Selasa, 1 November 2011

IN TIME: hidup dalam masa atau masa dalam hidup ?


Yes.. IN TIME lakonan Justin Timberlake dan Amanda Seyfried memberi kepuasan pada haku. Orang lain taktau la!!.. Bagi haku filem ini best, menarik dan memuaskan. Mulanya haku nak tengok Real Steel dan atas sebab-sebab tertentu jadi tak dapatlah haku tengok filem tu. Tapi dah terlanjur berada di Mega Cineplex, Megamall Prai haku ambil keputusan beli tiket, bagi filem In Time yang ternyata tidak mengecewakan haku.

Bagi haku filemnya tidak mengecewakan dan sangat best tengok dari mula sampailah habis (ending). Walau bagaimanapun, Pengajaran tetap ada dalam In Time. Dalam cerita ini masa itu sangat berharga bagi mereka dan masa membuatkan manusia Berlumba, Mencuri, Berlawan dapatkan masa untuk panjangkan jangka hidup mereka dan jadi lebih berkuasa. Dalam filem ini juga, tidak menggunakan sistem Mata Wang sebagai sumber jalani hidup seharian. Bahkan diganti dengan masa (TIME) yang sentiasa berada pada tangan seperti Jam. Masa ini juga sebagai punca utama yang boleh jalani hidup contohnya membayar tambang Bas, Membeli makan minum, bayaran Tol dan segala-gala yang selama ini mengunakan wang sebagai pelepasan. Bagi watak Hero dan Heroin dalam cerita ini, mereka menyifatkan mempunyai jangka masa hidup yang lama, bukan untuk seseorang malah untuk semua warga mafaatkan. Itu yang haku faham setakat ini..haha.

Lepas saja cerita tamat, haku fikir bagaimana kalau Allah memberikan Jam masa dan kita hadapi untuk hidup? pasti jawapannya tiada orang yang berani lagi untuk b'suka ria, keluar jejalan, tiada lagi masa untuk online Facebook dan mungkin haku pun tidak dapat menulis entri pada Blog ini!! Sebab masing-masing berlumba buat dan cari Amal Ibadat BETULL ?. Jadi Syukurilah dengan apa yang tuhan beri pada kita. Sujudlah padanya dengan 5kali sehari. Masa juga kan ?? hehe... Entri ini hanya berdasarkan permahaman haku tentang filem IN TIME semasa menonton semalam. Ehh kalau nak jelas lagi boleh baca kat blog Cikgu Fiq dia pun menceritakan pasal filem ini.


Ps: Jam tangan dicipta untuk jalani hidup seharian didunia. Bukan sebagai jangka masa Nyawa seseorang pada Jam masa itu. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...