Selasa, 11 Oktober 2011

Ya Allah, Apa Suda Jadi ?

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Arrr..tetiba pagi nie tak ada mood nak pergi kerja . Sebabnya masih dalam keadaan tertekan, 'sebab'nya sekali lagi, kerja orang pun haku kena buat. Emm nak buat macam mana kan, terpaksa la ikutkan. Makin lama makin bertambah-tambah. Sekejap nak kena lari sini, sekejap lari sana lama-lama lari balik rumah..ohh no!

Baiklah kita terus sambung story tadi. Pagi nie macam biasa, bangun tidur, mandi. Dengan tuala masih ditubuh(seksi gitu) Ahh haku pun ambil kemeja dan seluar slack niat nak gosok la. Tetiba terbantut. Tahu kenapa ?? meh den tunjuk meh. 



Ahh sudah.. Haku dengan tekanan yang amat tinggi 'ini la jadinya' dan tetiba haku boleh pergi gosok dari dalam. Eh selalu okay ja kan...sebab haku gosok dari luar. Tak pula haku perasan yang kain untuk pocket seluar tu mudah terkoyak. Dah tu haku pasang pula volume tinggi, yang paling hot gila bangang lah. Kejadian ini sekelip mata saja. Baru letak dah jadi macam ini..

Ohh No..!! tak sangka.

Lepas ja kejadian itu, haku terus tak ada mood untuk pakai baju kemeja. Terus haku ambil seluar jeans dan kenakan dengan t-shirt putih bebelang merah dan hitam (senang kerja kan. Pakai macam nie pown still boleh bekerja juga.). Apa jadi dengan seluar di atas itu? entah la.. haku letak di tepi, tempat iron tadi tu. Dengan harapan agar 'Mak' haku tengok dan betulkan semula yang dah tak betul tu. Lagipun haku kan anak paling manja dalam kalangan anak-anaknya yang lain. Okay ini lah cerita pagiku.

Ini adalah kejadian pertama yang haku alami, so nak mengelakkan kejadian ini berulang kembali 'terpaksa la haku kahwin awal :) *gatal pula dah'. 

P/s: janganlah korang berada dalam keadaan sebegini. kerana akan menyebabkan berlaku benda yang tak di ingini, malah lebih teruk dari ini :)


6 ulasan:

naqiah berkata...

elok sgt la 2.. cepat2 kawen.. hoho

haniesaad berkata...

cepat2 la beristeri. tp pastikan calon isteri tu spesis yg rajin iron baju. heh!

Kira Sakura berkata...

hahaha....yg pegi bkak volume tinggi skali sape suh... :p

nooghulegha berkata...

hahaha adik nie patut kawin la. cept2 sikit.

Tanpa Nama berkata...

iron bju sambil angau apa. hihi (^^)

Damas berkata...

@cintatulip: haha, mmg nak kawin nie. tapi lepaih x.
@haniesaad: Huiss, nak kena cari btul2 la, kang lebih kurang mcm bujang.
@kiera'sakura: Tah, tetiba jadi xbtul dah. haha.
@kak mira: emm tu la, tpi masalah. haha.
@fara: gagaga. tak cukup tido smlm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...