Monday, August 22, 2011

Alahai..Aku Tak Dapat Raya

emm Assalamualaikum ya sahabat..

Nampak haku macam tak semangat saja. Bila dapat tahu yang haku hanya dibenarkan raya 2hari sahaja, itu pun petang raya ke dua tu haku dah kena masuk ofis. Huh!! memang nasib badan la Damas ooii..Orang lain dapat raya b'hari-hari haku pula b'raya di ofis..

Tadi masa haku masuk selepas rest, tut2 Mr.Wong tanya haku. "Ehh kamu cuti ka raya nie? berapa hari kah?" lebih kurang macam tu la, haku nak nak loghat cina tak pandai sangat..Dengar ja macam tu haku dapat agak dah, mesti ada yang tak kena nie. Haku pula jenis gatal pungkoq, apahal pergi tanya balik "Kenapa, ada lagi ka projek baru?".. ehh selaber ja dia balas. "yes memang ada lagi taw, banyak lagi. E&O projek, Water Theme Park, IJM, AbuDhabi. " saya ingat kamu pun tak boleh raya oo.. Cilaskeee punya wong.! opps puasa.

Sedih la kan..Dah plan ini, dah plan itu tiba-tiba dapat pula berita sebegini. Jantung haku yang diatas tadi terus ada dibawah, hapir dah dengan perut dek kerana kekejaman dia :'( ...ohh menangis haku (kalau haku sorang kat ofis nie) emm tak sanggup nak dengar perkataan "kamu tak boleh raya lama" macam nak buang ja tak itu. Itu la, dah kerja pun dengan orang, duduk pula dibawah orang so ini la makanan dia. Cucuk hidung ja selalu. Caihhh.

Yang projek nie pun satu pula. Dah tahu haku nak b'raya pergi bagi banyak-banyak kenapa tah. Satu cukup la boleh siapkan hari nie juga, tak payah la nak kena tunggu raya-raya nie. Banyak pula yang haku dengar, projek nie la, tu la, sini la, sana la..Rasa macam nak bomm pula si ofis nie, kang nanti kerja pun tak ada,orang-orang sekali pun tak ada. Senang.

nie keluarga makteh haku, haku saja sibuk.
ehh nie bukan gambar raya da.. nie kenduri. biar kan ja lah.
haku cuma nak sampaikan masej kalau haku tak ada untuk sesi bergambar
tu, maknanya gambar raya nanti tu tak meriah macam nie la..hahah.
nie sebab adanya haku.(perasan yang amat)

Dengan kekuatan hati yang haku ada nie..Haku nak mintak juga cuti raya seminggu. Tak kira ah apa nak jadi pun kan asalkan haku tak mahu kerja, waktu raya nanti. M/c boleh ja beli kan sekarang nie..bayar ja 10 hinggit dah dapat sign doktor. Kalau ambil seminggu baru 70 hinggit. haha. 

-Apa pendapat korang suma ha. Nak suruh haku keja ka, cuti m/c?. Ke ada ja idea yang lain, yang boleh diterima pakai? Otak haku betul-betul tak boleh fikir dah.

4 comments:

adi alida said...

cian tak dpt beraye..xpe, nt mms la gmbr ngn famly..hehe..

.d.a.m.a.s.e.n.i. said...

gagaga..wey, smpai hati mnambahkan lagi kesedihan..haha.
trimas lah.

Noorul Amera Adnan said...

alolo cian xdpt cuti ek? mcmana nk dtg perak nie. adoyai mana boss biaq akak p ckp sound dia sikit.huhu adik wt2 la fengsan time pepagi nk g keje tuh.hihi

.d.a.m.a.s.e.n.i. said...

haaha..mmg ksian la kak. xdpt nk raya dgn akak. okay, msti dia bgi trus sy cuti..hihi. pngsan trus jelah. snang =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...