Thursday, October 27, 2011

Kotak Hati Para Laki

Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u

Cerita ini hanyalah rekaan semata, tiada kena mengena dengan hidup dan mati.
Ini adalah Karya Asli Damas.

Detik itu pada kegelapan malam, seperti biasa harinya. Ajim menghirup bayu malam ditemani Kamal, keliling kampung. Dengan motorsikal serba kekurangan sambil gurau ketawa mereka berdua   "bagaimana kalau kau kahwin dengan orang tua?"  soal Ajim sambil ketawa kecil.  "Andai aku kahwin dengan orang tua nanti, biarlah umurnya 80 tahun keatas"  jawab Kamal begitu tenang sekali. Tanpa mengambil masa Ajim terus soal pada Kamal.   "Ehh kenapa pula 80 tuhun, itu kan tua sangat kamal"  sambil memulas pemegang minyak untuk menambahkan sedikit kelajuan motorsikal itu. Kamal pun jawab soalan yang diajukan padanya itu  "iyala..kalau tua cepatlah isteriku mati, lalu segala Wasiat harta milik aku pula."    ."kau yakin dia akan wasiat segala harta pada kau? rasaku tidak.. Anak-anaknya akan perolehi semuan itu.. dan kau tidak dapat walaupun sebesar kuih tepung talam...hahaha."   nada perli Ajim dengan ketawa besar.  "Apa susah..dia dah mati aku kahwin pula dengan anaknya.."  senyum dibibir terlihat pada wajah Kamal yang pantas menjawab tekaan Ajim padanya. Selang tiga minit  "Gila kau"  Ajim bicara kecil. 

Pada malam yang sama  Ajim dan Kamal bersiar-siar, Saat itu bermula lah Episod 'Hitam' dalam hidup sang lemah 'Ain Kaisya'. Seorang gadis sopan santun beserta perwatakan bergitu indah. Bekerja sebagai staff  Kedai Serbaneka. Pada minggu ini adalah shift 'nya' bermula pada jam tiga petang dan berakhir pada jam sebelas malam. Pulangnya keseorangan seperti kebiasaan. Tiada jemputan istimewa mahupun diiringi sesiapa,  kerana beliau Anak Tunggal bahkan yatim piatu. Jalan pulangnya pada Lorong tanah kecil di Kampung Pandan, ditambahkan bunyi-bunyian burung sang Hantu yang sentiasa bersuara ketakutan, juga hutan menjadi penghias perjalanannya. Dalam tidak sedar, perjalanan Ain Kaisya diperhatikan mata-mata yang sentiasa tajam dan jiwa bergelora nafsu, mengikuti setiap langkah perjalanannya pulang untuk berteduh dan beradu keletihan.

Hati Ain Kaisya berbisik tanda tanya  "Ishh..kenapa hati berasa tidak sedap ni..macam ada yang mengikuti perjalananku..".  Lantas kaki mempercepatkan langkah, terhasil lah debu-debu yang terdapat pada Lorong tanah kecil itu. Belum sempat menyusun langkah yang ke lima, sebujur tubuh sasa menyambar erat tubuh Ain Kaisya hingga jatuh dibahu jalan dan diheret ke semak samun bersebelahan. Suasana yang membatasi penglihatan hanya disuluh Cahaya samar Bulan, tidak dapat jelaskan wajah si Jahanam itu. Suara kuat meronta-ronta pertolongan menjadi kecil kerana tidak berdaya melawan asakan Syaitan bertopengkan Manusia.

Sambungan Cerita ini akan di tulis kemudian waktunya.


4 comments:

farah hanim said...

lee
ader smbgn pulak
heee

Kartunis Damas said...

haha.. sabar, dan tgu smpai hbis nanti. cehh mcm hbat.
lgpun otak jam dah..

Noorul Amera Adnan said...

wahhh pandainyee dia mengarang. cept2 sikit smbg xsabaq nak baca nie >.<

kim heeruul said...

part yg akhir tu suspen..
sambungan nye bila ?hik hik hik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...