Khamis, 13 Oktober 2011

Semalam hari yang 'Terakhir'

  Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Hari nie den nak cerita tentang semalam. Kenapa semalam, apa yang jadi ? opps.. den cuma nak bagi tau dekat korang, yang kiosk my sister dah tutup. Terakhir iaitu pada 12hb Octebor 2011, semalam la kan. Kenapa pula tutup? tak laku, tak jalan, tak ada sambutan ? banyak persoalan pula.. tak macam ni, kakak den dah start bekerja di Perpustakaan Desa dekat dengan kampung den, memang dekat sangat lah. 

So oleh sebab tak ada siapa yang nak membantu dan 'take over' perniagaan cupcake 'nya' itu, maka terpaksalah ditutup. Kalau nak harapkan den, owhh memang tak la. Sebab den balik kerja pukul 5ptg, pula tu dari tempat kerja den ke Econsave tu dah makan masa sejam. jadinya tak sempatlah. Takkan nak buka dari pukul 7mlm sampai 9.30mlm. Berapa jam sangat nak buka.

Itu sebab kakak den ambil tindakan 'menutup'. Lagi satu, sebenarnya den ni tak berminat berniaga-berniaga ni. Den minat apa pun den tak tau. Memang darah meniaga tak turun dekat den. Barangkali ia turuk kepada Atuk, Ayah, Kakak sulung, dengan Kakak kedua den saja. Jadi itu tak memberi kecemburuan langsung kepada den. Semalam den sempat juga, tolong tutup kiosk dia. Jadi la, ada juga nama kat situ(tolong tutup)..miahaha :) 

Nie dah sesi terakhir 'memunggah' barang-barang dalam dan luar kiosk



Den tolong jugak okay. Walaupun sekadar memutar screw.
Ehh apa hal pergi buka itu pula Damas?
takkan kiosk-kiosk mu nak bawa balik..!! adoii.

Jadi lepas ni tak ada lagi la cupcake dari 'Chinta Damiya Enterprise'. Tapi kalau yang berminat dan berada disekitar Seberang Prai boleh la contact melalui talian '017-527 0408 (Eyna)' @ facebook Chinta Damiya. Dan di bawah ini adalah gambar-gambar Cupcake dan juga Coklat. Sesuai untuk Majlis Pertunangan, Kahwin(boleh buat hantaran sekali), hadiah, dan makan dengan Awek pun boleh(suap-menyuap).





Ini ja yang den sempat snap sebab, den tak sabar nak memakan 'nya'.
okay,

P/s: Boleh tak korang mainkan lagu 'lagu untukmu' by Meet Uncle Hussin, sebab si Farah nie ha, nak dengar. :)

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...