Jumaat, 26 Ogos 2011

Niat Hati Tercapai Juga


Assalamualaikum sahabat

Heemm sebenarnya entri nie haku buat semalam, oleh kerana cable telekom dicuri/potong terpaksalah haku update pada hari ini.

Semalam haku dapat berbuka puasa di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) dekat seberang jaya bersama para Ustaz-ustaz ,Ustazah serta Anak murid sekolah tersebut. Alhamdulillah dengan berkat dah rahmat yang maha esa aku ke Sribu tanpa halangan walaupun hujan lebat.

Alhamdulillah juga kerana Pelajar-pelajar disekolah itu masih lagi mengingati Ustaz saddam atau adam walaupun dah hapir 2tahun haku keluar dari sekolah tersebut. Ini pun kiri janji haku kepada seorang budak la kan, yang haku tulis di entri SINI tempoh hari, di entri tersebut haku ada menyatakan yang aku akan pergi berbuka puasa bersama mereka.

Haku tidak kesorangan ke sana sebab sebelum pergi haku dah berjanji dengan ustaz Syaufiq untuk pergi bersama. Beliau pun agak busy, almaklumlah dia baru balik dari Indonesia, atas urusan study. Malas la haku nak kacau dia. Tapi atas kerelaan beliau, beliau nak sertai juga. Terima Kasih Syaufiq sebab nak temankan haku.

Kami dapat melepaskan rindu dengan bebudak yang pernah menjadi tanggungjawab suatu ketika dahulu. Tapi best juga dapat buli kembali mereka tu (Suruh mereka basuh pinggan haku)..hehe, yang best mereka ikut apa yang aku suruh, haku kan ustaz yang spoting habizzz...

nie la pelajar-pelajar yang dimaksudkan tadi..Semangat gentar mereka nie.

Wahh meriah juga kan dapat berbuka bersama mereka, ramai, riuh, gelak tawa, dan macam-macam lagi la..Lepas ja berbuka kami sesama solat jemaah dan bertarawih. Imamnya macam biasa la bebudak itu juga..walaupu budak-budak lagi tapi bacaan mereka lancar,jelas dari haku..(Sebab haku bukan dari sekolah agama) Alasan pula kan.!

Semua agak tekawal, tunggu masa untuk makan malam iaitu makan last pada hari itu sebab mereka akan cuti sekolah pada hari ini 26/8/2011. Cuti raya. Sebenarnya haku lupa yang mereka akan cuti jadi Allah telah hidayah untuk haku kesana semalam. Lepas tu buat la sikit makan-makan untuk mereka. Then haku tolong-tolong la buat keja dapur sikit walaupun agak malas (makan banyak) Jam pun dah menunjukkan pukul 12.30 minit malam so haku terpaksa la pulang, niat hati nak ja tido di sana bersama pelajar-pelajar Sribu tapi disebabkan hari ini haku keja lagi, tak dapat la nampaknya..

p/s: setiap yang kita hasratkan dan niat itu baik, mesti allah akan pemudahkan. Betulkan? macam semalam walaupun hujan lebat tapi haku rasa macam biasa sahaja
.


Apple iPad 2 MC769LL/A Tablet (16GB, Wifi, Black) NEWEST MODEL

2 ulasan:

nooghulegha berkata...

Alhamdulillah semoga Allah selalu permudahkan niat baik adik. miss kat adik ^^,

Damas berkata...

yes akak.. mudah-mudahan..akak juga.
trimas ye akak. miss u too.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...