Rabu, 28 Mac 2012

Sibuk Cebok!

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u


Haaluuo! Hampa apa Habaq? tu dia keluaq Penang dah. 

Aduss..Sekarang nie haku dah jarang online. Bukan setakat online, mandi pun dah jarang..hee. Ada bau tak ? Entah lah sejak dua menjak nie, kerja bertambah-tambah banyaknya. Kesini lah, ke sana lah sampaikan makan pun dah lupa. Mana taknya. Dengan kerja dekat ofis lagi dekat rumah lagi. Dua-dua kerja tu sama jugak. Di ofis haku melukis dan di rumah pun aku masih melukis. Yang beza cuma dari segi lukisan saja la. Naik jemu la jugak kekadang.

Sampaikan kepala nie tak mampu nak tanggung bebanan. Penadol ActiFast lah teman haku, dikala berlaku sedemikian. Naik pusing dibuatnya. Ini baru saja aku Submit Pelan IVORY, Island Resort..Dah datang lagi. Nak buat macam mana, kerja nama pun kan. Itu sebab mood pun kurang. Nak online tak da mood, bercakap pun  tak da  mood, makan tak da mood, melayan kekawan lagi tak da mood. Lepas tu bertambah lagi satu kerja, nak jadi pekebun Cili pulak dah. Entah boleh entah tidak. Haku pun tak tahu lah.

Yang kat rumah pula, haku sedang sibuk menyiapkan Komik. Asyik tidur lewat-lewat malam pulak sekarang. Tak tahu la bila agaknya komik tu nak diterbitkan?!. Selalu buat separuh jalan, sambung esok, esok ke lusa, lusa ke...ke apa? ke tong sampah? emm mudah-mudahan biarlah selesai segala pe'masalahan ini yee.. 

Hanya sekadar hiasan Pribadi. Komik yang disebut
sedang dalam pembikinan. Tak boleh di Publish kan lagi.


Hari nie kerja haku, kena siapkan satu lagi projek. Design Swimming Pool untuk Mr. Lim Beng Kit. Satu hari ngadap komputer, naik juling dah mata nie. Akhirnya siap jugak time-time nak balik tu..Alhamdulillah dah selesai satu kerja. Nasib baik tak kena tidur ofis kan..kalau tak, memang tak mandi lagi la haku kan. haha.

Inilah Design yang haku buat pagi tadi. Family Swimming Pool 
Untuk Mr. Lim. 87% kesiapan dia. Belum di Check oleh si boss.



Itulah kerja haku setiap hari. Nak kata rehat, memang tak ada langsung. Letih bak hang. Tak bermaya, bukan luna maya. Baik lah teman-teman, guew mahunya tidurr dong. Udah penah bangat seharian kerja. Sapa sih ambilnya peduli sama guew.(tetiba sebut luna maya, Indon la pulak cakapnya). Ok, Good Nite beb. 

5 ulasan:

nooghulegha berkata...

amboi busynya dia. jangan lupa rehat tau. jangan lupa mandi jugak.hehe take care adik!

Damas berkata...

yeahh!memang sngat padat masa skrg nie kak..
haha..xda masa dah skrg. tp mandi jugak lah. pkul 2,3 pagi prgi mandi..
thanks akak.

CYCY's AMIRUDIN berkata...

kami nanak komik ampa nnt !

CYCY's AMIRUDIN berkata...

nak komik tu nnt !

Damas berkata...

ahahz..buleh klu dah siap. tp tuh la, proposal xbuat lg. maknanya lambat la..byak keja skrg. tu yg duk tnguh2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...