Sunday, October 2, 2011

Malam ku dan Sejarah kamu

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Hi, hi, hi and hi.then i say hi again (BI songsang).. okay kita teruskan penceritaan.
Di kala matahari mula pulang sang bulan pula take over tempatnya. :) emm cuti haku hanya sehari iaitu ahad sahaja, sabtu haku still keja tapi half-day. So...petang itu haku lepak la di Plaza Gurney nak lepaskan tekanan kerja sambil tengok pertandingan 'RED BULL MONKEY RUN' best la juga sebab haku dapat gelak kan mereka yang terjatuh and tak dapat ke pusingan seterusnya(huahahahahah) macam tu la gelaknya.

Pukul 3.25 minit petang kawan haku sesama sekolah telah tiba(reunion berdua saja). sBukan lagi-lagi happy malah bertambah kebosanan. Mula-mula plan nak pergi tengok wayang tapi cerita pun macam tak menarik ja. Lalu kami turun dan dia ajak haku ke pusat bisnes dia(Kedai Bundle milik kawan kepada kawan haku tapi kawan haku yang punya) *mesti korang tetiba keluar dari otak benda ini "?" pandai-pandai fikirlah, sebab dah besarkan. Tapi kedai bundle ini penah dikunjungi oleh beberapa orang hebat antaranya Pakdin Sk8, Shizuka, dan lain-lain lagi.

Selang 2jam kemudian seorang mamat berambut panjang, berbaju kuning seperti Retro datang dan tercetuslah fenomena perbualan kami 'Hey bro, lama gua tak nampak lu ah. Semakin sihat lu ya, dah kerja, ada kerjaya...Pastu dia cakap lagi 'lu nie gua tengok,  hensem, smart, bergaya, muka pun cute*nie saja tambah, tapi bila fikir memang ada pun semua tu ;) '. Then dia keluarkan sehelai kertas dari begnya yang agak barai jugak lah dan hulurkan kepada haku, sambil mulutnya b'bicara 'jom ar bro, join gua. Lu pun dah lama tak turun sekali gua, ke lu lupa gua?' 'mana ada beb, gua sentiasa ingat member-member gua walaupun kita dah tak satu alam,zaman.' . Haku pun ambil kertas tadi then tengok "UNDERGROUND GIG bersama GANG BUSTER" dah member baik yang ajak, so haku pun pergilah Gig itu yang berada di Penang Jetty.

Lagipun haku dah lama tinggal muzik-muzik keras, Oi!, Punk, dan sebagainya yang berada dalam aliran Underground. Bila dah masuk then dengar 'oohh teringat seperti zaman persekolahan dahulu yang penuh dengan zaman kegembiraan dan kegelapan' Tapi mungkin ini memang betul-betul last untuk haku kembali ke zaman itu.Sekarang layan Indie and Retro sudah kan. Lebih nyaman dan syahdu. 


      
 Okay nie lah wajah-wajah band Gang Buster Penang.

Haku bukan nak cerita sangat pasal band ini. Takut ada sesetengah pihak tak suka pula. So haku akan cerita tentang kewujutan dan sejarah Gig (tempat mereka buat persembahan ini). Yes tempat yang diadakan gig ini sebenarnya dah lama ditubuhkan masa tu haku pun masih Sekolah Rendah, dan haku kerap pergi waktu ku Sekolah Menengah. Korang nak tahu apa sejarah yang paling dibanggakan. Haa meh haku cerita... Ya tempat ini juga menjadi kegilaan band-band dari luar seperti UK and Jamaica. Wah itu antara band dari luar Negara. dan bagaimana band didalam/ local pula. Band tempatan adalah Bunkface, dulunya hanya sekadar main di gig, disini jugalah mereka bermain dan waktu tu tak pernah dengar dengar bunkface So sekarang wahh tanya ja pada budak-budak sekolah, semuanya dah mengenali seperti lagu 'Situasi' yang first dipopularkan oleh Media dan Radio Xfm. 

Dan juga band lagenda iaitu 'Shizuka' yang popular dengan lagunya 'Redline' lirik dia macam nie And when people step out this redline, I will never let them to go. Masa nie haku masih kecil lagi dan ramai diantara kita yang memperkata dan ingatkan Shizuka nie adalah band dari luar Negara dan bukan local band. Tapi silap sebab mereka adalah 100% band Malaysia, band kelahiran Ipoh, Perak. Di sini jugalah tempat mereka penah buat persembahan sebelum mencipta nama didunia luar. Ramai lagi sebenarnya artis-artis yang dari Underground mulanya dari sini.

Disini adalah video yang haku hadiri gig's semalam
Maaf kerana video ini ada unsur-unsur Skinhead dan Punk. (Agak keras)
Sound pown tak berapa clear sangat. Sorry ye.

P/s: Haku ingin melihat band-band tempatan tambahan di isi dengan anak-anak mudah pergi lebih jauh dan bukan sekadar main Underground.

-Sumber Gambar dari handphone haku sendiri.
-Sumber Video juga dari sumber yang sama.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...