Aku berhenti sebab aku nak rehat dari dunia Designer ni. Letih wey.

But..Sekarang ni aku dah jadi kuli di Abira Enterprise. Syarikat milik penuh Bumiputra. Pengedar Makanan Haiwan ternakan seperti yang tertulis diatas tadi. Kat tempat kerja aku tu tak ada internet conet. Itu yang tak berOnline sangat tu. Time balik rumah dah letih,tidur. So tak dapat nak bertentang mata dengan screen laptop nie haa.. Itu ja nak cerita setakat ini, okay lah apa-apa pun terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk baca penulisan aku nie. :)

Sabtu, 18 Ogos 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Disini haku ingin memohon seribu kemaafan di atas kesilapan yang berlaku tahun ini. Sekiranya ada yang terasa hati mahupun terluka, sejuta-juta maaf lagi sekali. 0-0 okay :)

Selamat Hari Raya Semua :)




Sabtu, 21 Julai 2012

Selamat Jalani Ibadah Puasa

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Dari blog ini haku ingin mengucapkan, Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak, kepada rakan-rakan seIslam, rakan seperjuangan, rakan facebook, blogger dan pembaca blog ini. Harap Ramadhan kali ini lebih bermakna.

by: Damas



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...